Saturday, 28 August 2021

DERITA ANGIN DI DALAM BADAN



Angin oh angin. Kenapa suka tinggal di dalam badan ku?. Tidak pasti punca angin di dalam badan ada. Kadang-kadang perasaan apabila terkena seperti nak mati sebab angin tersangkut-sangkut dan sukar nak keluar.

Orang yang biasa kena angin di dalam badan perlu menghindari untuk mengelakkan natijah buruk kepada tahap kesihatan seseorang itu. Angin ini boleh terjadi bagi golongan lelaki dan wanita. Tidak berkecuali mengikut tahap ‘kuat angin’ seseorang. Ada setengah orang mengesyorkan 'angin' ini boleh diubati dengan cara kampung. Ada juga makan ubat angin dan mengamalkan perubatan tradisional.

Kita mungkin selalu dengar nasihat orang-orang tua kita supaya ketika tidur ada waktu malam badan tidak sejuk dan untuk mengelak angin memasuki di dalam badan melalui bahagian hujung kaki. Elakkan tabiat mandi malam kerana air yang sejuk akan menyebabkan saraf badan kejutan akan menyebabkan terjadi angin.

Angin penyebab kebanyakan kesihatan seseorang terjejas tanpa mengira usia. Ada setengah mengatakan istilah angin ini disebabkan angin daripada usus, sendawa, kembung perut, mudah senak atau memulas perut, deruan bunyi seperti air berkocak dalam perut, sakit kepada dan sengal otot/ badan.

Punca utama terkena angin adalah kerana permakaman yang berunsur angin antaranya labu, nangka, cempedak, tepung, pisang, tebu, tembikai, durian Belanda, mi kuning, kicap, kacang soya, kekacang, air bergas, pulut, the, minuman berkafeina, tepung, sayur-sayuran yang sejuk, nasi sejuk.

Jika masalah angin tidak dapat dikawal, disembuhkan atau dibiarkan saja, masalah angin akan menjadi satu gangguan kesihatan yang boleh melarat kepada serius iaitu derita angin. Apabila terkena angin yang kuat, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.

Seriusnya angin lazimnya seseorang yang sedia ada masalah angin seperti angin medu iaitu angin yang berkumpul di ulu hati, angin gastrik, angin migrain dan sebagainya. Seseorang yang di masuki angin, ia boleh melemahkan badan dan mengganggu keadaan badan. Selalunya angin sejuk atau angin panas yang menyerang sarat pesakit. Ada setengah berlakunya bengkak di bahagian tulang, otot dan sendi.

Oleh itu, tiada ada perubatan yang khusus untuk menyembuhkan angin dengan mengambil makanan harian yang tidak ada unsur jenis berangin dan sejuk supaya masalah banyak angin atau urat saraf kembang ‘masuk angin’.

Banyakan makanan berserat tinggi dan mudah di hadam seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan serta bijirin supaya proses buang air kecil dan air besar dengan mudah. Untuk mengelakkan angin juga, ada petua melarang minum sambil berdiri kerana ia mengundang masuk angin dan melemahkan saraf batin badan. Jangan biarkan angin anda sebaliknya berusahalah untuk mencegah.

LELAKI PANCING BANYAK IKAN



Tarikan kepada ciri individu adalah faktor yang mendorong kita mendampingi seseorang. Kita tertarik dengan berlawanan jantina atas sebab cri-ciri fizikal yang ada padanya. Antaranya kacak, bentuk badan, kemas dan wangi. Malah lebih menarik lagi kalau bijak mengatur kata-kata. Tarikan fizikal inilah yang memungkinkan perhubungan intim.

Walau bagaimanapun, tarikan fizikal semata-mata tidak memungkinkan perhubungan intim itu ke gerbang perkahwinan tanpa mengambil  kira kesamaan dan keserasian. Merasai persamaan dan keserasian antara satu sama lain hasil interaksi dan perbualan semasa pertemuan sudah mula meninggalkan ciri-ciri idaman itu. Ini kerana perhubungan yang erat akan terbentuk untuk diikat secara sah iaitu perkahwinan.

Tahukah anda, lelaki akan cuba memikat wanita dengan pelbagai aksi. Mungkin si lelaki bertemu kawan baik si wanita tentang ciri-cri lelaki idaman yang diingini. Setelah mengetahui, si lelaki cuba untuk mengubah personaliti dan cuba untuk menjadi personaliti yang diingini oleh gadis pujaannya. Ini tujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat  dengan wanita itu dan berharap ada respons.

