Tuesday, 7 September 2021

PENDIDIKAN PERSPEKTIF ISLAM


Penerapan nilai-nilai moral dan kemanusiaan dari satu generasi ke generasi berikutnya berlaku melalui hasil pendidikan daripada ibu bapa, orang dewasa dan guru di sekolah. Namun begitu, keadaan menjadi berubah apabila kehidupan masa kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden dan masyarakat yang terbudaya dengan media yang mana kebanyakan ideologi budaya dan penerapan nilai diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui media seperti televisyen dan internet. 

Persoalannya pendidikan yang mana? Pendidikan yang bersandarkan kepada nilai agama Islam yang benar dan kukuh. Penerapan nilai agama dalam sistem pendidikan mampu melahirkan generasi yang seimbang dari segi akhlak, memiliki perkerti yang mulia serta peribadi yang boleh diteladani. 

Ilmu perlu diajar secara kefahaman dan penghayatan agar ilmu dapat dimaknakan seterusnya melahirkan generasi yang berjiwa, perihatin serta subur sifat insaniah. Kekuatan akidah, iman dan takwa yang terjelma dalam daya fikir dan daya amal adalah pemangkin untuk membina sebuah ummah yang beradab dan bertamadun. 

Apa itu pendidikan daripada perspektif Islam? . Dalilnya,

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:129

Tujuan pendidikan bermaksud menumbuhkan suatu keadaan menuju kesempurnaan sedikit-sedikit (proses yang memerlukan kesabaran dan tekun) sehingga mencapai tahap kesempurnaan. Objek pendidikan manusia itu sendiri kerana manusia tidak sempurna. Maka, seumur hidup manusia perlu mencari dan berjuang untuk mencapai kesempurnaan. 

Objek pendidikan manusia terdiri daripada jasad, roh, akal dan nafs/ jiwa. Oleh itu, elemen pendidikan perlu menyentuh 4 elemen tersebut.

a) Jasad - Penampung roh (kerja/aktiviti)

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (As-Sajdah 32:9 

b) Roh - Penghidup jasab (iman)

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".(Saad 38:72) 

c) Akal - Pengikat jasad (pemahaman)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36 

d) Nafs - Pengerak jasad (tazkiyah nafs)

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);(Asy-Syams 91:7) 

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -(Asy-Syams 91:8) 

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Asy-Syams 91:9 

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).(Asy-Syams 91:10

Perlu menyendari bahawa manusia memerlukan pendidikan sehingga mati untuk mencapai kesempurnaan. Bagi mencapai kesempurnaan diri kita perlu mengetahui dalam diri manusia ada tabiat dan perilaku buruk yang perlu kepada proses tazkiyah nafs (pembersihan hati) yang berterusan.

Kita perlu menyendari bahawa manusia memerlukan pendidikan sehingga mati untuk mencapai kesempurnaan. Oleh itu, sebelum mencapai kesempurnaan diri kita perlu mengetahui dalam diri manusia ada tabiat buruk dan perilaku buruk yang perlu kepada proses tazkiyah nafs (pembersihan hati) yang berterusan. 

Berikut tabiat buruk manusia:

a) Ajula - tergesa-gesa (sangat cinta dunia)

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.(Al-Israa' 17:11

 b) Ya'usa - putus asa (takut hilang dunia)

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).(Fussilat 41:49 

c) Halu'a - berkeluh kesah (kait hal dunia)

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -(Al-Ma'aarij 70:19 

d) Dhaifa - lemah 

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa' 4:28 

Berikut perilaku buruk manusia:

a) Khasim

Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya. (Al-Nahl 16:4) 

b) Jadil

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (Al-Kahfi 18:54) 

c) Qatur

Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut". (Al-Israa' 17:100 

d) Zalum Kafur

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 14:34 

e) Zalum Jahul

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab 33:72) 

f) Tagha

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (Al-'Alaq 96:6 

g) Kanud

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. (Al-'Aadiyaat 100:6 

Mengetahui tujuan pendidikan sangat penting sebagai langkah awal menuju penyusunan silibis pendidikan iaitu:

a) Tauhid - menjaga kesucian fitrah pada diri manusia daripada penyimpangan (Ibn Taymiyyah)

