Saturday, 6 June 2020

JAGA HATI BOLEH JADI BATU

Peminat Serbu Butik , Tudung Fazura Laku Keras! - Gosip Tempatan ...

Tentang HATI. Ketika ini, baru tahu HATI ada beberapa lapis iaitu:

Adanya SADRU
Adanya QALBU
Adanya FU'AD
Adanya LUBB.

Orang yang suka diberi peringatan itu tanda hatinya lembut dan hidup, dan yang tidak suka diberi peringatan itu tanda hatinya mati. Hati yang lembut dan hidup dipenuhi rasa takutkan azab Allah di akhirat sehingga mudah menerima nasihat untuk berada di atas jalan yang lurus. 

Sebaliknya hati yang keras dan mati tiada padanya rasa ketakutan akan azab Allah di akhirat sehingga begitu susahnya menerima nasihat, bahkan begitu sensitif dengan kebenaran yang disampaikan oleh para penasihat. Pernahkah kita berdepan dengan orang jenis ini? Suka atau tidak? Jika tidak suka, maka belajarlah menghargai nasihat orang walaupun terasa pahit kerana mengusik keselesaan kita.

A074
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:74)

Sungguh, besi hanya dapat ditajamkan dengan besi, maka manusia pun dapat ditajamkan dengan manusia. Jika besi dapat ditajamkan dengan besi melalui api, maka manusia dapat ditajamkan dengan manusia melalui emosi.

Saat ini kita tidak akan terlepas dari berdepan dengan jenis orang di atas. Lalu, sikap kita bagaimana? Maka, bersabarlah.

..............

Israf, itu sikap menolak dan berpaling selepas jelas kebenaran dan kesahihan ayat-ayat Allah itu sebagai hujah yang mematahkan logika - teori yang batil namun dibanggakan dan dikomersialkan.

Apakah punca sikap israf itu?. Iaitu keselesaan di sebalik kejahilan dan keegoaan di sebalik kealiman sebab ittibak syubhat dan prinsip hawa nafsu. Hujungnya, segala bentuk penolakan dan pendebatan terhadap ayat-ayat itu tidak lain dan tidak bukan adalah pendustaan terhadap wahyu dan meragui hakikat-hakikat sebenar daripada kepalsuan-kepalsuan teori dan logika yang dibawa.

Dulu,orang sebut sebut tentang KEJARLAH AKHIRAT, DUNIA AKAN MENGEJAR MU. Atau apakah makna takwa itu. Orang yang bertaqwa adalah orang yang akan dapat bertemu Allah SWT di Syurga kelak. Malah, lebih mendalam apa itu:

Tentang adanya MUHSININ.
Tentang MUKHLASIN.
Tentang adanya MUTTAQIN.

Seterusnya, apa itu istiqomah?. Kadang mampu buat sesuatu kebaikan dan kadang tidak mampu buat kebaikan itu. Semuanya bicara soal hati.

Maka, bermula bermula membaca dan menuntut ilmu. Itu antara gerbang awal ilmu yang perlu dilalui. Setiap orang berbeza pengfungsian ke atas potensi mata, telinga dan hati. Dan akurlah bahawa perbezaan itu sebentuk rahmat Allah ke atas makhluk-Nya manusia.





Wednesday, 20 May 2020

AKHLAK BURUK


Manis Berhijab, Netizen Doa Fazura Istiqamah

Tujuannya untuk kita lebih memahami konsep ayat pertama surah al-Humazah, iaitu [ويل لكل همزة لمزة]. Apakah beza antara ketiga-tiganya?

A001
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,(Al-Humazah 104:1)

Perbincangan Emosi Dalam RumahTangga

A014
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghaabun 64:14)

1- Al-‘afwu العفو.
A199
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (Al-A'raaf 7:199)

2- Al-safhu الصفح.
A092
Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf 12:92)

Perangai wanita.
A019
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).(An-Nisaa' 4:19)

A022
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur 24:22)

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)

A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;(A-li'Imraan 3:134)

3- Al-ghafru الغفر. .- Al Ihsan

A286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(Al-Baqarah 2:286

1- Ghamaz.
2- Hamaz.
3- Lamaz.
Maksud ghamaz, hamaz dan lamaz.

Insha Allah kita akan bahaskan 3 perkataan yang kelihatan sama namun membawa maksud yang berbeza. Perkataan ghamaz [غمز], hamaz [همز] dan lamaz [لمز].

  1. Memulakan penerangan ketiga-tiga perkataan dengan merujuk Tafsir Mafatih al-Ghaib.


Satu: Ghamaz.

وَإِذَا مَرُّواْ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ

Terjemahan: “Apabila orang beriman melintasi mereka, mereka mengejek-ejeknya -mengenyit-ngenyit mata- (ghamaz).” (Al-Mutaffifin:30)

Al-Razi menjelaskan, bahawa ghamaz ialah cemuhan atau ejekan dengan menggunakan kelopak dan alis mata [وَهُوَ الْإِشَارَةُ بِالْجَفْنِ وَالْحَاجِبِ] dengan maksud menyakiti hati orang beriman dan mengaibkan mereka. (Rujuk Mafatih al-Ghaib)

Dua: Hamaz dan lamaz.

Hamaz dan lamaz ini ada disebutkan bersama dalam surah al-Humazah yang berbunyi,

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Terjemahan: “Celakah bagi setiap humazah lumazah.” (Al-Humazah:1)

Selain surah al-Humazah, perkataan hamaz ada disebutkan dalam surah al-Qalam. Allah Taala berfirman,

هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11)

Terjemahan: “Yang suka/banyak mencaci, yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (Al-Qalam:11)

Perkataan lamaz pula ada disebutkan dalam surah al-Hujurat. Allah Taala berfirman,

وَلا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ 

Terjemahan: “Dan jangan kamu mencela sebahagian daripada kamu.” (Al-Hujurat:11)

Terdapat beberapa tafsiran ulama dalam membezakan definisi perkataan hamaz dan lamaz.

Satu: Humazah ialah mengumpat, lumazah pula mengaibkan atau memalukan orang. Ibn pendapat Ibn ‘Abbas radhiyallah ‘anhuma.

Dua: Humazah ialah menghina orang dengan menggunakan tangan, lumazah pula menggunakan lisan.

Tiga: Humazah mengaibkan orang secara berhadapan, lumazah pula secara belakang.

Empat: Humazah mengaibkan orang secara terbuka, lumazah pula menggunakan isyarat mata.

Lima: Humazah dan lumazah membawa maksud yang sama, iaitu memanggil orang dengan panggilan yang tidak disukainya.

Enam: Humazah menyakiti hati orang dengan kerlingan mata, lumazah pula menyebut-nyebut keburukan seseorang dengan tujuan menjatuhkan maruah dia. Ini pendapat al-Hasan.

Apapun, tujuan mereka ialah satu, untuk menyakiti hati orang beriman dan berusaha menjatuhkan mereka. Sama ada melibatkan urusan agama atau kehidupan.

Sekarang saya akan memberikan penjelasan yang lain pula dalam usaha membezakan antara ghamaz, hamaz dan lamaz.

1- Yang membezakan antara ghamaz, hamaz dan lamaz hanyalah huruf pertama, iaitu huruf ghain, ha’ simpul dan lam. Ketiga-tiga istilah ini sama daripada sudut 2 huruf belakang iaitu huruf mim dan zai.

2- Ghamaz yang dieja غمز menggunakan huruf ghain. Hamaz yang dieja همز pula menggunakan huruf ha’ simpul. Makhraj huruf ghain dan ha’ simpul ialah hujung halqum. Manakala huruf lam menggunakan hujung lidah, berdekatan dengan gigi. 

Kedudukan sebutan huruf lam yang membentuk perkataan لمز adalah jauh dibandingkan sebutan huruf ghain yang membentuk perkataan غمز dan huruf ha’ simpul yang membentuk perkataan همز.

3- Mentafsirkan perkataan hamaz sebagai cakap-cakap belakang seperti mengumpat nampaknya lebih menepati. Makhraj huruf ha’ simpul yang terletak di bahagian halqum semacam memberikan isyarat perkara yang tersembunyi.

Perkataan hamaz همز ini amat mirip dengan همس (hamas) yang bermaksud bisikan. Bisikan ialah suara yang tidak dapat didengari dengan jelas; begitulah sifat yang ada pada umpatan, tidak kedengaran dan tersembunyi.

Ada ayat lain menyokong pentafsiran ini. Allah Taala berfirman,

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ

Terjemahan: “Dan katakan: Tuhan, aku berlindung kepada Engkau daripada hamazat syaitan-syaitan.” (Al-Mu’minun:97)

Antara maksud hamazat menurut al-Razi ialah [وَهَمَزَاتُهُ هُوَ كَيْدُهُ بِالْوَسْوَسَةِ] maksudnya, “Hamazat syaitan ialah tipu dayanya dengan waswas.” (Tafsir al-Kabir)

Bisikan dan bujukan syaitan berlaku dalam keadaan tidak disedari dan dalam bentuk ilham syaitani. Meskipun demikian, tidak dinafikan tafsir lain bagi hamazat yang muncul dalam bentuk tindakan yang tampak.

Apabila kita perhatikan beberapa perkataan terbitan daripada huruf ه-م-ز, kita dapati adanya elemen bisikan, tersembunyi, memperdaya.

Contohnya, perkataan [الهمزى] “al-hamaza”. Istilah [ريح همزى] “rihun hamaza” bermaksud bunyi tiupan angin kencang. Angin ialah satu makhluk yang tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai. Sifatnya tersembunyi. Bunyi angin kedengaran pun disebabkan berlakunya pergeseran dengan benda lain.

Istilah [الهمزة] “al-hamzah” bermaksud lopak air atau lubang kecil. Lopak air atau lubang kecil ialah benda yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat sepintas lalu dan boleh memerangkap kita. Berapa banyak kenderaan terjatuh ke dalam lopak tanpa disedari.

4- Lamaz لمز menggunakan huruf lam yang lembut pada sebutan. Lembut pada sebutan, namun membawa maksud yang buruk. Seolah-olah membawa sifat bermuka-muka, berpura-pura dan sandiwara.

Percakapan nampak lembut namun lahir daripada hati yang busuk. Dalam bahasa melayu, mungkin tepat kita katakan, sindiran, atau lebih kasar, ‘menganjing’.

Kita cuba tekuni ayat lain yang berbunyi,

وَمِنْهُم مَّن يَلْمِزُكَ فِي الصَّدَقَاتِ فَإِنْ أُعْطُواْ مِنْهَا رَضُواْ وَإِن لَّمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ

Terjemahan: “Dan di antara mereka ada yang mencelamu -lamaz- (wahai Muhammad) tentang  (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu, jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan daripada zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.” (Al-Taubah:58)

Dan dalam ayat yang lain,

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ إِلاَّ جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Terjemahan: “Orang-orang (munafik) yang mencela (lamaz) sebahagian daripada orang-orang yang beriman tentang sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Al-Taubah:79)

Kedua-dua ayat ini menceritakan perangai orang munafiq, yang berpura-pura dan banyak sandiwara.

5- Ghamaz ialah sifat yang paling buruk. Untuk memahami lebih mendalam hakikat ghamaz, kita sewajarnya merujuk surah al-Mutaffifin. Sesuai juga dengan sebutan ghain غ yang merupakan huruf jahar (sebutan kuat) dan isti‘la’ (pangkal lidah mengena langit-langit). 

Sebahagian perkataan terbitan daripada huruf غ-م-ز juga membawa maksud yang sangat negatif.

Ayat [غمز الدابة] “ghamaza al-dabbah” bermaksud haiwan itu menjadi tempang.

Ayat [غمز بشخص] “ghamaza bi shakhsin” bermaksud melakukan kejahatan terhadap orang itu.

Ayat [غمز على شخص] “ghamaza ‘ala shakhsin” bermaksud menuduh orang itu.

Perkataan [الغمز] “al-ghamaz” bermaksud lelaki yang lemah.

Perkataan [الغميز] “al-ghamiz” bermaksud kecacatan, kekurangan. Juga bermaksud malas, dungu.

Ibn Manzur berkata, [والغَمِيزُ والغَمِيزَةُ: ضَعْفٌ في العملِ وفَهَّةٌ في العَقْل، وفي التهذيب: وجَهْلَة في العقل] maksudnya, “Al-ghamiz dan al-ghamizah ialah lemah dalam pekerjaan dan akal. Di dalam al-Tahzib dinyatakan, akal yang jahil.” (Rujuk Lisan al-’Arab).

Rumusan:

1- Hamaz, lamaz, ghamaz, tanpa mengira apakah definisi sebenarnya, semuanya dilakukan oleh orang yang tidak bermaruah untuk mengejek-ejek orang yang baik-baik.

2- Orang beriman mesti menjauhi ketiga-tiga perangai yang dibenci Allah Taala ini.

3- Wallah a‘lam, kemungkinan hamaz bermaksud “kata-kata belakang”. Ia bukan sahaja terhad pada mengumpat, malah fitnah, gosip, viral keaiban orang, dan memburuk-burukkan orang, semuanya dianggap hamaz.

4- Wallah a‘lam, kemungkinan maksud lamaz ialah sindiran dengan percakapan kononnya lunak, namun sarat dengan kebencian. Orang yang bermuka-muka boleh termasuk dalam kategori lamaz ini. 

5- Wallah a‘lam, kemungkinan maksud ghamaz ialah merendah-rendahkan orang, juga memperbodoh-bodohkan orang, dengan bahasa tubuh badan yang nampak. Kerlingan matanya penuh dengan maksud yang mencurigakan. 

Semoga kita terpelihara daripada ketiga-tiga tabiat buruk ini.


Monday, 11 May 2020

SOLAT MALAM MENGHARAP RAHMAT ALLAH SWT

kahwin3 - Mingguan Wanita

Fadilat ‘qiamullail’ sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah SWT:


A026
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Al-Baqarah 2:26)
Ayat ini menyatakan tentang manusia yang sanggup merenggangkan lambungnya dari tempat tidur dan bangun berdoa mohon dijauhkan perkara yang menakutkan iaitu neraka Jahim yang amat mengazabkan. Ayat tersebut juga menimbulkan harapan agar Allah SWT kurniakan syurga tiada manusia yang tidak menghendaki syurga. Ini kerana dua perkara itu manusia sanggup bangun malah lantaran takutkan neraka Allah SWT dan berharap mendapat syurga Nya.
Allah SWT memuji hambanya melalui ayat tersebut kerana bukan saja mereka bangun malam untuk qiamullail malah kerana memiliki sifat pemurah sanggup membelanja sebahagian hartanya yang direzekikan Tuhan dinafkahkan kepada pihak lain yang memerlukan. Ertinya orang yang mendapat ujian Allah SWT itu bukan saja rajin bangun untuk solat malam tetapi juga orang yang pemurah terhadap kesanggupan membelanjakan sebahagian daripada harta milikinya.
Mereka dipuji lantaran anggota tubuhnya dipersembahkan untuk Allah SWT melalui solat malam dengan meninggalkan tidur ketika tubuh perlukan tidur dengan cukup dan harta miliknya sedia dikongsi orang lain yang memerlukannya. Sesungguhnya qiamullail itu adalah sebahagian daripada wirid orang mukmin mempunyai kesedaran Islam, menunjukkan bukan sekadar membaca kalimah zikir saja baru dikatakan wirid.
Amalan seperti solat malam atau solat sunat pada siang hari juga tergolong sebagai wirid. Tetapi kefahaman umum kini hanya yang disebut seperti Subhanallah sahaja dikatakan wirid pendapat dangkal akibat daripada kelemahannya dalam pengetahuan Islam. Dalam Islam sewajarnya melakukan perkara seperti qiamullail itu perkara yang tidak wujud dalam ajaran selain daripada Islam.
Umpamanya orang yang tolak perjuangan Islam, diganti dengan dasar kebangsaan dan fahaman-fahaman lain ciptaan manusia. Tetapi anehnya dalam ceramahnya diselitkan dengan nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Jika dasar perjuangan selain Islam maka apakah perlunya menyebut ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW carilah hujah sendiri untuk membuktikan kebenaran dasar fahaman perjuangannya. Boleh jadi mereka tidak sedar atau mempunyai tujuan tertentu bagi mempengaruhi orang ramai. Tidak wajar meminjam ayat al-Quran dan hadis untuk tujuan selain Islam.
Ibarat bina rumah di atas tanah orang lain bahan seperti besi, pasir, simen dan tenaga buruh kepunyaan orang lain tetapi dia mengaku sebagai miliknya. Inilah projek yang pelik. Antara wirid yang disukai Allah SWT ialah qiamullail. Solat walaupun rukunnya 13 seperti qiam, rukuk, sujud dan sebagainya tidak timbul kecuali ‘qiamullail’ dan tidak pula rukun rukuk seperti ‘rukuk’ullail’ atau ‘sujudul lail’.
Dalam ibadah solat rukun qiam dianggap paling utama kerana rukun tersebut perlu masa panjang di banding rukun yang lain. Rukuk tidak begitu memenatkan kerana kedua-dua belah tangannya menongkat ke lutut. Begitu juga sujud yang dibantu dengan tujuh anggota sujud merupakan rukun yang dianggap rehat. Hanya dalam ‘qiam’ diberi peluang untuk membaca ayat-ayat al-Quran sedangkan dalam rukuk dan sujud serta rukun-rukun lain tidak diberi peluang untuk membaca ayat-ayat al-Quran kecuali hanya tasbih doa-doa.
Rukun qiam dibesarkan oleh syarak hingga menjadi nama pada solat malam sebagai ‘qiamullail’, justeru solat terawih juga disebut oleh Nabi SAW sebagai ‘Qoma Ramadan’. Ayat al-Quran berikutnya juga menegaskan mengenai orang mengerjakan qiamullail:


A009
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.(Az-Zumar 39:9) 
Inilah pendidikan al-Quran kepada manusia dengan cara melontarkan soalan adakah golongan musyrik lebih beruntung atau orang bangun beribadah waktu malam dengan sujud dan berdiri serta berharap rahmat daripada Allah SWT?
Persoalan yang begitu jelas dan sangat mudah untuk dijawab dengan lidah tetapi sukar tetapi sukar dijawab dengan tindakan dan amalan. Hanya mampu dijawab oleh orang yang ikhlas beramal malukan ‘qiamullail’ kerana Allah SWT. Firman Allah SWT lagi: 
A063
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Al-Furqaan 25:63)


A064
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (Al-Furqaan 25:64)

Antara sifat insan yang dapat sanjungan Allah SWT ialah ketika mereka berjalan di muka bumi dalam keadaan merendah diri apabila orang jahil menyapa mereka menjawabnya dengan bahasa yang sopan. Mereka melalui situasi malam, bangun untuk mendiri solat malam dan sujud kepada Allah SWT. Golongan seperti itu memiliki kelayakan untuk mendamba rahmatnya.