Kepada kaum wanita, ingat pesanan ini. Lelaki akan pancing banyak ikan dengan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respons padanya dan dapat memenuhi keseronokannya. Sebab itu kalau kita lihat mereka mudah melayan kita dan wanita pula “tersyok sendiri” bahawa lelaki itu suka padanya. Padahal hanya untuk “test market”. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun berakhlak mulia dan menjaga kehormatan diri.

TINGKAH LAKU AGRESIF



Ada teori menyatakan bahawa tingkah laku adalah berbentuk naluri, iaitu tingkah laku tidak dapat dipelajari daripada sesiapa tetapi disebabkan oleh faktor dalaman atau kematangan fisiologi. Walau bagaimanapun, kebanyakkan ahli teori percaya bahawa tingkah laku hanya boleh dipengaruhi oleh masa kini. Ini bermakna hanya masa kini yang penting bagi memahami tingkah laku. Namun, tingkah laku semasa juga dipengaruhi oleh masa lampau. Begitu juga, sebarang perkara yang difikirkan masa kini boleh dipengaruhi oleh pemikiran masa tentang masa hadapan.  Gibbons (1970) menyatakan kurang daripada 3% juvana dalam Amerika dirujuk pada mahkamah juvana setiap tahun. Walaupun sebahagian besar populasi pemuda dalam perhatian mahkamah sewaktu zaman remaja. Hanya separuh daripada kes rujukan ini dianggap sebagai kes berat untuk dibicarakan dalam mahkamah. Dengan perkataan lain, separuh lagi diurus secara tidak rasmi.

1.         Definisi Tingkah Laku Agresif

 Menurut Azizi (2004), agresif ialah sebarang tingkah laku yang dirancang untuk mencederakan orang lain, iaitu tingkah laku yang harus dielakkan. Kekecawaan, kejengkelan, dan serangan semuanya mudah menyebabkan seseorang itu berasa marah. Perasaan marah ini adalah satu daripada unsur yang penting untuk  menghasilkan tingkah laku agresif. Biasanya seseorang yang marah lebih cenderung untuk bersikap agresif. Ada juga seseorang itu bertindak agresif tanpa merasa agresif. Oleh itu, faktor untuk mengawal tingakah laku agresif sama penting dengan menimbulkan perasaan agresif. Pengetahuan lampau merupakan mekanisme penting untuk menentukan manusia yang bertingkah laku agresif.

Dari segi sejarah, ahli jenayah merujuk tingkah laku melanggar peraturan biasa iaitu agresif sebagai pesalah. Kenyataan terdapat ratusan kajian telah menggunakan istilah agresif untuk menerangkan tingkah laku menyimpang atau tingkah laku biasa. Ahli psikologi pula menggunakan istilah seperti tingkah laku anti-sosial, tingkah laku bermasalah dan kelakuan bermasalah atau kecelaruan. Reed & Baali, (1972) menyatakan bahawa ahli sosiologi, psikologi, psikiatri dan guru mempunyai istilah yang berbeza bagi kumpulan agresif ini. Pada pandangan ahli sosiologi, pesalah juvana adalah individu yang tidak sahaja melakukan tingkah laku agresif tetapi dilabel sebagaimana masyarakat bertindak balas terhadapnya. Ahli psikologi pula menumpukan bukan sahaja pada tingkah laku agresif tetapi termasuk cara juvana berfikir; ahli psikiatri pula menitikberatkan tahap emosi dan sikap yang dikenali sebagai patologi mental.
Rakyat jelata mempunyai pandangan berlainan tertakluk pada sama ada mereka pernah terseksa atau terpengaruh oleh tingkah laku agresif itu. Reed & Baali, (1972) menjelaskan bahawa tingkah laku agresif ialah tingkah laku yang berlainan daripada norma-norma biasa yang telah ditetapkan oleh institusi tertentu. Kelainan ini mungkin boleh diterima atau tidak boleh diterima oleh masyarakat. Stumphauzer (1986) mentakrifkan pesalah juvana sebagai remaja yang lakukan tingkah laku agresif. Untuk menjadi pesalah yang rasmi, remaja atau kanakkanak tersebut telah mencabul undang-undang negara atau kehakiman kerajaan. Salah laku ini boleh merangkumi ponteng, buli, gangsterisme, merokok, mencuri, peras ugut, menghisap dadah, perlanggaran disiplin hingga kejenayah berat.

2.         Jenis Tingkah Laku Agresif

Terdapat dua kategori tingkah laku agresif di kalangan iaitu berbentuk instrumental (penyerang proaktif) dan matlamat (penyerang reaktif). Tingkah laku agresif yang instrumental ialah berkaitan dengan sesuatu tujuan untuk mendapatkan sesuatu.
Contohnya mencederakan sesuatu atau seseorang untuk mendapatkan sesuatu atau hendak menang dalam sesuatu permainan. Tingkah laku ini bukan bertujuan untuk mencederakan tetapi bertujuan untuk mendapatkan matlamat yang diingini. Golongan ini percaya keagresifan dapat mendatangkan keuntungan dan harga diri dapat dipertingkatkan dengan mendominasi orang lain sebelum perkara yang serius berlaku. 
Tingkah laku yang berbentuk matlamat (penyerang reaktif) mempunyai tujuan untuk mecederakan pihak lain. Contohnya mencederakan sesuatu kerana perasaan benci atau iri hati. Golongan ini bersikap bermusuhan yang tinggi dan bertindak balas agresif berbanding golongan lain (Azizi 2004).

Dari sudut biologi, Maccoby dan Jacklin (1974, 1980), berpendapat remaja lelaki lebih agresif berbanding remaja perempuan. Olweus dan rakan (1980), mendapati remaja lelaki berumur 16 tahun dan suka membuli rakannya menganggap mereka agresif dari segi pertuturan dan fizikal biasanya mempunyai tahap testosterone yang tinggi berbanding remaja lelaki yang tidak agresif

3.         Dorongan Tingkah Laku Agresif

Terdapat tiga aspek utama yang dikaitkan dengan dorongan keagresifan. Tiga aspek itu ialah:Tenaga bantuan/ganjaran Mekanisme pelajaran yang tertama berlaku ialah tenaga bantuan/ganjaran. Apabila tingkah laku tertentu diberikan ganjaran, individu tersebut menjadi lebih suka mengulangi pada masa akan datang. Sebaliknya apabila dihukum, dia jarang mengulangi kesilapan itu (Azizi 2004) Kesimpulannya tingkah laku agresif ialah sempadan utama mempelajari tingkah laku dan tenaga bantuan ialah fasilitator utama bagi keagresifan. Peniruan Peniruan ialah mekanisme lain yang berbentuk tingkah laku. Semua orang menpunyai kecenderungan yang tinggi untuk meniru. Peniruan ini berlanjutan kepada hampir semua tingkah laku termasuk keagresifan (Azizi 2004) Keagresifan kadang kala bukan sahaja tidak diperlukan tetapi dibenarkan dan diperlukan, contohnya ketika diserang. Tingkah laku ini dibentuk dan ditentukan oleh apa yang dilakukan oleh orang lain dan diperhatikan oleh pelaku. Tindakan agresif banyak di cetus akibat daripada peniruan dan pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain. Pelajar yang mulanya menjadi pemerhati terhadap pelakuan agresif, kemudian akan turut terlibat. Mengikut Olweus (1998), mengapa pemerhati kejadian agresif, turut melakukan ialah kerana peniruan. Mangsa tindakan agresif pula akan bertukar menjadi agresif akibat daripada peniruan juga. Mereka akan melepaskan kemarahan terhadap mangsa yang lebih lemah dan seterusnya melakukan apa yang telah mereka alami (dalam kes ini ialah perlakuan).

Naluri Sigmund Freud (1930, 1950) berpendapat bahawa keagresifan disebabkan oleh factor naluri biologi yang mewujudkan musuh dorongan desakan kebebasan. Manusia mempunyai tanggapan antara dorongan membina atau kemusnahan. Dorongan semula jadi atau naluri mati adalah semula jadi, namun naluri ini tetap mewujudkan dorongan musuh menuntut pembebasan.

4.         Punca dan Sebab Kelakuan Agresif

Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran, dan ketegangan yang tertentu. Antara lain, tiga faktor yang memberi sumbangan kepada kegeloraan hidup di zaman remaja ialah perubahan fizikal yang amat cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai manusia pinggiran dan keperluan untuk menyediakan diri bagi dunia dewasa. (Nik Aziz Nik Pa, 1998). Erikson (1963) menjelaskan bahawa pada zaman remaja, seseorang berhadapan dengan satu cabaran kritis, iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran tersebut boleh membuat remaja mengalami krisis kekeliruan tentang peranan hidup mereka. Dalam zaman revolusi teknologi dan ledakan maklumat, pembentukan identiti diri merupakan satu proses yang kompleks. Antaralain pembentukan identiti diri membabitkan pembinaan identiti jantina dan identiti pekerjaan yang sesuai.

Menurut Hurlock (1973) kaum remaja mengalami gangguan emosi seperti bimbang akan kegagalan akan membuat penyesuaian semasa bertembung dengan situasi baru. Jika tidak ada penyesuaian yang memuaskan di antara individu dengan persekitarannya, maka remaja akan menghasilkan tingkah laku yang menyimpang. Perlakuan ini akan menimbulkan masalah sosial yang besar kepada masyarakat dan negara.