Tuesday 8 November 2022

AWAS! ISTIDRAJ MENGINTAI

 


Apa itu istidraj? Istidraj maknanya merasai ada peningkatan seperti ilmu, harta, pangkat, kuasa dan sebagainya tetapi pada masa yang sama memiliki kualiti menurun sehingga tiada nilai kebaikan. Atau satu keadaan ketika seseorang merasakan pertambahan nikmat-nikmat dalam saat yang sama tiada ada nilai positif tetapi disertai penentangan ayat-ayat Allah SWT. Padahal nikmat yang diterima itu untuk manfaat kebaikan dengan cara mentaati/mendekati Allah SWT.

Proses untuk mendapatkan istidraj merujuk kepada Surah Al-Araf ayat 182: “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. 

Perbuatan mendustakan ayat-ayat Allah swt dengan cara sengaja, meremehkan, merendahkan dan sehingga berubah menjadi kebiasaan. Selalunya untuk mempertahankan jawatan, harta. kuasa dan tiada unsur kebaikan/positif.

Tugas kita, apabila melihat ada perbuatan istidraj disekeliling kita yang jauh dengan nilai kebaikan kita hendaklah berdakwah dan mengingati itu tanda kasih sayang Allah SWT. Jika sudah diketahui, si pelaku masih menolak, mengecil dan membenci teruskan memberi nasihat.

Perbuatan istidraj seterusnya bertambah harta tapi pada yang sama menambah dosa sehinga hidup menjadi gelap. Surah Al-An'aam ayat 39, “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus”.

Tanda kena istidraj mengabaikan ayat-ayat Allah SWT, abaikan nilai-nilai kebaikan sehingga telinga menjadi pekak untuk menerima nasihat kebaikan dan mulut menjadi bisu tanpa memberi nasihat atau teguran. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (Al-A'raaf 7:40)

Penyimpangan dari kebenaran terus berada dalam kegelapan. Sepatutnya dari kegelapan kepada cahaya. Contohnya, orang ada harta, kedudukan pangkat tetapi tiada kebaikan terus berada dalam kegelapan.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:26)

Allah swt memiliki kerajaan dan kuasa. Allah swt boleh memberi kepada yang dikehendaki untuk mendapat kebaikan. Atau diberi kepada yang kurang memberi kebaikan, tugas kita pula memberi nasihat atau teguran untuk melaksanakan kebaikan. 

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (A-li'Imraan 3:27)

Muhasabah Diri

Lihat diri sendiri. Fungsi mata untuk manfaat apa? Kemungkinan setiap hari melihat benda yang salah akhirnya tiada ada kesan untuk meninggalkan perbuatan buruk. Fungsi mulut diam untuk menyatakan kebenaran atau bercakap yang kotor-kotor sehingga terbiasa tanpa rasa bersalah. Ingatlah, akhirat akan di pertanggungjawabkan semua nikmat.

Kadang ada yang mudah mendapat pakaian, harta, kenderaan, rumah dan sebagainya tetapi tiada langsung manfaat kebaikan pun. Pada masa yang sama, nikmat yang Allah swt beri telah menjauhkan dirinya untuk ketaatan kepada Allah swt. Pergi gelap balik gelap untuk mengejar dunia sehingga diri sendiri terlupa akan kembali tempat yang gelap iaitu kubur. Padahal siapkan diri di dunia ini dengan cahaya (nur) iaitu amalan soleh seperti surah Al-Kahfi 18:110: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Jaga Keluarga

Kita hendaklah membuat perancangan dan strategik untuk Allah SWT mengumpulkan semula semua ahli keluarga kita di dalam syurga dengan cara mentaati perintah Allah swt. “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. (At-Tuur 52:21) 

Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), (At-Tuur 52:26)

Pemberi Nasihat Istidraj

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan. (Al-A'raaf 7:181)

Ada satu golongan yang memberi nasihat dan dakwah kepada mereka yang terlibat dengan istridraj. Syarat untuk memberi nasihat mesti ada rasa cinta. Kasih sayang terhadap mereka untuk tidak terhumban ke dalam api neraka. Kita beri nasihat bukan sebab iri hati atau dengki dengan cara menghilangkan nikmat orang tersebut tetapi untuk mengingati kembali kepada rahmat Allah swt.

