Wednesday, 27 March 2019

UTAMAKAN SAUDARA "RAHIM" DARIPADA SAHABAT

Image result for nur fazura
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Sesungguhnya ‘rahim’ itu tergantung-gantung di Arasy, bukanlah yang dikatakan silaturahim itu membalas hadiah tetapi yang dikatakan hubung silaturahim itu ialah apabila orang memutuskannya ia menghubungkan rahim yang diputuskan itu”.

Apakah hakikat sebenar “rahim yang tergantung di Arasy” itu hanya Allah SWT dan RasulNya yang mengetahui kerana rahim dan Arasy itu sesuatu di alam lain yang tidak dapat dibayangkan berdasarkan alam fana ini. Yang penting ialah memahami maksud silaturahim menurut sunnah iaitu menghubung kembali tali silaturahim yang telah diputuskan oleh seseorang. Ketika orang tidak ambil peduli, namun dia tetap terus menjalinnya. Jika membalas surat atau hadiah yang diterima daripada seseorang ini adalah lumrah dalam kehidupan manusia.

Berkata Asma binti Abu Bakar yang bermaksud “Aku mengadu hal kepada Rasulullah SAW, ibu saya datang sedangkan dia masih musyrikah, adakah saya boleh berhubung dengannya dan mempersilakannya masuk ke rumah?. Jawab Rasulullah “Ya benar boleh”. Amat ringkas jawapan Rasulullah SAW itu namun ia telah menjelaskan satu kaedah dakwah yang berkesan iaitu secara lisanul hal (tingkah laku) yang baik. Kerana berdakwah itu bukan sekadar ajakan secara lisan, tetapi secara akhlak yang murni lebih mudah menarik perhatian. Dakwah itu sasarannya ialah hati sama ada berdakwah secara pertuturan atau senyap tanpa kata, berbuat sesuatu yang menarik hatinya kepada Islam.

Perangai baik dengan tutur kata indah dan wajah manis, apa saja asalkan orang tertarik walaupun dengan berdiam diri. Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling afdal untuk diteladani”. Jawab Nabi SAW “Ialah mereka yang paling bertakwa yang menghubungkan silaturahim yang menyeru kepada makruf dan yang mencegah kemungkaran”. Orang bertakwa ialah mereka dalam hidupnya mempunyai pantang larang iaitu menghindari yang haram dan syubahat di sisi Allah SWT ketika mendapatkan dan membelanjakan harta mereka tersebut. Menjaga pantang larang ketika Hablun Minallah (beribadat) iaitu syarat sah batal dan khusyuknya sentiasa dititik beratkan agar ibadahnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda “Bersedekah kepada fakir miskin, mendapat satu jenis pahala iaitu sedekah. Beri sedekah di kalangan rahim (saudara kandung) yang fakir dan miskin mendapat 2 jenis pahala iaitu pahala sedekah dan pahala pertalian rahim.” Hadis tersebut telah memberi perangsang supaya berusaha eratkan hubungan keluarga, jika bersedekah dikalangannya akan mendapat pahala bersedekah dan pahala erat kekeluargaan.

Suatu ketika Abu Tolhah mendengar Rasulullah SAW berceramah dengan membacakan firman Allah SWT yang bermaksud “Kamu sekali-sekali tidak samapai kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran ayat:92)

Lalu Abu Tolhah terkenang kebun kurmanya yang paling disayangi disebuah dusun yang mempunyai saliran mata air dan udara segar di perkampungan bernama Bir Ha. Selaras dengan Sabda Nabi SAW itu lantas beliau menyerahkan kebun kurma itu kepada Nabi SAW untuk fi sabilillah atau untuk fakir miskin. Abu Tolhah dengan ikhlas menyerahkan kebun kesayangannya kerana hendak beramal berdasarkan frman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat:92 seperti yang dibaca oleh Rasulullah SAW. Dengan itu Rasulullah SAW menasihati Abu Tolhah supaya mensedekahkan kebun itu kepada keluarganya yang terdekat saudara sedarah daging. Mereka adalah kalangan selayaknya menerima pemberian berharga itu kerana mereka fakir miskin.

Islam mengarahkan supaya umatnya berbuat baik kepada keluarga saudara serahim lebih daripada saudara Islam yang lain ertinya tumpuan perhatian hendaklah kepada keluarga terdekatnya. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang lebih rapat dengan kita iaitu kedua-dua ibu bapa, sudah tentu agama mengajar supaya hormat bersungguh kepadanya.

Banyak hadis Nabi SAW yang berpesan kepada umatnya agar hormat kepada ibu bapa lantaran keduanya munculnya kita di dunia ini. Begitu juga terhadap ibu bapa saudara serta adik-beradik lelaki atau wanita mahupun kepada saudara pupu dan seterusnya. Seorang bertanya kepada Nabi SAW yang bermaksud “ Adakah berbuat baik kepada ibu bapa semasa hidup semasa hidup sahaja atau berterusan hingga selepas kematiannya?”. Jawab Nabi SAW “Bahkan selepas kematiannya dengan cara mendoakannya agar dosanya diampuni Allah SWT supaya terlepas daripada seksa kubur dan neraka serta masuk di dalam syurgaNya bersama para nabi dan Rasul Siddiqin Syuhada dan Salihin.”

