Saturday, 28 August 2021

SENDI MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL





Tiada nasihat atau pengajaran yang paling berkesan bagi mengubati penyakit hati, selain dari berfkir dan menerung soal kematian, ia pasti menimbulkan kesan ke dalam hati manusia. Justeru itu, sekiranya berlaku suatu kematian di kalangan kaum keluarga atau sahabat terdekat, nescaya suasana muram akan menyelubungi keluarga itu, semua turut bersedih sekalipun di kalangan mereka terdapat orang-orang yang keras hati.

Ini adalah bukti bahawa suatu kematian itu boleh merubah suasana hati, dari keadaan biasa kepada situasi sedih pilu dan sebagainya. Kepada orang cepat mengambil iktibar dari peristiwa kematian, serta mengingatinya dan menyimpannya didalam hati dan fikiran, ia kan membibitkan kesedaran yang berpanjang. Tetapi kepada golongan yang lalai, kesan sedih dan pilu itu hanya sejenak, kemudian ia lenyap. Ini bukan bererti kematian itu tidak mengetuk pintu hatinya, tetapi dia telah mensia-siakan kesempatan yang baik dan melepaskannya dengan percuma

Islam menggalakkan menziarahi orang yang sedang sakit tenat, terutama ketika sedang berada dalam sakaratul maut. Dituntut agar mentalkinkan (mengajarnya) dengan kalimah Lailaha illallah. Sekiranya dia masih boleh mendengar dan bertutur, semoga dia akan turut menyebut kalimah toyyibah itu. Mudah-mudahan akhir kalamnya iailah kalimah La-ilaha illallah, supaya dia mendapat kesudahan hidup yang baik.

Mengiring jenayah ke tanah perkuburan merupakan perjalanan terakhir bagi jenazah di muka bumi ini, ia juga merupakan ucapan selamat jalan dari kaum keluarga dan sahabat handai dengan kesedihan dan rasa pilu. Ketika dia di masukkan ke liang lahad dan tanah diturunkan dengan perlahan menimbusi tubuh yang kaku, pilu setiap hati orang yang memandangnya.

Sesungguhnya bukan sekadar orang-orang yang mengiringi jenazah yang merasa rawan dan hiba, tetapi sebenarnya setiap sendi anggota orang yang menghadapi kematian juga turut bersedih. Sebelum kematian berlaku dengan sempurna, sebenarnya kematian telah berlaku kepada setiap sendi secara beransur-ansur. Kematian bermula dari sendi kaki yang terkebawah, segala sendi saling mengucapkan selamat tinggal kepada sendi yang telah mati.

Sendi buku lali mengucapkan salam perpisahan kepada sendi telapak kaki dan jejari, diikuti pula oleh ucapan perpisahan dari sendi betis kepada sendi buku lali. Mereka mengucapkan salam perpisahan itu seolah-olah berkata:

“sesungguhnya kita sudah lama saling bantu membantu antara satu sama lain, yang merasai saling bantu membantu antara satu sama lain, yang merasai bersama susah dan senang, tetapi sekarang, aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada mu, kerana Allah SWT menghendaki perpisahan ini, semoga kita akan bertemu semula di akhiat kelak. “sesungguhnya sendi-sendi itu berpisah dengan penuh kesedihan, tetapi tidak disedari oleh sesiapapun (kecuali Allah Maha Mengetahui  perkara yang ghaib).

Kesedihan dirasai sendi-sendi kaki ketika hendak berlaku perpisahan, kerana sekiranya mereka dipertemukan di akhirat kelak, di sana ada tugas berat yang akan dipikul, seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala:


A065
“Pada hari ini (hari dihitung segala amal) Kami tutup mulut mereka, san berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi saksilah kaki mereka terhadap apa yangdahulu mereka lakukan.” Surah Yaasin Ayat 65

No comments: