Thursday, 2 September 2021

CARA PERUBATAN ISLAM



Syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan menimba ilmu perubatan Islam secara kebetulan daripada Allahyarhamah ustazah Joharah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada ustazah.
Perubatan Islam merupakan cara alternatif yang diajar dalam Islam. Berubat tanpa perantaraan jin tetapi terus memohon pertolongan Allah SWT dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Banyakkan doa-doa yang boleh diamalkan oleh perawat dan pesakit. Hari ini saya ingin kongsikan sedikti ilmu berkaitan dengan cara-cara merawat pesakit seperti ini.
Syarat untuk beramal dengan perubatan Islam atau apa-apa aktiviti harian hendaklah seperti berikut:
·    Tidak takabbur dengan Allah SWT
·    Ikhlas kerana Allah SWT dan agamaNya.
·    Solat tidak ditinggalkan dan ditambah dengan solat-solat sunat lain solat hajat, tahajud dan dhuha
·    Amalan dibuat hendaklah ikhlas sekiranya didapati tidak ikhlas hendaklah berzikir
·    Beramal dengan hendaklah ada ilmu dan berguru
·    Maafkan orang lain jika orang buat salah kepada kita
·    Kerap kali mohon ampun kepada Allah SWT
·    Banyakkan sedekah. Ada pelbagai cara untuk sedekah
·  Pesanan Tuan Guru Haji Hadi Awang menasihati apa-apa musibah ke atas diri hendaklah bersabar, solat dan minta ampun dengan Allah SWT dan jangan sesekali menuduh atau mengeji dugaan yang diterima kerana boleh gugur iman.

Antara tanda-tanda pesakit ialah:
*Mata ada lebam macam ada pesakit jantung
*Mata kemerah-merahan
*Badan berasa panas. Ketika orang lain bercakap nak marah kepada pesakit atau pesakit kerap suka marah-marah
* Jika ada jin, akan berasa sakit.

ü  Sebelum memulakan rawatan. Tindakan:
- Sebelum memulakan perubatan atau jika badan rasa tidak sihat hendaklah mandi dengan 21 biji limau nipis dengan air biasa atau air kolah di masjid. Mulakan bacaan Al-Fatihah,
            3 kali    
-     Jika pesakit beri salam, perawat dilarang menjawab. Sebab pesakit membawa penyakit yang boleh memberi kelemahan kepada perawat.

-    Pastikan perawat dan pesakit menutup AURAT sebab setiap ayat al-Quran ada penjaga iaitu malaikat. Kita perlukan malaikat bersama ketika berubat sebab itu perlu pakaian menutup aurat.

-    Boleh sediakan air, garam atau lada hitam (terpulang kepada perawat tetapi lebih baik menggunakan air).

-    Perawat pastikan pesakit perempuan menutup aurat

-    Pesakit baring menghadap kiblat

-    Perawat hendaklah duduk tepat di tengah pusat sebelah kanan. Jangan duduk di hujung kaki

ü  Cara Pertama
o   Al-Fatihah
o   Surah Al-Baqarah ayat 1 -19
o   Surah Al-Fil (3 kali)
(Ketika melakukan perubatan ini, anda akan dapat rasa pelbagai bau-baun, rasa seram, rasa takut dan sebagainya. Teruskan baca)

ü  Cara Kedua jika masih tidak juga keluar makhluk halus mulakan bacaan
o   Al-Fatihah
o   Surah Al-Baqarah ayat 1-8 (3 kali)
o   Zikir 100 kali

Untuk kedua-dua kaedah, perawat akan dapat rasa makhluk halus akan keluar melalui badan atau kaki dengan cara pukul secara perlahan tetapi jangan kuat..

ü  Zikir Ya Salam : untuk mereka berasa lesu/lemah badan

ü  Pesanan ustazah:
o   Selalu berzikir
o   Jangan masukkan dalam hati dengan dosa. Selalulah beristighfar. Doa minta ampun dosa diri sendiri, ibu bapa, anak, sahabat dan umat Islam
o   Kutip ilmu agama untuk akhirat dan jangan bangga dengan pangkat, harta tetapi pentingkan ilmu agama

BERAMALLAH UNTUK DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT.


Wednesday, 1 September 2021

MANA SILAPNYA?






Seorang lelaki berusia 26 tahun sudah bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang mempunyai jiwa yang tidak bahagia dan merasa tiada makna dalam hidup ini. Kehilangan bahagia kerana tiada cinta. Cemburu kebahagiaan rakan-rakan yang sudah berkahwin dan diri sendiri kerana belum menemui jodoh lagi. Bertambah parah lagi apabila menghadapi masalah kesunyian dan tekanan orang kampung bertanya “ Bila nak kahwin?”. Kata lelaki muda ini, bukannya tidak mencari tetapi berakhir dengan episode yang menyedihkan dan menyakitkan. Kata lelaki berusia 26 tahun:“Saya seorang yang sukar mendekati wanita dan wanita juga sukar mendekati diri saya”. Keluh yang panjang sambil merenung ke arah awam.

