Thursday, 24 October 2019

JODOH DENGAN RAHMATMU




Kita semua ingin keluarga bahagia. Tanpa rahmat Allah, sukar untuk membina keluarga bahagia. Tanggungjawab keluarga besar.

Dengan rahmatMu kurniakanlah pasangan yang terbaik. Untuk mendapat jodoh yang terbaik, kita mesti baiki diri kita menjadi lebih baik. Jodoh merupakan peluang manusia ikhtiar. Islam telah memberi panduan untuk memilih calon. Harapan kepada pasangan adalah untuk membantu diri menjadi lebih baik ibadah dan akhlaknya. Perjalanan akhirat sangat panjang. Keputusan pilih calon biarlah yang manfaat sebab manusia akan dibangkitkan oleh Allah. Bangkit untuk jawab amanah dan tanggungjawab. 


Image result for perjalanan kita

Dengan rahmat Allah SWT juga, banyakkan berdoa agar tidak berjumpa calon yang menurunkan iman dan merosakan akhlak kita serta yang suka mempermainkan perasaan. Perbuatan seperti ini amat mengecewakan dan menyedihkan hidup. Emosi terganggu. Doa banyak-banyak semoga Allah SWT memandu jiwa kita ini.

A010

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".(Al-Kahfi 18:10)

A151
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".(Al-A'raaf 7:151

Ketua keluarga yang faham akan memastikan membawa balik rezeki halal. Dunia hari ini kita hadapi ujian rezeki syubhah. Banyakkan berdoa seperti di bawah

 Image result for doa rezeki halal

Keluarga bahagia bukanlah sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak yang berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah semata-mata. Keluarga terjalin daripada ikatan kasih sayang yang suci dan anak-anak adalah amanah dari Tuhan. Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Wednesday, 16 October 2019

PEMBANGUNAN ORGANISASI



Perubahan

Penukaran (alteration): Alter: less partial change as in appearance, so that the identity is preserved 
Pengubahsuaian (modification): Modify: minor change in form, often so as to limit or moderate 
Variasi (variation): Vary: suggests irregular or intermittent change 
Transformasi (tranformation): Transform: implies a change in form, usually in nature or function 
Penggantian (convertion): Convert: suggests a more stronger change to suit a new function 
Metamorfosis (metamorphosis): Complete change in form 
Revolusi (revolution): Total change or take over 
Regenerasi (regeneration): Revitalize or new growth 
Inovasi (Innovation):  New process or tool
Pemajuan/peningkatan (improvement): Better way or situation

Jenis Perubahan
Perubahan Peristiwa (Happened Change)
Perubahan Reaktif (Reactive Change)
Perubahan Ramalan (Anticipatory change)
Perubahan Berencana (Planned Change)
Perubahan Kecilan (Incremental Change) 
Perubahan Operasi (Operational Change)
Perubahan Strategik (Strategic Change)
Perubahan hala Tuju (Directional Change)
Perubahan Dasar/Asas (Fundamental Change)
Perubahan Menyeluruh (Total Change)
Perubahan Transformasi (Transformational Change)
Perubahan Revolusi (Revolutionary Change)
Pembentukan Semula (Recreation)
Pemajuan berterusan (Continuous Improvement

Tekanan Perubahan Luaran (PESTEL)
Tekanan Politik  (Political Pressures)
Tekanan Ekonomi (Economic Pressures)
Tekanan Teknologi (Technological Pressures)
Tekanan Kerajaan (Government Pressures)
Peningkatan Persaingan Global (Global Competition Pressures)
Perubahan Keperluan dan Cita Rasa Pelanggan (Change in Customer Needs and Tastes)

Tekanan Dalaman
Dinamik Sistem (System Dynamics)
Proses Pentadbiran Tidak Mencukupi atau Lengkap (Insufficient or Incomplete Administrative Process)
Harapan Individu atau Kumpulan (Individual or Group Expectations)
Perubahan Berfokus Penstrukturan (Focused Structural Changes)
Perubahan Teknologi (Technological Changes)
Perubahan Berfokus Manusia (Person-focused Change)
Isu Keuntungan (Profitability Issues)
Desakan Sumber yang Terhad (Demands of Limited Resources)

Model Perubahan Kurt Lewin

 









Proses Pembangunan Organisasi 














Gambarajah 1: Komponen Utama untuk Melaksanakan Perubahan  


Gambarajah 2: Komponen Asas dalam Satu Sistem Pengeluaran
Gambarajah 3: Komponen Utama Pendekatan Sistem



Gambarajah 4: Bidang, Fokus dan Hala Tujuan Perubahan berasaskan Teori Sistem Organisasi


Sunday, 13 October 2019

MANUSIA MULIA KERANA ISLAM


A103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (A-li'Imraan 3:103)

Ciri-ciri muslim yang baik. 

A112
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (At-Taubah 9:112)


Banyakkan ingat Allah SWT:

A014
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)

A100
Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. (Taha 20:100


Tindakan kita adalah banyakkan baca doa  di bawah