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Ruum 30:30) 

b) Ibadah - mewujudkan ubudiyyah pada diri manusia hanya kepada Allah (Ibn al-Qayyim)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56) 

c) Akhlak - menghilang akhlak buruk dan menanam akhlak baik pada diri manusia (al-Ghazali)

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu'ah 62:2) 

Rujukan tujuan pendidikan dalam surah Luqman 31:13-19

Surah Luqman 31:13-16 - (Iman). Hasilnya pendidikan tauhid

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Luqman 31:13 

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14) 

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman 31:15 

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman 31:16 

Surah Luqman 31:17 - (Islam). Hasilnya pendidikan ibadah

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman 31:17) 

Surah Luqman 31:18-19 - (Ihsan). Hasilnya pendidikan akhlak

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18 

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Luqman 31:19) 

Tujuan pendidikan sudah ditentukan secara sistematik, seterusnya penyusunan silibus pendidikan mesti selari dengan tujuan pendidikan. Antara silibus dan tujuan pendidikan mestilah selari iaitu 

Pendidikan tauhid - untuk membina keimanan

Pendidikan ibadah - untuk membina ketakwaan

Pendidikan akhlak - untuk membina keihsanan 

Ketiga-tiga pendidikan diatas dinaungi satu istilah iaitu al-tazkiyyah. Silibus pendidikan yang menjelaskan tujuan pendidikan hanyalah ayat-ayat Allah kerana ayat-ayat Allah merupakan sumber tazkiyah, sama ada ayat-ayat Allah yang berkata-kata (al-Quran), ayat-ayat Allah yang diam (alam semesta) atau ayat-ayat Allah yang berjalan (Rasulullah saw). 

Al-Quran, al-Sunnah, alam semesta, fenomena, manusia dididik dari segi tauhid, ibadah dan juga akhlak. Al-Quran, al-Sunnah, alam semesta dan fenomena ternyata mampu membentuk kemampuan manusia dalam berfikir dan beramal yang sempurna menuju bahagia. Dari keempat-empat silibis diatas, para pendidik boleh sistematik ke dalam beberapa subjek yang akan menjadi silibus pendidikan yang sistematik untuk menjelaskan dan memperincikan 3 tujuan pendidikan tauhid, ibadah dan akhlak. 

Metod pendidikan Al-Quran ayat Quraniyyah (Al-Quran), Kauniyyah (alam) dan takwiniyyah (fenomena) adalah makna untuk disampaikan oleh pendidik keimanan (tauhid), ketakwaan (ibadah) dan keihsanan (akhlak) melalui kaedah 4 lapisan hati sadru, qalbu, fuad dan lubb. Punca kepada metod adalah akal, mata (penglihatan), telinga (pendengaran) dan hati (pemahaman). 

Pendidikan dan pengajaran melibatkan al-tilawah membaca ayat-ayat Allah dengan melatih daya pendengaran. Seterusnya, Al-Talim proses mengajar makna-makna al-Quran dan fokus pemahaman dan Al-Tazkiyah pula tarbiyah dalaman manusia dengan melatih kesedaran baik buruk. Oleh itu, penyucian jiwa boleh berlaku adanya pengajaran al-kitab dan al-hikmah serta pembacaan yang berterusan terhadap ayat-ayat Allah SWT. 

Sistem pengajaran secara sistematik menentukan kepada alat pembelajaran, objek pembelajaran, kaedah pembelajaran dan tujuan pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. 

Alat pelajaran perlu diaktifkan iaitu: 

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179 

Pendengaran - Al-Quran - Melatih daya pendengaran melalui aktiviti pembacaan

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Al-Nahl 16:78) 

Lihat - Alam semesta - Melatih daya penglihatan melalui aktiviti penyaksian

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj 22:46) 

Fikir - Al-Quran dan Alam - latih daya pemahaman melalui dialog pemikiran.

Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya.(Al-Hadiid 57:17) 

Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (Al-Maaidah 5:83) 

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu". (Al-Maaidah 5:25) 

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28 

Fuad

Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.(An-Najm 53:11) 

Lubb

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (A-li'Imraan 3:190) | 

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (A-li'Imraan 3:191 

Kesimpulan pendidikan dari sudut Islam ialah punca ilmu metodnya deria telinga silibisnya kitab Al-Quran dan deria mata silibisnya alam semesta. Maka, fungsi otak/akal memproses maklumat pendengaran dan penglihatan. Maklumat pendengaran akan melalui qalbu dengan aktiviti tadabbur Al-Quran akan melahirkan Ulul Albab orang yang berjaya memetik zikra. Manakala, maklumat penglihatan akan melalui fuad aktiviti tafakkur melahirkan pelaku Ulul Absar berjaya memetik ibrah. Seterusnya, zikra dan ibrah akan ke lubb untuk mentaati perintah Allah swt Ulun Nuha.

 

 

 

 

 

 

 


Monday, 6 September 2021

LOVE SCAM - JENAYAH DAN PENIPUAN




Kecanggihan teknologi dan Internet sememangnya membawa kebaikan kepada kehidupan manusia. Pelbagai medium komunikasi seperti media sosial dianggap sebagai salah satu tanda perkembangan teknologi maklumat Rangkaian laman sosial banyak memberi kesan baik terhadap pengguna terutamanya dari segi peningkatan komunikasi iaitu membolehkan para pengguna media sosial untuk membina perhubungan baharu dengan individu dari seluruh dunia.

Walaupun ada kesan positif, kemudahan media sosial yang ada disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri sendiri  dipanggil sebagai ‘jenayah dan penipuan siber’.

Antara penipuan siber yang berleluasa pada hari ini ialah penipuan cinta atau juga dikenali sebagai love scam. Penipuan cinta merupakan satu bentuk penipuan baru yang mula berlaku pada tahun 2008. Penipuan cinta adalah situasi apabila penjenayah berpura-pura menjalinkan hubungan cinta dengan membuat pemalsuan profil dalam akaun laman sosial dengan menggunakan gambar curi dan mereka mencipta identiti baru dengan niat memperdayakan mangsa dari segi kewangan atau seksual.

Apa yang dianggap pelik dalam penipuan cinta adalah mangsa bukan sahaja dari golongan bukan berpendidikan malah ada juga mangsa yang berlatarbelakangkan pendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan profesional. Penjenayah penipuan cinta ini biasanya akan mengkaji personaliti mangsa dan memilih satu senario romantis yang bersesuaian dengan kemahuan dan corak pemikiran mangsa. Senario romantis yang dibina akan berkembang mengikut situasi dan respons yang diberikan oleh mangsa. Kemahiran yang sama juga biasanya digunakan untuk menjayakan sesuatu hubungan dalam talian. Penjenayah biasanya sangat kreatif dalam mencipta watak dan membina profil dengan menggambarkan diri mereka seperti seorang profesional serta menggunakan gambar profil palsu yang dicuri dari Internet.

Cara berkenalan dengan mangsa melalui e-mel, Facebook, Twitter, Tinder dan media sosial lain. Seterusnya, suspek akan menggunakan kata-kata manis, janji palsu dan panggilan manja bagi menawan hati mangsa. Selepas itu, suspek akan cuba mengeratkan hubungan dengan mangsa melalui perbualan telefon atau chatting. Seterusnya, setelah mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula menagih simpati dari mangsa dan meminta pelbagai pertolongan kewangan daripada mangsa. Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang ke dalam akaun suspek dan setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus menghilangkan diri dan akan menyahaktifkan akaun media sosialnya. Suspek akan meminta wang daripada mangsa dengan menggunakan pelbagai alasan seperti pengurusan pengkebumian ibu bapa, urusan pasport dan visa serta yang berkaitan dengannya demi mendapatkan simpati daripada mangsa.

Mengapa jenayah ini berlaku? Antaranya pengguna yang tinggi teknologi dan internet teruamatnya pelbagai apps media sosial dan kurangnya pengetahuan dan amalan perlindungan terhadap jenayah. Pengetahuan dan amalan perlindungan yang tinggi tentang penipuan cinta mampu menyediakan seseorang individu untuk lebih berhati-hati apabila berbual dengan individu yang tidak dikenali dalam alam siber.

Sunday, 5 September 2021

MOBILITI SOSIAL MASYARAKAT


Kehidupan Sosial Bandar
Komuniti bandar Iebih menekankan kepada kelompok sekunder. Orang-orang di bandar banyak kontakdengan bermacam-macam kelompok manusia dalam sehari. Tetapi kontak kelompok ini tidak melibatkan kekerapan kontak seperti kelompok asas, dan juga tidak selalunya tetap pengaruh yang tidak kuat dalam kawalan kelompok asas umpamanya pujian, tuduhan, mengumpat, perlu dikawal dalam kelompok sekunder seperti yang dijalankan melalui undang-undang, polis dan mahkamah.

Kehidupan di bandar banyak bercirikan anonimiti. Sebagai contoh, individu yang pergi berjalan ke kawasan yang jauhnya dua blok dari rumahnya tidak akan dikenali oleh sesiapa pun yang melihatnya. Anonimiti ini melemahkan keberkesanan kawalan kelompok asas kerana kelompok asas berdasarkan perhubungan yang berkekalan di antara individu yang berkenaan. Penduduk dalam komuniti bandar adalah lebih beraneka ragam.
  
Kehidupan Sosial Bandar
Dalam bandar terdapat perbezaan yang nyata dari segi ekonomi dan politik, dan berlatar belakang nasional dan etnik yang berlainan. Perbezaan yang nyata dari segi kekayaan dan kemiskinan lebih kerap terdapat di bandar daripada di luar bandar. Mobiliti sosial adalah tinggi di kawasan bandar. Terdapat lebih banyak pergerakan ke atas dan ke bawah dalam peringkat sosial atau pergerakan yang sama dalam peringkat pendapatan. Di bandar juga terdapat lebih banyak perpindahan pekerjaan dan tempat tinggal.

Bandar membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada orang lain dan sebagai gantinya mendapat wang untuk membeli barangan keperluan yang tidak dikeluarkan sendiri. Bandar besar tidak dapat hidup lama tanpa penyaluran tetap barangan makanan dan keperluan daripada tempat lain. Bandar ini merupakan satu organisasi sosial yang kompleks dan dari segi ekonomi mempunyai ciri pembahagian kerja yang khusus.

Kehidupan Sosial Bandar
Orang bandar berhubung antara satu dengan lain berdasarkan kepentingan, bukannya berdasarkan tempat. Kejiranan di bandar tidak selalunya boleh dikatakan sama seperti kejiranan di desa terutama dalam hal ziarah menziarahi dan amalan tradisi yang lain. Penduduk di bandar mungkin tinggal berdekatan tetapi kehidupan mereka tidak berhubung rapat antara satu dengan lain. Di Malaysia kita dapat komuniti bandar lebih sibuk dengan aktiviti pekerjaan mereka. Sifat individualistik lebih terserlah kerana masing-masing mementingkan hal masing-masing. Aktiviti kejiranan dan komuniti juga berkurang berbanding dengan kawasan luar bandar. Peningkatan sara hidup di kawasan bandar membebankan masyarakat. Kesesakan masyarakat di bandar juga membawa kepada masalah sosial yang tinggi.

Masyarakat Pasca Moden
Pada abad ke 20 dan ke 21 ini masyarakat pasca moden adalah masyarakat yang menumpu kepada masyarakat perkhidmatan (berbeza dengan masyarakat pembuatan). Perkhidmatan ini adalah menjurus kepada perkhidmatan sosial dan juga menjana kepada ekonomi negara. Masyarakat pasca moden juga dikenali sebagai masyarakat bermaklumat (era ledakan maklumat) yang membentuk kepada sebuah masyarakat seperti berikut:

society (knowledge society)–Era pemerolehan, pengagihan dan penggunaan maklumat
yang meluas dengan bantuan teknologi (seperti komputer dan optik fiber)

Gary Minda (1996) berpendapat bahawa pasca moden amat sukar didefinisikan dan merupakan suatu idea yang tidak jelas. Selain itu, beliau juga menyatakan pasca moden bukanlah suatu teori mahu pun konsep sebaliknya lebih bersifat suatu sikap atau minda yang skeptikal (ragu-ragu) atau estetik (nilai) yang menolak segala bentuk
teori yang menerangkan berkenaan fenomena sosial.