Lelaki bimbang sebab lambat jodoh!. Rasa hendak tergelak juga sebab ada juga lelaki yang bimbang lewat jodoh. Ingatkan perempuan je yang bimbang. Tapi melihat umur yang baru berusia 26 tahun tidaklah terlalu tua. Masih muda lagi dan belum terdesak untuk berkahwin. Kalau difikirkan, mengapa tidak menggunakan kuasa seorang lelaki yang ada hak untuk berkahwin dan bercerai. Sepatutnya lelaki lah yang mulakan dulu untuk mencari berbanding wanita nanti dikatakan istilah “perigi mencari timba”.

Mengapa mesti bandingkan diri dengan orang yang sedang bahagia?. Berhentilah membanding diri dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga bahagia. Mungkin sebahagian kawan kita bahagia dan sebahagiannya tidak bahagia. Hidup berumah tangga banyak cabarannya jika kita tidak bersedia dari segi mental dan fizikal.

Nasihat kepada lelaki ini, usahlah bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi dari kita sebaliknya banding lah diri yang rendah dari kita agar kita nampak beruntung Allah SWT telah menjadikan segalanya sedemikian rupa buat kita. Terima kasih Ya Allah.

Mengapa lelaki lambat jodoh? Mana silapnya?. Seorang lelaki yang mengadu dia lambat jodoh atau tiada jodoh hanyalah disebabkan kurang mencuba. Cuba sekali lepas tu buat tak tau je apabila tak ada respond. Kalau kita sudah mencuba dan orang itu menolak cinta tulus kita, maka jadikan cabaran untuk mencari pengganti yang lebih baik. Mohon kepada Allah SWT Insha’Allah akan berhasil.

Akhir sekali, mengapa kita mesti ikut bisikan syaitan yang jahat itu. Kenapa kita memikirkan tentang kesunyian hidup tanpa pasangan?. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk hidup dan berbakti kepadaNya.

Sekiranya anda di luar sana merasa anda boleh menjadi suami yang lebih baik daripada orang lain, BUKTIKAN!. hehe

ISTERI TAAT




Kisah isteri yg taat akan suaminya pada zaman Nabi Shallallahu alaihi wasalam...

Dijelaskan dalam Kitab 'uquudul lujain : 

Sebahagian dari dosa-dosa besar yg dilakukan seorang perempuan (isteri) adalah keluarnya seorang isteri dari rumah tanpa izin suaminya, walaupun untuk sebab kerana ingin menziarahi jenazah orang tuanya yg wafatnya. (salah seorang atau kedua  orang tuanya) 

Imam Al-Ghazali rahimahullah menuturkan dalam kitab Ihya Ulumiddin (sebuah kisah dalam sebuah keluarga dizaman Rasulullah )

Seorang suami akan melakukan perjalanan dan ia berwasiat pada isterinya untuk tidak turun dari tingkat atas ke tingkat bawah yang mana orang tua si isteri ini mendiami tingkat bawah. (dalam riwayat lain ada disebut rumah yg agak jauh) 

Dalam keadaan suami masih dalam perjalanannya si ayah wanita ini sakit, ia ingin menjenguk ayahnya namun ia tidak berani melanggar wasiat suaminya, akhirnya ia mengirim utusan kepada Rasulullah untuk mohon diizinkan turun guna menjenguk akan orang tuanya.

Maka bersabda Rasul - Shallallahu alaihi wasalam - : "Taatilah suamimu". Kemudian wafatlah orang tuanya, dan wanita ini ingin menyaksikan jenazah orang tuanya untuk yang terakhir kalinya, kemudian ia mengutus utusan kepada Rasulullah untuk memohonkan izin guna melihat jenazah orang tuanya. 

Nabi bersabda : Taatilah suamimu. Maka dikuburkanlah orang tuanya.

Tidak lama selepas itu Rasulullah mengirim utusan yang memberi khabar kepada wanita ini, bahawa : Allah SWT telah mengampuni semua dosa orang tuanya dengan sebab ketaatannya kepada suaminya.

Selepas berlakunya kejadian tersebut wanita ini tadi berwasiat kepada puterinya :

Peliharalah sepuluh perkara yang menjadi hak suamimu, nescaya itu akan jadi bekal kebaikan buatmu :

Pertama dan kedua, Qona'ah (merasa cukup dengan pemberian suami) dan mendengar baik-baik ucapan suami serta taatilah.

Ketiga dan keempat, Perhatikan dan periksalah penglihatan dan bau apa yg dicium oleh suamimu, Jangan biarkan suami memandangmu dengan pandangan tidak suka. Dan jangan biarkan suamimu ketika ia mencium bau badan engkau kecuali harum.

Kelima dan keenam, Periksa dan perhatikan waktu makan dan waktu tidur suamimu.

Ketujuh dan ke lapan, Menjaga harta suami dan jangan berbuat tidak senonoh terhadap suami dan keluarga suami.

Kesembilan dan kesepuluh, Jangan bantah perkataannya dan jangan bicarakan apa yang jadi rahasia nya.

Sungguh jika engkau melawan perintahnya dan ada rasa cemburu di dadanya juga membicarakan rahsianya. Maka engkau jangan merasa aman jika telah berkhianat padanya.

Jagalah...berikan kebahagian ketika suamimu sedang bersedih...dan sederhana lah  ketika ia sedang gembira.