Sunday, 29 August 2021

NASIHAT

 


Kehidupan itu cuma dua hari. Satu hari untukmu dan satu hari melawanmu. Maka pada saat ia untukmu, jangan merasa bangga dan pada saat ia melawanmu bersabarlah. Kerana keduanya adalah ujian bagimu. (Ali bin Abi Thalib)

Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya. Dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Singgah di dunia ini sebentar, sedang tinggal diakhirat disana kekal selamanya. (Hassan Al-Bashri)

Bila engkau pulang ke alam baqa’, tidak membawa bekal takwa, kau lihat orang-orang membawanya pada hari perhimpunan. Engkau akan menyesal, kerana engkau tidak seperti mereka. Mereka mempunyai persiapan sedang engkau tidak memilikinya. (Ibnu Qayyim)

Hiduplah sebagaimana semaumu, tetapi ingat, bahawa engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat, engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang engkau kehendaki, namun ingat, engkau pasti akan menerima balasannya nanti. (Imam Ghazali)


ISTIQAMAH - PERJUANGAN SUNGGUH-SUNGGUH



Ingin menjadi baik dan lebih baik memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Apabila kita merasakan diri perlu transformasi, maka tindakan perlu dilakukan segera. Orang kata, untuk berjaya itu mudah tetapi untuk mengekalkan kejayaan itu payah. Atau berkahwin itu mudah untuk mengekalkan perkahwinan kebahagiaan itu payah. Semua menuntut kepada istiqamah.

AlQuran kita mesti percaya dan yakin. Sebab semua itu datang dari kata-kata Allah SWT yang benar dan sesungguhnya sangat benar. Tugas utama kita mesti percaya dan yakin. Setelah itu, barulah ke langkah berikutnya. 

Saya beri contoh istiqamah. Bercita-cita untuk menjadi hamba Allah SWT yang terbaik. Berikut ayat-ayat Allah SWT meminta hambaNya seperti berikut:

A005
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara. (At-Tahriim 66:5)

A064
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (Al-Furqaan 25:64)

A112

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).(At-Taubah 9:112)

Contoh kurniaan Allah SWT dan sikap para Nabi Surah Saad

A035
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".(Saad 38:35

A039
(Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".(Saad 38:39)

A041
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".(Saad 38:41)

A042
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".(Saad 38:42)

A043
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).(Saad 38:43)

Walaupun dikurniakan pelbagai pemberian Allah, sikap nabi nabi

A045
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya).(Saad 38:45) 

A046
Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.(Saad 38:46

A049
(Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -

A050
Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;(Saad 38:50)

Ayat-ayat Quran Istiqamah

A112
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud 11:112)

A015
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". (Asy-Syuura 42:15)

A013
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Ahqaaf 46:13)

A014
Merekalah ahli Syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (Al-Ahqaaf 46:14)

Tindakan Untuk Istiqamah:

1) Self Talk - sentiasa cakap dengan diri "istiqamah'

2) Doa

Image result for doa jauh dari malas

Image result for doa hati berbolak balik

3) Zikir

Image result for zikir lahaulawalaquwataillabillah

4) Displin diri

5) Tindakan perbuatan istiqamah
A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-'Ankabuut 29:69)

6) Pilih Kawan Yang Betul
Ayat Allah apabila salah pilih kawan
A027
Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?. (Al-Furqaan 25:27)

A028
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! (Al-Furqaan 25:28)


A029
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".(Al-Furqaan 25:29)

Semoga Allah memberi rahmatNya.

Saturday, 28 August 2021

PENGENALAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi seperti negara Korea Selatan dan Jerman yang telah menjadikan negara mereka berpendapatan tinggi melalui sistem PTV. Malaysia perlu mengorak langkah melahirkan sumber modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi melalui pendidikan ini.

Transformasi pendidikan teknik dan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengginering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina satu sistem pendidikan vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda tranformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Tujuan sistem pendidikan vokasional adalah untuk menghasilkan sumber manusia yang responsif kepada pelbagai insiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan berjaya. Selain itu, tenaga Mahir dapat menghasilkan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktirafkan oleh pihak industri, berwatakkan professional dan di terima dalam pasaran kerja.

Jerman adalah di antara negara maju yang mengiktiraf pendidikan vokasional setaraf dengan pendidikan akademik dengan 40% daripada pelajarnya mengikuti aliran vokasional. Tidak kurang juga negara maju yang lain seperti Perancis yang mensasarkan 60% pelajar aliran vokasional dan kita, masih terkebelakang dengan sasaran 10%. Berdasarkan kepada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas hanya 10% di Malaysia berbanding 44% bagi negara maju adalah pendidikan teknikal dan vokasional. Manakala di negara-negara Asean seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas telah menjangkau 40 hingga 60 peratus.      

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) telah menggariskan transformasi  PTV adalah bagi memenuhi permintaan industri dan majikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional, mahir dan separa mahir. Ini secara tidak langsung memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua (education for all) seperti yang digariskan oleh UNESCO.

Suatu ketika dulu PTV dianggap sebagai pendidikan kelas dua dan hanya diceburi oleh murid yang tidak berminat untuk belajar dalam aliran akademik. Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memperkemaskan laluan kemajuan PTV kepada  pelajar yang menyertai aliran vokasional kerana akan dipersiapkan dengan kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri  hingga ke peringkat diploma melalui pewujudan Kolej Vokasional supaya diterima dalam pasaran kerja serta mampu menjadi usahawan yang berdaya saing pada masa hadapan. Sasaran Kerajaan adalah untuk melahirkan 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Oleh itu, Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based)  atau  untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi berminat untuk menyambung sesi persekolahan dalam bidang vokasional pendidikan bercorak amali dari peringkat menengah rendah sehingga ke tahap Kolej Vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta (ILKS).