Dalam kacamata Barat, dunia telah melalui empat era, termasuk yang terkini yang dinamakan sebagai era pasca moden. Tiga era yang terdahulu ialah era silam, era pertengahan dan era moden.

Era silam - dikatakan mewajahi dunia dengan legenda dan mitos,

Era pertengahan - dengan keagamaan,

Era moden - dengan akal,

Era pasca moden dengan hermeneutik, atau tafsiran peribadi tentang segala yang ada. Pemikir pasca moden ini adalah mereka yang kecewa dengan ketidakadilan sistem sosial mengharapkan keadilan sosial dan mencipta gerakan sosial yang amat meluap dan massa bagi menghadapi kebebasan baru, liberation, inclusion (penyertaan) dalam gerakan politik, ekonomi, budaya dan sosial mereka (Zainal Kling 2000).
  
Masyarakat Pasca Moden
Zaman telah berubah dengan timbulnya kehidupan sosial dan tuntutan ekonomi baru, aitu masyarakat pasca industri atau konsumerisme. Pada abad ini juga muncul masyarakat media, kapitalisme multinasional dengan segala teknologi baru informatik dan komunikasinya. Pasca moden merupakan peralihan politik daripada pola pemikiran negara nasional kepada bentuk interaksi global. Kita adalah objek konsumer yang diperdagangkan menerusi hedonism terutama melalui televisyen dan media. Masyarakat pasca moden lebih diibaratkan sebagai langit terbuka dan informasi yang cepat serta bersifat global. Masyarakat pasca moden dilihat jauh terkehadapan dalam mencipta dan mencorak kehidupan mereka tersendiri

Hubungan Masyarakat Dan Negara
Masyarakat berfungsi untuk kelangsungan individu manusia (memenuhi keperluan manusia). Fungsi umum masyarakat adalah:

  • ·         Mengumpulkan manusia pada satu tempat.
  • ·         Menyediakan ahlinya cara berkomunikasi
  • ·         Menyediakan ahlinya cara bertingkah laku.
  • ·         Menyediakan stratifikasi sosial.

Secara khususnya pula masyarakat mempunyai fungsi yang khusus melalui hubungannya dengan sesebuah negara. Fungsi khusus masyarakat untuk memenuhi keperluan ahli masyarakat sebagaimana yang disediakan oleh institusi sosial seperti institusi agama, keluarga, pendidikan, ekonomi dan politik.

Mobiliti Sosial
Moboliti sosial merujuk kepada perubahan kedudukan. Pergerakan mudah dalam ruang dinamakan mobiliti geografi. Perubahan kedudukan pada peringkat status yang sama dinamakan mobiliti mendatar. Pergerakan ke atas atau ke bawah daripada satu peringkat status kepada peringkat status yang lain pula dinamakan mobiliti menegak. Pergerakan ke atas dalam peringkat sosial dapat tercapai sebahagian besarnya dalam masyarakat kita melalui pendidikan, kekayaan dan perhubungan.

Mobiliti sosial menegak boleh berlaku hanya dalam masyarakat yang mempunyai kelas
kelas terbuka, iaitu dalam suatu masyarakat yang di dalamnya seseorang boleh memasuki kelas sosial yang berlainan daripada kelas keluarganya sendiri. Mobiliti sosial merujuk kepada perubahan kedudukan dalam sesuatu susunlapis masyarakat. Pergerakan boleh dalam bentuk menegak (naik turun) atau mendatar, dan antara generasi/dalam generasi.

Mobiliti mendatar : pergerakan dalam kedudukan sosial ke sistem sosial
yang berbeza tetapi dalam pangkat yang sama.
Mobiliti menegak : pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan
yang lebih tinggi atau lebih rendah.

Mobilti antara generasi : perubahan kedudukan generasi anak-anak berbeza dengan kedudukan ibu bapa (boleh menurun atau meningkat menegak).

Mobiliti dalam satu generasi : seseorang yang dahulunya dalam sesuatu strata sekarang telah berubah, sama ada meningkat atau menurun (orang atau generasi yang sama).