Friday, 3 May 2019

REDA ALLAH SWT



Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk


Renungan apabila kita makan, Allah SWT mentadbirkan segalanya.

A024
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):('Abasa 80:24)

A025
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.('Abasa 80:25

A001

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Hadiid 57:1

A002
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadiid 57:2)

A003
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadiid 57:3)


Untuk mencari reda Allah SWT, kita mesti reda ketentuan atas takdir diri sendiri dan orang lain. Tidak rasa dengki pemberian nikmat Allah SWT kepada orang lain kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Tuesday, 30 April 2019

AKHLAK BAIK MASUK SYURGA

Related image

Bismillah...

Perkahwinan dalam Islam menenangkan jiwa dan menjadi ketenangan untuk hati agar lelaki dan wanita memiliki suasana cinta, belas kasihani, toleransi dan menjadi asas bagi melahirkan keluarga Muslim dalam suasana yang baik dan terdidik.

Dalam Islam, wanita solehah dianggap sebagai perhiasan Dunia ini iaitu Baik agamanya, baik akhlaknya dan mengamal hidup Cara Islam.

Islam menekankan betapa pentingnya rumahtangga itu di bina atas asas yang kukuh, memiliki pertimbangan keperluan emosi, rohani, mental dan fizikal. Hanya lelaki yang terpimpin dengan syariat Allah tidak mudah terpesona dengan wanita-wanita cantik dan buruk akhlaknya.

Untuk mendapat calon soleh dan solehah, lelaki dan perempuan perlu Sama Sama baiki diri menjadi lebih baik.Surah Ghafir ayat 40 menyebut lelaki dan perempuan perlu menjaga akhlak untuk mendapat Reda Allah 

A040

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(Ghaafir 40:40) 


Ayat di bawah latarbelakang kisah akhlak Saidina Abu Bakar RA

A017
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -(Al-Lail 92:17

A018
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,(Al-Lail 92:18
A019
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,(Al-Lail 92:19

A020
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;(Al-Lail 92:20
A021
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).(Al-Lail 92:21)


Bagi wanita pula, mudah untuk masuk syurga hanya menjaga mulut dan tingkahlaku yang baik untuk mendapat reda Allah SWT. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. 





Friday, 29 March 2019

JADILAH JIRAN YANG BERMANFAAT

Related image

Individu Muslim sebagai anggota masyarakat hendaklah sentiasa tajamkan pendengaran terhadap hak orang ramai iaitu ambil berat perkara berlaku dalam masyarakat. Bertindak segera dan sesuai dengan ehwal yang terjadi jika yang sakit hendaklah ziarahi, jika berlaku kematian takziah dan iringi ziarah nya hingga ke kubur. Sebaliknya tutuplah telinga terhadap perkara yang tidak berguna di kalangan mereka lancar lidah untuk bercakap dan membincang mengenai hak orang ramai.

Berwaspada agar tidak bersahabat dengan sebarang kebanyakan orang kerana sebahagian besar dari manusia tidak tahu memaafkan kesilapan. Malah dikutipnya semua perkara buruk orang lain untuk didedah tidak berusaha melindungi keaiban individu lain.

Sabda Nabi SAW:
“Hendaklah berbuat baik dalam bergaul terhadap orang yang berjiran dengan mu jika begitu kamu dikira seorang Muslim”

Tanggungjawab jiran dalam Islam sangat besar tidak terdapat dalam ajaran lain. Hatta tamadun Barat yang didakwa canggih bagaikan suatu agama itu pun tiada ajaran kejiranan. Bagi mereka berada dalam masyarakat hanya jaga diri sendiri, rumah orang lain ada penjaganya masing-masing. Bagi mereka berada dalam masyarakat hanya jaga diri sendiri, rumah orang lain ada penjaganya masing-masing. Jika sakit hantar ke rumah sakit ada doktor yang merawatnya. Hidup dan mati susah serta senang tanggungjawab sendiri. Itulah cara hidup bagi orang yang tidak mengamalkan Islam.

Tidak dinafikan dalam amalan harian sebahagian masyarakat Islam semakin pudar semangat beragama. Selain daripada persoalan ibadah terdapat juga dalam soal kemasyarakatan iaitu hak jiran (huququl jiwar), kian luntur dan terabai sama ada terhadap Muslim atau selainnya. Islam mengajar agar bercermat dalam hal jiran, berdasarkan riwayat Nabi SAW mengajar menghadapi jiran perangai buruk secara bijaksana dan berhikmah.

Orang berada dalam masyarakat hendaklah pandai bergaul semasa anggota masyarakat dalam melaksana ihsan. Kewujudan setiap anggota masyarakat sebagai saling menyumbang kepada keharmonian. Setiap orang sewajarnya datangkan manfaat kepada anggota masyarakat yang lain. Seorang merasa bertuhan jadi jiran kepada orang yang baik pekertinya begitu juga sebaliknya saling berusaha membuat kebaikan kepada jirannya. Demikianlah orang yang berpegang dengan sabda Nabi SAW, hanya dengan cara begitu seseorang bergelar Muslim yang sejati.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sentiasa Jibrail berpesan kepada ku, berbuat baiklah kamu kepada jiran. Lantaran kerap nya wasiat Jibrail itu hingga aku menyangka jiran boleh mempesakai”

“Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya”

Hadis tersebut dikemukakan oleh Imam Ghazali untuk memudahkan umat Islam buat kajian diri sendiri, juga mengasuh dan mendidik ahli keluarganya serta masyarakat seluruhnya. Sesungguhnya memuliakan jiran itu sebagai bukti seseorang itu beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat.

Satu dari cara memuliakan jiran ialah tidak menjenguk ke dalam raga jirannya yang baru balik dari kedai. Satu contoh kecil yang diberi oleh Al-Ghazali mengenai hormat dan memuliakan jiran. Kadangkala benda dalam bakul yang mampu dibeli jiran kita hanya sepadan dengan dirinya sebagai orang miskin. Apabila terlalu ambil tahu apa yang dibeli oleh jiran, perbuatan itu boleh memalukan dirinya sebagai orang miskin yang kurang mampu dalam berbelanja. Memalukan bererti tidak menghormati dirinya.