Tuesday, 21 July 2020

MUSAFIR YANG DI GALAKKAN

Allah SWT menegaskan bahawa telah dibentang ayat-ayatNya yang manzurah di muka bumi, tanda Maha Kekuasaan dan KepakaranNya mencipta seluruh alam maya (fil afaaq). Agar manusia menyakini kebenaran al-Quran sebagai hidayah dan tazkirah. Juga akui keagungan Allah SWT yang menurunkan Al-Quran kalamNya yang dibaca (maqruah). Di samping ayat yang dipandang (manzurah) agar jadi renungan.

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)
Dalam Surah Fushshilat ayat 53 menegaskan bahawa diri manusia sendiri terdapat rahsia untuk mengetahui Maha Kepakaran Allah SWT mencipta manusia daripada tanah. Alangkah uniknya rahsia insan daripada tanah diproses hingga tercipta makhluk yang boleh berfikir serta bertutur dan sebagainya. Semua itu jadi tanda (ayat) menunjukkan ke Bijaksana Allah SWT.
Untuk mengetahui ayat-ayat Allah SWT yang manzurah di muka bumi dapat dipelajari rahsia ilmu yang berkaitan pelbagai pengalaman pakar sama ada dalam kajian sains dan sebagainya. Jika hasil kajian dapat mendekatkan dirinya ke arah mengenali dan meyakini Allah SWT Yang Maha Bijaksana bererti ia telah mendalami ilmu ukhrawi. Sebaliknya orang yang musafir kerana belajar ilmu agama tetapi niatnya untuk mendapat peluang yang lumayan ia tergolong dalam urusan duniawi meskipun kajiannya meliputi akidah dan syariah.
Musafir kedua ialah tujuan beribadat bererti ibadat Haji dan umrah di Makkah. Berjihad menentang pencerobohan atau khianat terhadap Islam. Musafir asas dua tujuan itu tergolong dalam urusan agama. Malangnya yang berlaku hanya peperangan antara golongan kapitalis dengan puak komunis atau antara sebuah negara dengan negara bangsa yang lain. Hingga persoalan jihad hampir tiada dalam pemikiran ummah sedangkan dalam kitab dan al-Quran disebut dengan jelas tentang kepentingan jihad. Menunjukkan ummah kian jauh daripada ajaran agama yang sebenar. Dijelaskan oleh sabda Nabi SAW yang bermaksud: “tiada musafir untuk ziarah masjid melainkan zirah kepada tiga buah masjid berikut iaitu masjid Nabi di Madinah dan Masjid Al Haram di Makkah serta Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis.” Hanya tiga buah masjid itu sahaja yang di anjur oleh Islam pergi menziarahinya untuk mencari iktibar serta mendapat keberkatan pahala seperti ditegaskan oleh hadis Nabi SAW. Melawat masjid-masjid silam bersejarah yang lain pada negara Islam di dunia ini hanya dapat melihat rupa bentuk dan seni binanya sahaja tetapi tiada janji berkat menziarahinya.
Musafir ketiga ialah kerana mengelak daripada perkara yang situasi menimbul kacau bilau agama. Musafir seperti itu baik bagi yang tidak terdaya mengatasinya. Dalam keadaan begitu jika ditunggu juga mungkin diri akan terjejas daripada pengaruh dan gangguan tersebut. Musafir bagi meninggalkan keadaan seperti itu adalah antara sunah Nabi SAW. Sebagaimana Nabi SAW dari Makkah dan berhijrah ke Madinah atas ziarah Allah SWT apabila gangguan dan permusuhan kaum musyrikin Makkah terlalu dahsyat terhadap Islam dan diri Nabi SAW. Musafir kerana mengenal dari suasana yang tidak mampu ditanggung itu adalah sunah para nabi-nabi dan rasul. Perjuangan Nabi SAW sentiasa dihiasi teknik dan taktik untuk mengelak diri menuju kepada keadaan lebih baik dan selamat. Nabi SAW pernah mengarahkan para sahabatnya pergi menyelamatkan imam dan Islam ke Habashah baginda juga pernah pergi ke Toif meskipun sambutan penduduknya amat menyedihkan.
Peristiwa bersejarah baginda SAW mengarah para sahabat hijrah ke Madinah akhirnya Nabi SAW setelah umat Islam selesai berhijrah diikuti Nabi SAW sendiri berhijrah diikuti Nabi SAW sendiri berhijrah ke bumi bertuah yang penduduknya lebih menghargai dakwah Nabi SAW.
Tinggal diri Nabi SAW serta bapa mentuanya dan Sayidina Ali bin Abi Tolib hijrah baginda SAW hanya setelah para sahabat selamat meninggalkan bumi Makkah. Adalah menjadi resam budaya golongan salaf meninggalkan kampung halaman bimbang kepada fitnah dahsyat yang tidak upaya untuk diatasi. Antara fitnah itu ialah harga barangan keperluan melambung mahal, musafir ke negeri yang harga barangannya murah. Lebih menyelamatkan agama dan mengurangkan dukacita kerana dapat elak daripada beban berat.
Yang keempat ialah musafir kerana menghindari wabak penyakit yang boleh mencacatkan tubuh badan sebagaimana pendapat Umar Al Khattab iaitu lari dari qada Tuhan kepada satu qada yang lain. Ataupun musafir kerana menghindari krisis ekonomi yang dahsyat kepada suatu tempat iklim ekonominya lebih cerah dan baik. Bagaimanapun dari segi pentadbiran negara kepada golongan profesional seperti doktor dan sebagainya tidak digalak meninggalkan negara semata-mata kerana keuntungan lebih kerana ia boleh menjejaskan kestabilan negara.
Wajar diadakan peraturan agar golongan profesional itu tidak berhijrah atas dorongan cari keuntungan semata. Kepentingan masyarakat dan negara perlu diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi.

Friday, 17 July 2020

KETIKA MUSAFIR

Ada ketika sesuatu tempat wajib ditinggalkan jika kajian dan pengalaman menunjukkan tempat itu menjejaskan keselamatan harta kekayaan. Lebih-lebih lagi jika menjejaskan takwa dan iman, tiada pilihan selain berhijrah kepada penempatan lain yang lebih aman dan selamat. Namun sesetengah tempat keadaannya sekadar sunat saja meninggalkan tempat itu mengikut kajian dan keadaan yang berlaku.
EdisiViral : Nur Fazura Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Tunggu ...Wabak penyakit diharuskan pindah kecuali penyakit taun kerana terdapat hadis melarang meninggalkan sesuatu tempat yang dilanda taun kerana terdapat hadis yang melarang meninggalkan sesuatu tempat yang dilanda taun. Malah dilarang orang dari luar masuk ke daerah tersebut kerana taun adalah sejenis penyakit yang cepat merebak. Kesimpulannya musafir itu ada masuk ke daerah tersebut kerana taun adalah sejenis penyakit yang cepat merebak. Kesimpulannya musafir itu ada yang tergolong sebagai terpuji dan ada yang dicela oleh agama. Musafir yang dicela itu hukumnya haram di sisi Islam.
Seperti anak meninggalkan ibu bapanya lantaran dimarahi oleh ibu bapanya lantaran pelanggaran syarak. Sepanjang masa musafir kerana meninggalkan ibu bapanya dalam kemurkaan Allah SWT. Anak-anak mesti diasuh supaya dalam keadaan menghormati kedua-dua orang tuanya. Ibu bapa pun mesti adil dalam pergaulan dengan anak-anak. Bukan anak saja mesti yang mesti dihormati kedua ibu bapanya bahkan sebaliknya ibu bapa mesti menyayangi anak-anak. Tidak sepatutnya ibu bapa menggunakan hak kuasa mutlak sebagai orang tua. Dengan anggapan jadi haknya dan kuasa mutlak untuk mengatakan sebarang perkataan atau sesuatu tindakan terhadap anaknya.
Anggapan tersebut adalah salah di sisi Islam kerana menyalah guna kuasa yang bersifat amanah Allah SWT. Hubungan ibu bapa dengan anak adalah atas dasar hubungan kasih sayang bukan atas dasar takut atau gerun. Ada juga musafir yang tergolong makruh seperti meninggalkan daerah yang sedang dilanda penyakit taun meskipun pada zahirnya ditegah berbuat demikian. Namun jika bertindak meninggalkan juga tidaklah sampat peringkat haram sekadar makruh sahaja iaitu tidak disukai agama. Lebih-lebih lagi jika rawatan di rumah sakit terlalu gawat lantaran kebanjiran pesakit terlalu ramai. Tindakan itu bagi meringani beban pihak doktor dan rumah sakit atau hendak menyelamat keluarga daripada dihinggapi wabak taun itu.
Ada ketikanya musafir hukumnya wajib seperti musafir kerana menunaikan fardu haji setelah memenuhi segala syarat. Musafir kerana menuntut ilmu yang dikira fardu ke atas setiap orang Islam iaitu ilmu yang berkait dengan syariat dan akidah serta akhlak Islam. Ada sesetengah musafir itu di hukumkan sunat seperti musafir kerana ziarah ulama yang solihin kerana hendak mencontohi akhlak tingkah laku mereka yang murni.
Memerhati perangainya ketika bergaul dengan masyarakat dan sikapnya terhadap seruan azan ketika berurus niaga. Adakah dia meneruskan perniagaan atau menutup sejenak seperti yang dituntut agama. Melihat cara hidupnya sebagai ulama yang juga profesional dalam bidang tertentu ketika berurusan dengan para pelanggan dan orang ramai. Melihat kebergantungan nya kepada Allah SWT melalui situasi yang menepati syariat dan budaya golongan ilmuan Islam untuk diteladani.
Daripada contoh akhlak para ulama yang diziarahi akan menggera hati seseorang untuk mencontohinya. Jika berjauhan daripada ulama mungkin seseorang berada dalam keadaan mengikut pandai sendiri tanpa contoh teladan yang murni. Justeru itu sunat menziarahi ulama. Selain daripada itu seseorang dapat dipungut faedah dari ilmiah daripada gerak geri dan tingkah laku mereka ada ketika terbit daripada lisan ulama kisah-kisah atau hadis dan ayat-ayat al-Quran berkesan di hati seseorang. Meskipun apa yang diperkatakan oleh ulama berkenaan itu perkara biasa yang sering dibaca dan didengar tetapi melalui lidah ulama ia berkesan di jiwa.
Ini suatu keberkatan kurniaan Allah SWT mungkin lantaran kebersihan dan keikhlasan hatinya, manfaat keberkatan itu dapat dinikmati bersama oleh menziarahinya. Keberkatan daripada menziarahi ulama itu amat bererti dan bernilai di akhirat meski pun terpaksa membelanjakan wang dan harta untuk kos musafir itu. Keberkatan tidak mudah diperoleh melainkan apa yang dijelaskan oleh syarak seperti ziarah ulama yang ikhlas itu.
Musafir atau pengembaraan yang harus iaitu musafir kerana mencari harta sedangkan harta tersebut sudah dimilikinya dan memadai untuk keperluan diri dan kaum keluarga. Tetapi jika tujuannya untuk sesuatu yang baik dan penting seperti untuk meraikan tetamu yang sering berkunjung ke rumahnya membantu fakir miskin yang memerlukan pertolongan. Ketika itu terletak kepada niat yang baik meskipun tujuan musafir yang asal hanya harus sahaja namun lantaran niat yang murni maka boleh merubah kedudukan musafir itu.
Permasalahan yang luas dalam agama ialah perkara yang harus (mubah), kalau hendak menukar perkara harus itu bergantung dengan niatnya. Makan minum adanya harus tetapi makan makanan yang berzat mengandungi pelbagai vitamin dengan niat untuk mendapatkan tenaga bagi melaksanakan ibadah wajib bukan saja perut kenyang di samping itu mendapat pahala pula.

Wednesday, 8 July 2020

PILIH AKHIRAT DULU

Lessons - Tes Teach

Allah SWT dan Nabi SAW suruh SEGERA.

A021
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 57:21

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)

Manusia pula INGIN segera untuk DUNIA

A020
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (Al-Qiaamah 75:20

A021
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).(Al-Qiaamah 75:21)

AlQuran mengajar manusia untuk mendahului akhirat dan pilihan akhirat adalah dunia. Sebagai ujian kepada manusia, Allah SWT menjadikan jiwa manusia mencintai dunia. Inilah sebut perjuangan atau peperangan hawa nafsu. Nilai perjuangan mencintai dunia untuk mendapat akhirat akan diberi SYURGA.

Tindakan manusia bermula dengan ilmu, tinggi kesedaran, on fikiran supaya menghasilkan ilmu untuk makrifah. Maka, mendahulukan belajar dahulu.

Manusia perlu memahami Allah SWT  dan dunia. Kemudian membuat pilihan.


A020
[SIFAT DUNIA] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan 

[KEJAR AKHIRAT] (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 57:20)

Contoh:
Apa kewajipan ibu bapa kepada anak?
Memberi nama yang baik, memilih isteri yang baik (ibu solehah ke tidak? utamakan solehah hak anak (muhsinah dapat anak hibbah), mengajar anak baca Quran iaitu memberi pendidikan. 
Wanita yang cerdik bertindak pentingkan akhirat. Apa apa pilihan mesti berasal dari Allah SWT. Apa-apa pemberian Allah hendaklah kita bersyukur dan bergantung kepada Allah SWT.