Sama ada semasa hayat ibu bapanya daripada kalangan orang yang turut sunah Nabi SAW dalam segenap lapangan hidup ataupun sebaliknya terserah kepada Allah SWT hendak makbulkan doa kita atau tidak. Kewajipan kita sebagai anak ialah mendoakan kepada Allah SWT kebahagiaan ibu bapanya di akhirat kelak.




















Thursday, 28 February 2019

HIDAYAH ALLAH SWT

Related image
Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba destinasinya ia akan berhenti walaupun apa pun usaha untuk menegah nya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT ia masih belum berhenti sehingga ke saat ini membenarkan kita menambahkan amalan-amalan baik sebagai bekalan akhirat nanti.
Perkara paling penting dalam hidup ini ialah takwa. Takwa tidak hadir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.
Hidayah ialah benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Sayangnya umat Islam dipengaruhi oleh ideologi-ideologi ini hanya menyentuh soal lahiriah. Inilah silapnya pemikiran kebanyakan masyarakat pada hari ini sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membawa permohonan mendapatkan hidayah atau jalan yang lurus.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Tunjuklah kami jalan yang luruh…” (Surah al-Fatihah:6)
Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap orang-orang yang mendapat nikmat yang besar.
Firman Allah SWT bermaksud: “…(Iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka; buka (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” – (Surah al-Fatihah:7)
Dan siapa pula orang yang mendapat nikmat tersebut?. Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya.
Mereka ialah orang-orang yang tersebut oleh Allah SWT bermaksud:
“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerah nikmat oleh Allah , iaitu: Nabi-nabi, para shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya…” – (Surah an-Nisa’:69)
Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkan lah dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain itu membaca, fahami makna dan beramal lah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT.
Memahami Al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliah. Sebagaimana kita aka mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran.
Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila di bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak. Bahayanya masyakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar.
Ditambahkan pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula. Justeru, semarakkan lah Al-Quran agar masyarakat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan

Monday, 4 February 2019

AKHLAK BAIK DAN BERBUAT BAIK

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan dalaman

A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);(Al-Mulk 67:2)

Setiap orang melalui ujian yang berbeza-beza. Allah SWT melihat siapakan yang terbaik bukan baik je tetapi terbaik, cemerlang.Bagaimana kita berakhlak apabila ditimpa ujian? Berakhlak dengan Allah SWT ialah bersabar. 

Wanita mesti menanam dalam diri untuk menjadi wanita berakhlak baik. Seorang wanita yang cemerlang dan terbaik seperti Siti Khadijah, Aishah, Fatimah dan Asiah. Wanita-wanita yang memiliki keperibadian yang mulia dan bertakwa.

Wanita muslimah itu baik dan berperangai mulia, ramah dan merendahkan diri, lembut ketika bercakap dan pandai menarik hati orang."Orang yang paling baik ialah yang paling baik pada orang lain".

Rasulullah SAW berulangkali memberitahu para sahabat mengenai kesan berbudi pekerti mulia yang membentuk keperibadian Muslim dan meninggikan darjat seseorang disisi Allah SWT dan manusia lain. Baginda SAW bersabda: "Yang terbaik diantara kamu ialah yang terbaik sikapnya pada orang lain".

"Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang berceloteh, suka bercakap besar dan al-mutafaihiqun." Para sahabat bertanya, "Hai Rasulullah, kami tahu siapa yang suka berceloteh dan suka bercakap besar, tetapi siapakah al-mutafaihiqun? Baginda berkata, "Yang sombong dan bangga."

Para pembaca sekalian, amalan mendapat timbangan lebih berat pada kiamat adalah akhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada yang timbangannya lebih berat ke atas hamba yang mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang mengucapkan kata-kata laknat dan mencarut"

Islam telah menjadikan akhlak mulia kepada sesama insan sebagai sebahagian daripada iman dan barangsiapa berakhlak mulia terhadap orang lain sesungguhnya dia telah beriman. Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling sempurna imannya diantara orang-orang mukmin ialah orang yang paling baik akhlaknya".

Orang yang paling baik akhlaknya itu adalah orang yang paling dicintai Allah SWT kerana berbuat baik kepada orang itu merupakan sifat terpuji menurut hukum Islam dan ia merupakan sifat terpuji menurut hukum Islam dan ia merupakan amalan yang dapat menyelamatkan seseorang pada hari kiamat. Ia sama dengan berpuasa dan solat iaitu dua amalan yang terbesar sebagai dasar Islam. Rasulullah SAW bersabda;"Tidak ada amalan lebih besar yang berat pada timbangan selain dari akhlak mulia. Berakhlak mulia akan membawa seseorang itu sama dengan tingkat berpuasa dan solat".

Antara doa mohon untuk mendapat akhlak baik seperti berikut:
Image result for doa cermin

Image result for doa akhlak mulia