Tuesday 8 November 2022

RUSUK KIRI KU BERGETAR

 





Ada seorang lelaki bertanya, 

"'Ustaz, kenapa setiap kali apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri saya akan bergetar? Ada apa-apa maknakah?:

Al-jawab,

Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat. 

Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.

Sabda Nabi salallahualaihiwassalam ;

“Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cantiknya wanita pada luaran itu mungkin kerana mahalnya baju yang dipakai, kadang-kadang kerana lamanya bersiap di depan cermin membuat ikatan tudung atau 'make-up' yang menghilangkan jerawat dan keburukan. Seterika baju mungkin sejam, cari pasangan tudung dan kain yang 'matching colour' pula sejam, tambah aksesori seperti shawl dan barang kemas pula sejam. 

Namun saat dihabiskan untuk membaca alQuran? Mungkin cuma 15 minit, solat dan berdoa? 10 minit. Mempelajari kewajipan agama? Mungkin 30 minit.

Menyantuni orang tua, menolong ibubapa, adik-beradik dan kaum keluarga mungkin seminit-dua....Waktu lain dihabiskan kepada 'selfie' dan bergambar serta menjadi model syok sendiri....Itu belum lagi 'marathon' melayan filem Korea, orang putih atau movie cinta dan drama bersiri, berjam-jam!

Itukah bakal pilihan hati? Gadis seperti itukah yang mampu menggegarkan rusuk kiri? Sungguh naif dan menyedihkan hati.

Nanti apabila telah bernikah barulah ketahuan bahawa rupa paras yang sering menggoda akan tamat tempohnya. Bahasa mudah, 'Expired'. Bangun awal pagi memasak sarapan untuk suami memerlukan kesabaran, bukan kecantikan. Membasuh baju dan pakaian kotor yang busuk serta menguruskan rumahtangga memerlukan ketabahan bukan kemahiran memetik gitar sambil menyanyikan lagu Kun Anta.

Menguruskan emosi seharian sebagai isteri memerlukan kekuatan jiwa, mengekalkan cinta dan kebahagiaan rumahtangga memerlukan kesabaran dan kefahaman tentang erti perkahwinan dan ketabahan hati. Ianya tak diperolehi daripada selfie, juga tak dapat dari asyik melayan 'movie' tetapi daripada pengalaman mengasuh adik-adik dan menolong keluarga dalam rumahtangga. 

Petua memasukkan serai, bunga kantan dan daun kari dalam masakan bukan sekadar daripada buku resepi tetapi daripada pengalaman di dapur bersama ibu. Cara menyiang ikan, membuang perut ayam, menyukat nasi untuk dimasak semuanya datang dari pengalaman hidup bukannya buku. 

Lelaki umumnya adalah bodoh apabila berdepan dengan wanita yang cantik. Nafsu kita akan menutupi akal sehingga pertimbangan kita menjadi terpesong. Lautan sanggup direnangi, gunung sanggup didaki, sedangkan hakikatnya kebahagiaan hidup kita bukanlah berada pada pelukan gadis jelita tetapi dalam dakapan ibu dan doanya pada kita. 

Hati yang tenang, bebas daripada dosa, kehidupan yang berlandaskan ilmu, keputusan yang dibuat pastinya menguntungkan dunia dan akhirat.

Berhati-hatilah teman, janganlah terpedaya pada luaran. 

Biarkan rusukmu bergetar tanda takut kepada Tuhan!

PERKAHWINAN LUBUK PAHALA


A020

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. (Ar-Ruum 30:20)

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Ruum 30:21

A022
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Ar-Ruum 30:22)


A023
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). (Ar-Ruum 30:23

A024
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.


A025

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).(Ar-Ruum 30:25)

___________________________

Surah Ar-Rum ayat 20-25 dimulakan dengan kebesaran ciptaan Allah SWT untuk manusia berfikir dan salah satu kehebatan hubungan suami isteri. Ia sebagai jalan bahagia untuk mencapai reda Allah SWT melalui ketaatan suami.

Mengapa ada kehebatan hubungan suami isteri hebat?

a) Perkahwinan adalah ciptaan Allah. Buktinya, perkahwinan mesti mengikut acuan Allah SWT iaitu melengkapkan rukun nikah (Ijab, qabul, bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuna, saksi). Talaq juga ditentukan oleh Allah SWT ada jenis 3 talak. Institusi perkahwinan yang direka cipta Allah SWT. Apabila Allah ciptakan perkahwinan maka ada sebab tertentu.

b) Perkahwinan ada lubuk pahala dan lebih indah. Contohnya, suami yang suapkan isteri makan dapat pahala, mencari nafkah dapat pahala sedekah, tenung suami isteri, solat jemaah bersama dan sebagainya.

c) Perkahwinan ada talian hayat. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: (Smat tag wanita)
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]

Syurga ada 8 pintu. Syurga ar rayyan untuk ahli puasa, syurga pintu solat, syurga syuhada, syurga haji dan umrah, syurga pintu zakat sedekah infak, syurga zikir dan majlis ilmu....

__________________

Perkahwinan adalah hadiah Allah SWT dan ada amanah. Perkahwinan merupakan tugasan yang diberi oleh Allah SWT. Buat yang terbaik seperti mana kehendak Allah SWT. Apa tugasan itu:


A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Ruum 30:21

Tugasan itu adalah seperti berikut:

a) Sakinah (litaskunu)
-pilih pasangan kerana Allah SWT
-hidup sudah berdua dan ada 2 keluarla. Jaga seperti kuarga Kita sendiri
- ikatannya hati atau jiwa dengan iman kepada Allah SWT. Takqa dan keimanan kepada         Allah SWT
- cenderung/fokus keutamaan keluarga iaitu tanggungjawab keluarga suami dan isteri
- tenteram dan tenang (komunikasi dan interaksi)

b) Mawaddah - cinta dan harapan

- nyawa perkahwinan (ada perkahwinan wujudlah nyawa)
- cinta yang menggebu (gurauan, usik mengusik, pujuk memujuk, rajuk merajuk, tukar hadiah)
- beri hadiah
- ayat Cinta (Kata Indah, lembut, penuh kasih sayang dan pengikat kasih sayang)
- hubungan intim dengan penuh hormat. Solat sunat dahulu sebelum melakukan hubungan intim.

c) Rahmah - kasih sayang dan ada tanggungjawab, hak.
-Peranan, hak dan suami ialah menyediakan keperluan (provide)
-Peranan isteri ialah mengurus (manage)

Kunci Utama Untuk Reda Suami dan Kebahagia

Isteri bahagia kerana ketaatan kepada suami dan suami berpuas hati kerana dapat layanan isterinya.

1) Peranan isteri perlu berjuang untuk reda apa yang kita ada iaitu menerima sepenuh hati kehadiran suami. Perjuangan reda merupakan perjuang in diri sendiri. Jangan sebut menyesal berkahwin dengan suami.


SIFAT LELAKI PEMBURU


Apa yang berlaku: Anda dan si dia berkenalan secara atas talian menerusi media sosial tetapi tidak pernah berjumpa depan-depan dan apabila diajak, dia akan cuba mengelat.

Fikiran anda: Dia mungkin seorang lelaki yang sopan dan terlalu takut untuk berhadapan dengan perempuan. Mungkin juga dia belum sanggup untuk menunjukkan komitmen sebenar serta belum bersedia bertemu dengan perempuan yang dirasanya cukup sempurna seperti anda.

Maksud sebenar: Dia tidak mahu berjumpa dengan anda kerana langsung tidak tertarik dengan anda secara fizikal. Anda mungkin cuma tempatnya untuk melepaskan rasa bosan dan keseorangan…. bukannya untuk bercinta secara serius.

Apa yang berlaku: Anda berbicara menerusi atas talian selama ini dan dalam masa yang sama selalu juga berjumpa. Tetapi tiada langsung unsur-unsur romantik yang berlaku antara anda dan dia.

Fikiran anda: Dia cintakan saya tetapi luka hatinya daripada perhubungannya sebelum ini masih belum sembuh. Oleh itu saya akan cuba perlahan-lahan mendekatinya tanpa memaksa dia. Dari situ, mungkin dia akan faham yang saya sayangkannya.

Maksud sebenar: Anda memang kawan yang baik dan dia memang selesa dengan anda tetapi anda bukanlah teman wanitanya. Dia menganggap anda tidak lebih daripada seorang kawan.

Setiap kali berbual di telefon atau chat selalu mengajaknya untuk bertemu. Dan setiap kali itu jugalah ada sahaja alasan yang diberikan olehnya. Sibuk dengan kelas, famili atau aktiviti sukan. Ada sahaja alasan yang diberikan padahal ajak berjumpa untuk seketika sahaja. Kalau beginilah cara, lebih baik angkat kaki lebih awal. Jangan nanti hati semakin terluka disebabkan orang yang tak hargai kita.

Masalahnya bagi sesetengah lelaki ini mereka memberikan mix signal yang sukar untuk dibaca oleh orang perempuan. Kadang-kadang apa yang terucap di bibirnya tidak diterjemahkan selari dengan perbuatan. Jika si dia tidak ada inisiatif atau usaha untuk menghubungi anda, lebih baik segera pergi. Buat apa curahkan kasih pada orang yang tidak acuh?

Awal perkenalan dia okay sahaja dengan kamu. Kalau berbual pun pasti ada banyak subjek yang sama-sama enjoy untuk dijadikan topik. Tapi jika dia bersikap dingin inilah masanya untuk kamu lupakan si dia. Itu petanda jelas dia sudah tidak menaruh minat pada kamu.

So girls, janganlah terlalu ‘mendewakan’ seorang lelaki semata-mata kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Ketahuilah bahawa teman istimewa mempunyai maksud lebih daripada sifat fizikal sahaja.

Janganlah kerana crush boleh memperbodohkan diri sendiri melakukan perkara yang bukan-bukan. Sentiasa ingat, lelaki sifatnya memburu. Dia akan berusaha memburu dan memikat hati wanita yang diminati. Jika dia tiada kesungguhan, inilah masa terbaik untuk menilai semula perhubungan anda. Si dia hanya membalas dua perenggan ayat anda dengan jawapan pendek dan tidak teruja untuk bercerita lanjut tentang harinya. Lebih menyedihkan jika hanya emoticon sebagai ganti. Anda menjadi orang pertama memulakan perbualan atau menghantar ucapan selamat menerusi aplikasi whatsapp.