Friday, 3 July 2020

KRITERIA SEGERA MELAKUKAN KEBAIKAN


A012
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (Al-Hadiid 57:12)

Brown Pelican | InsideClimate News
Contoh surah Mulk melihat burung terbang. Bicara kita mengaitkan iman. Ada kalanya burung boleh jatuh? Sebab itu orang beriman perlu mengkaji data saintifik dan data keimanan. 

A019
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk 67:19)

Rawatan keimanan diminta untuk melakukan membuat kebaikan selepas kita bertakafur alam semesta. Apakah kebaikan itu, siapakan orang yang segera buat kebaikan dan apa ganjaran yang diperolehi?

Apalah kebaikan kita? Ialah ketaatan. Berbuat kebaikan dan disegera 


A055

Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan (kurniakan/nikmat) kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.(Al-Mu'minuun 23:55)

Adakah manusia tidak fikir bahawa Allah SWT telah memberi segera nikmat terlebih mereka. Orang kafir berfikir memberi nikmat itu harta, pangkat, anak pinak, adakah pemikiran kita fikir apa yang kita dapat itu kebaikan?. Kalau orang Islam fikir kebaikan itu adalah seperti, maka konsep pemikiran itu sama orang kafir. Allah SWT berkata itu tidak kebaikan. Tetapi itu istidrat.


A056
(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar). (Al-Mu'minuun 23:56
A057
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa (1) bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:57

Khoshiah Rabb dan khoshiah Rahman itu apa? Rahman dan Rahim bertindak mengambil dan memberi nikmat. Takut berbuat dosa akan diberi azab neraka. Jika tiada takut kepada Allah  bermakna semua pemberian nikmat itu dugaan/ujian.
A058
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:58)

Beriman ayat-ayat Allah SWT iaitu Allah mengaturkan fenomena dan kehidupan manusia (ayat-ayat qauniyyah dan takwiniyyah [tindakan fenomena])
A059
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:59

A060
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:60)

A061
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. (Al-Mu'minuun 23:61


A010
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (Al-Waaqi'ah 56:10)

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)

A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)

Peringkat mukhsin:
Muktakun - 1) mukminun 2) muhsinun
Muhlasun - Allah telah menginkhlaskan dirinya

Bina konsepkan Surah Al-Mu'minuun ayat 55 - 51 dengan menwujudkan persoalan. Apakah kebaikan itu? Kriteria orang yang melakukan kebaikan itu? Impak/kesan/dapatan orang yang mengerjakan kebaikan itu? dan bandingkan diri adakah kita ini orang yang melakukan segera kebaikan.



Kita diminta bersegera beramal. Mengapa kita mesti bersegera beramal? Ini kerana perkara semalam bukan milik kita lagi, apa yang akan datang bukan belum tentu milik kita lagi dan dan apa yang ada sekarang wajib kita isi/penuhi. Sekarang inilah milik kita. Beramal ada peruntukan waktu. Orang yang melakukan beramal merasa seolah-olah tiada waktu.

Siapakah orang  ada kelapangan untuk beramal?


A001
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (Ash-Syar-h 94:1

A002
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - (Ash-Syar-h 94:2)

A003
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?(Ash-Syar-h 94:3)

A004
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (Ash-Syar-h 94:4)

A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Ash-Syar-h 94:5) 

A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Ash-Syar-h 94:6)

A007
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (Ash-Syar-h 94:7

A008
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Ash-Syar-h 94:8)

A006
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.(At-Tiin 95:6)

Orang yang sibuk beramal adalah orang yang lapang. 

Tindakan syaitan mencantikkan dunia dan memadamkan akhirat.


A030
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah. (Al-A'raaf 7:30)


A175
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Al-A'raaf 7:175)

A200
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-A'raaf 7:200)

Amalkan doa seperti di bawah:


INGAT. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu kita sedari atau tidak. Contohnya ujian karenah anak, karenah isteri cerdik, orang sekeliling dan paling takut kita tidak menyedari diri kita sedang diuji tapi tidak perasan.

Bentuk-bentuk ujian harta sebagai fitnah bagi keimanan manusia. Inti keimanan manusia ujian memiliki ruang dan bidang seperti ujian ilmu, kualiti pendidikan, uji rumahtangga dan macam macam ujian sekeliling kita.


A003
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)










Tuesday, 30 June 2020

ISTIQAMAH DENGAN ISLAM

Hikmah atau tujuan petunjuk Allah (istiqamah) yang dipohon pada setiap rakaat solat ketika mengadap Allah setiap waktu yang diwajibkan atau solat sunat, termasuk solat jenazah yang tidak ada rukun-rukun yang lain, namun Al-Fatihah memohon istiqamah tetap diwajibkan.
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' tema Hari Kebangsaan, Hari ...
Rasulullah S.A.W menyebut ayat tersebut di atas kepada para sahabatnya R.A sambil menggaris di atas tanah garisan yang betul lurus dan panjang dengan jarinya yang mulia. Kemudian digariskan cabangnya yang banyak di sebelah kiri dan kanan. Baginda S.A.W menegaskan garis yang satu sahaja (Islam) wajib diikut. Adapun yang lain, di kiri dan kanan adalah jalan yang digoda oleh syaitan.

Lalu ditegaskan pula bahawa Al-Quran adalah petunjuknya dan Rasulullah S.A.W yang bersabda dan beramal adalah penjelasannya dalam semua perkara yang dinamakan agama atau urusan dunia yang tidak terpisah daripada Islam yang sempurna merangkumi seluruh kehidupan manusia dalam hubungannya dengan Allah, dirinya dan manusia yang lain sehinggalah alam sekelilingnya yang nyata sehingga alam ghaib, daripada bumi sehingga angkasa lepas, daripada dunia sehingga akhirat.

A153
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An'aam 6:153)

Rasulullah S.A.W menunjukkan cara beribadat sehinggalah cara berpolitik memerintah negara masyarakat majmuk. Dijelaskan dengan nyata wajib berwala’ (berketuakan atau kepimpinan dan pengurusannya) kepada orang-orang yang beriman. Diharamkan berwala’ kepada bukan Islam menjadi sempadan berpolitik. Hanya dibenarkan bermasyarakat madani (bertaaruf), bertahaluf, berdamai dan bertaawun sahaja. Firman Allah menegaskan: 
A028
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (A-li'Imraan 3:28) 
Maka termasuk dalam prinsip dan dasar keimanan yang menjadi akidah tetap, jelas dan nyata tidak harus berbeza pendapat. Hanya perkara furu’ atau cabang boleh berkhilaf atau berbeza pendapat kerana berbeza sebab, realiti dan situasi yang melahirkan mazhab yang diizinkan oleh syara’, bahkan semuanya diberi pahala berijtihad dengan syarat- syarat dan sifat keahlian ilmu dan akhlaknya, kerana sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seseorang yang mencari hukum secara ijtihad (dalam perkara yang tidak ada nas yang nyata) kemudian dia betul, nescaya diberi dua pahala. Dan apabila dia berjtihad, kemudian dia salah necaya diberi kepadanya satu pahala” (Muttafaqun ‘alaih)
Orang-orang yang telah pun beriman kepada Kitab Allah (Al-Quran) pula ada berbagai-bagai peringkat dan kemampuan melaksanakannya. Ada yang rajin, ada yang malas dan ada yang tenggelam ke dalam maksiat, namun tetap beriman kepadanya. Allah berfirman:
 “Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan.
A031
Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan. (Faatir 35:31)
A032
Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Faatir 35:32)
Adapun mereka yang menolak Al-Quran, membatalkan iman dan Islamnya, atau membatalkan Dua Syahadahnya yang telah diikrarkan atau melanggar baiahnya, Firman Allah telah menyatakan akibat menimpa mereka di Hari Akhirat apabila Al-Quran tidak dijadikan petunjuk dengan sengaja, bukannya jahil atau hilang akalnya sama ada pemimpin atau pengikut:
A031
Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman". (Saba' 34:31) 
A032
Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa". (Saba' 34:32) 

A033
Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (Saba' 34:33)

Maksudnya ingkar terhadap perkara dasar, syarat dan rukun di luar daripada urusan ijtihad mazhab di dalam Islam, seperti mereka menganut ideologi atau teori yang dicipta di luar daripada prinsip dan hukum yang nyata di dalam Islam yang menyeluruh, walaupun diletakkan jenama Islam dan istilahnya dengan tujuan menipu atau cara yang sesat, kerana mencari jalan pintas untuk kemenangan dunia tanpa peduli terhadap wawasan akhirat.
Perkara yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W apabila ditawarkan kepadanya kuasa tanpa mendaulatkan Islam. Sabda Baginda S.A.W kepada Abu Talib, bapa saudaranya:
 “Wahai bapa saudara kesayanganku! Kalaulah diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, nesacaya aku tidak akan meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam menuntut kemenangannya (yang belum dicapai)”
Begitulah juga perintah Allah supaya terus beristiqamah bersama Islam apabila dicabar oleh musuhnya dengan bersyarat kemewahan dunia atau menunjukkan perkara luar biasa atau bala mendatang supaya mereka menerima tawaran Islam:
A090
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. (Al-Israa' 17:90)

A091
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. (Al-Israa' 17:91)

A092
Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. (Al-Israa' 17:92)


A093
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?. (Al-Israa' 17:93

Maka termasuk tidak beristiqamah juga, sehingga berjanji apa sahaja demi kemenangan semata-mata, walaupun berbohong dengan janji yang tidak mungkin ditunaikan dalam sekelip mata. Amaran lebih keras terhadap berwala’ kepada musuh Islam demi mencapai cita-cita kemenangan sehingga disenaraikan dengan sifat munafik. Firman Allah:
A138
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (An-Nisaa' 4:138)

A139
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (An-Nisaa' 4:139)

Sejarah hilangnya kuasa Islam di Andalusia dan kejatuhan Negara Arab, Nusantara dan lain lain oleh penjajah cukup menjadi iktibar supaya tidak berulang lagi kerana sabda Rasulullah S.A.W:
“Tidak seharusnya seseorang yang beriman itu disengat daripada satu lubang sebanyak dua kali”


Thursday, 18 June 2020

SYAIR IMAM SYAFI'I - ILAIKA

Syair Imam Syafi'i - Ilaika
إِلَـيْــكَ إِلـَــهَ الْـخَـلْـقِ أَرْفَــــعْ رَغْـبَـتِـْي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku
وَإِنْ كُـنْـتُ يـَـا ذَا الْـمَــنِّ وَالْـجـُـوْدِ مُـجْـرِمـَا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
وَلَـمَّــا قَـسَــا قَـلْـبِـيْ وَضَـاقَــتْ مَـذَاهِـبِــيْ
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
جـَعـَلـْتُ الـرَجـَـا مِـنِّــي لِـعَـفْـوِكَ سُـلَّـمَــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu
فَـمَـا زِلْــتَ ذَا عَـفْـوٍ عَــنِ الـذَّنْـبِ لَــمْ تَـزَلْ
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــَجُــوْدُ وَ تَـعْــفُــوْ مِــنَّـــةً وَتَـكَــرَّمـَـا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan
أَلَــسْــتَ الَّــــذِيْ غَـذَيْـتَـنِـيْ وَهَـدَيـْتَـنِــيْ
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
وَلاَ زِلـْـــتَ مَـنَّـانـًـا عَــلَـــيَّ وَمُـنْـعِـمَــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni’mat itu kepadaku
عَـسَـى مَــنْ لَــهُ اْلإِحْـسَــانُ يَـغْـفِـرُ زَلَّـتِــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
وَيَـسْـتُــرُ أَوْ زَارِي وَمـَـــا قَــــدْ تَـقَــدَّمـَـا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
فـَـإِنْ تـَعْـفُ عَـنِّــي تَـعْــفُ عَـــنْ مُـتَـمَـرِّدٍ
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظـُـلُــوْمٍ غُــشُــوْمٍ لاَ يُـزَايِـــلُ مَـأْتـَـمـَـا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
وَ إِنْ تَنْـتَـقِـمْ مِــنِّــي فَـلَـسْــتُ بـَـآيـِـسٍ
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
وَلـَــوْ أَدْخُـلُــوا نَـفْـسِـيْ بِـجَــرْمِ جَـهَـنَّـمَـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
فَصِيْـحًـا إِذَا مَــا كَــانَ فِـــي ذِكـْــرِ رَبـِّــهِ
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
وَفِيْماَ سِوَاهُ فِي الْوَرَى كَانَ أَعْجَمَا
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يَـقُــوْلُ: حَبِـيْـبِـيْ أَنْـــتَ سُـؤَلـِـيْ وَبُغْـيَـتِـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـَفَــى بـِـكَ لِلـرّاجِـيْـنَ سُـــؤْلاً وَمَـغْـنَـمَـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أُصُـــــوْنِ وِدَادِي أَنْ يُـدَنِّــسَــهُ الْـــهَـــوَى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وَأَحْــفَــظُ عَــهْــدَ الْــحُـــبِّ أَنْ يـَتَـثَـلَّـمَـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فَـفِـيْ يَقْظَـتِـي شَــوْقٌ وَفِــيْ غُـفُـوَّتِـيْ مُـنًـى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــُلاَحِــقُ خُــطْــوِّي نَـشْــوَةً وَتـَرَنَّــمَــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang²
فـَجْـرُمـِي عَـظِـيْـمٌ مِـــنْ قَـدِيـْـمِ وَحـَـــادِثٍ
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وَعَـفْــوُكَ يَـأتِــيَ الْـعَـبْـدَ أَعْـلَــى وَأَجْـسَـمَـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
................................................

Ketika sakit...
Sangat tawadhuk, minta ampun kepada Allah, tidak menunjukkan kebaikan, mengaku kekurangan, merasa dirinya hina, sangat berharap (rajak) untuk jumpa dengan Allah. Imam al-Syafi'i ketika berhadapan dengan kematiannya, harapannya dibina atas Akal Albab-nya merujuk Surah 39: 53-54 di sebalik kesedarannya bahawa ia juga manusia memiliki kesalahan dan dosa.

A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)

A054
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (Az-Zumar 39:54


Orang yang cerdas adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Kekuatan untuk orang cerdas akan penderitaan dan kepedihan yang akan dihadapinya ketika sakaratulmaut. Kesannya, kebanggaan terus berkurang. Kematian dekat dengan disekitar kita. Maka kita akan menjadi lebih cerdas untuk bersiap-siap untuk berjumpa Allah.

Takutkan kematian. Bekerja amal soleh kerana ketenangan menghadapi kematian.

Bukan kah Allah yg beri makan, beri segala nikmat, pelihara urusan dunia, beri hidayah, sentiasa tutup kesalahan. Berdoa semuga Allah yg amat baik akan maafkan segala kesalahan, Semuga Allah yg maha baik. Memaafkan diri Yg sentiasa zalim, yb sentiasa melakukan maksiat. Tidak akan putus asa jika Allah tidak ampunkan, rasa takut yg luar biasa kerana dosa yg sangat banyak, semoga kemaafan Allah lebih besar dari dosa. cukup lah ALLAH tempat meminta. Berdoa juga Agar cinta pada Allah di jaga, kesucian jiwa tidak di cemari, tidak tercalar dgn dosa. Semoga kita merasa kemanisan iman, agar dikurniakan Husnul khotimah

Mengharapkan Rahmat Allah SWT dalam bentuk kemaafan, keampunan, nikmat syukur (syurga). Maka berbekal&berkemaslah hamba Allah utk belayar di dunia ini. Sabar merawat qalbu. Bersabarlah dengan musibah, sabar itu indah, kebaikan di tambah. 


A057
Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (Al-Israa' 17:57

A027
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (Ibrahim 14:27)

Sediakan Bekalan:

a) Amal salleh (kapal/kenderaan yg dibina di dunia)

A110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi 18:110)

b) Tinggalkan Maksiat
A083
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yusuf 12:83)

c) Berdoa dengan kesabaran. Dosa akan dipadamkan
A083
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yusuf 12:83)

d) Iktibar - Nabi Muhammad SAW sebagai role model ke akhirat
A021
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzaab 33:21)