ISTIDRAJ

Image result for nur fazura"

A044
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (Al-An'aam 6:44

A044
Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.(Al-Qalam 68:44)

Al-Razi berkata: “Istidraj ialah dengan meminta kurnia turun kepadanya satu darjat kepada darjat yang lain sehingga mereka terpedaya. Tatkala mereka melakukan dosa, Allah SWT menambahkan lagi nikmat sehingga melupakan mereka daripada istighfar.” 
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:“Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”
Di dalam Tafsir al-Jalalain disebut, “Ketika mereka meninggalkan peringatan yang diberikan kepada mereka, tidak mahu mengendahkan peringatan tersebut, Allah SWT membuka kepada mereka segala pintu nikmat sebagai bentuk istidraj kepada mereka. Sehinggalah mereka berbangga berkenaan hal itu dengan sombongnya. Kemudian kami seksa mereka dengan tiba-tiba. Lantas mereka pun terdiam dari segala kebaikan.” 
Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari dalam kitab al-Hikam berkata bahawa hendaklah seseorang merasa takut jika dia selalu mendapat kurniaan dan kebaikan daripada Allah SWT, sedangkan dia masih tetap melakukan maksiat kepada-Nya. Kata beliau:
 Hendaklah kamu berasa takut jika kamu terus memperoleh kurniaan Allah SWT sedangkan kamu masih berterusan melakukan maksiat kepada-Nya. Ini kerana, ia boleh jadi satu istidraj (pesona dan tipudaya) sepertimana firman-Nya: ““Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam, ayat 44)
Syekh Zarruq berkata, “Wahai para murid, takutlah terhadap kurniaan-Nya kepadamu dalam bentuk kesihatan, kelapangan, rezeki yang melimpah ruah, di tengah-tengah kederhakaanmu terhadap-Nya berupa kelalaian dan kecuaian.”
Kesimpulan
Kurniaan Allah biasanya diisi sebelum dan selepasnya dengan ketaqwaan, kebaikan dan ketaatan. Hal ini sepertimana seseorang yang rajin melakukan solat malam, rajin bersedekah, rajin melakukan Solat Dhuha, kemudian Allah SWT melimpah ruahkan rezekinya. Maka itu kita namakan sebagai kurniaan atau karamah.
Namun orang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj.
Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT selaras dengan firman-Nya:
A102
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.(A-li'Imraan 3:102) 

PERKAHWINAN BUKAN PERMAINAN


Cinta untuk berkahwin.

Untuk berkahwin, kita perlu mencari calon pasangan. Lelaki dan perempuan mempunyai hak untuk memilih. Masing-masing ada kriteria masing-masing. 

Terdidiknya seorang isteri. Apabila solehnya seorang suami. Mencari yang soleh itu penting kerana suami yang membimbing isterinya. Dalam perkahwinan banyakkan bacaan ayat Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW / tadabur Quran bersama-sama suami/isteri/anak-anak seperti diminta dalam surah Al-Ahzaab ayat 34:

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Perkahwinan bukan permainan, betul kan niat dan tujuan sebenar perkahwinan itu.

Jangan jadikan perkahwinan sebagai trend. Jangan kalut untuk berkahwin hanya kerana kawan-kawan, sepupu sepapat semua sudah berkahwin. 

Perasaan cinta semata tidak cukup jika tanpa ilmu dan persediaan. Seolah-olah menempah kegagalan.

Perkahwinan, perkara yang besar. Ianya lebih besar dari cinta. Ianya lebih besar dari keseronokan.