Saturday, 28 August 2021

PENILAIAN LATIHAN






Satu proses untuk menentukan nilai sesuatu program latihan. Satu proses untuk menentukan keberkesanan model latihan yang digunakan. Satu proses untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program latihan dengan tujuan untuk memperbaiki program yang akan datang atau untuk menentukan samada program perlu diteruskan atau ditamatkan.

Proses Penilaian
Satu kontinuam daripada ad-hoc, mudah, formal, sistematik, dan komprehensif. Memerlukan kepakaran supaya hasil penilaian boleh disahkan dan dipercayai dengan menunjukkan kebenaran yang sebenarnya.

Tujuan Penilaian Latihan
Untuk menunjukkan program latihan telah memberi kesan kepada organisasi. Untuk menunjukkan pentingnya bahagian latihan. Untuk menjadikan asas membuat keputusan mengenai peruntukan sumber dan kewangan latihan; pemilihan model latihan, tempat, fasilitator, dan ABM. Untuk menunjukkan akauntabiliti di mana amanah telah dijalankan dengan sempurna. Untuk melengkapkan proses perencanaan program latihan.

Perencanaan Program Latihan
Menentukan keperluan latihan, Menentukan objektif latihan, Menentukan isi kandungan latihan, Memilih perserta latihan, Menentukan jadual latihan, Menentukan kemudahan latihan. Memilih fasilitator, Menentukan dan menyediakan ABM, Penyelarasan perlaksanaan latihan, Penilaian latihan.

EVALUATION : PART OF TEN-STEP PROCESS

     1.              Determining Needs
2.              Setting Objectives
3.              Determining Subject Content
4.              Selecting Participants
5.              Determining The Best Schedule
6.              Selecting Appropriate Facilities
7.              Selecting Appropriate Instructors
8.              Selecting and Preparing Audiovisual Aids
9.              Coordinating The Program

10.            Evaluating The Program


MULIAKAN KAWAN KUNCI KEJAYAAN






MERINGGANKAN bebanan kawan sama ada beban kemiskinan, hingga tiada perasaan segan silu untuk berjumpa bagi menyatakan masalah yang dihadapi, merupakan kejayaan dalam membina jalinan persahabatan.

Berkata Sayidina Ali bin Abi Talib r.a maksudnya : ”Kawan yang paling buruk ( perangainya) ialah kawan yang mengada-ngada dalam meraikan dirimu.”

Akhlak Islam mengasuh kita dalam meraikan kawan yang bertamu dengan hidangan biasa yang disajikan kepada keluarga sendiri.

Sikap mengada-ngada itu mungkin atas dorongan ingin memuliakan tetamu, malu terhadap tetamu seandainya sajian tidak istimewa. Lantaran itu, dia bersusah payah mengadakan sesuatu yang dianggap istimewa miskipun terpaksa bertindak diluar kemampuan.

Untuk tujuan itu, sesuatu yang tiada pada sajian biasa bagi keluarga sendiri. Jika bertindak begitu termasuk dalam “takalluf” memang tidak selaras dan tidak kena dengan akhlak Islam. Sikap begini wujud pada golongan masyarakat Islam atas alasan malu.

Bagi Sayidina Ali Abi Talib r.a bahawa orang yang mengada-ngada dalam meraikan tamu itu adalah seburuk-buruk kawan. Orang yang baik meraikan tamunya denga senang hati menghidangkan tamunya dengan makanan biasa. Disajikan kepada keluarganya setiap hari.

Selagi merasa malu dengan hidangan biasa ertinya tidak wujd persahabatan sebenar, seolah orang jauh yang bukan sahabat akrab. Andainya kita dikunjungi jiran dekat, adakah merasa malu denan menyajikan hidangan biasa untuknya.

Sebagai jiran dekat sudah mengetahui kehidupan harian kita juga kelaziman makanan harian kita. Apabila disajikan makanan harian dengan ikhlas dan sukarela tidak menimbulkan sebarang anggapan negatif, yang demikian lebih mulia dan terhindar dari sifat takalluf.

Walau bagaimanapun, menghormati tetamu suatu yang dituntut dalam Islam, oleh itu ada ketikanya (melihat keadaan) mensajikan hidangan istimewa termasuk dalam hormat tetamu (ikram al dhuyuf), tidak termasuk dalam mengada-ngada (takalluf) yang ditegah dalam Islam.

Fudhail r.a berkata yang bermaksud : ‘’Sesungguhnya saling tidak berkunjung disebabkan sifat mengada-ngada (takalluf).”

Justeru itu, untuk menggalakkan kawan bertamu ialah dengan melayannya secara biasa tidak mengada- ngada (takalluf)

Berkata Jaafar bin Muhamad As-Sodiq r.a. : Sahabatku yang paling berat ialah orang yang mengada- ngada untuku, dan aku pun amat berwaspada kepadanya. Sahabat yang paling menyenangkan hatiku ialah ketika aku bersamanya bagaikan aku duduk seorang diri”

Satu dari cara hormat sahabat ialah tidak mengganggunya dengan ibadat-ibadat sunat, seperti terdapat golongan ahli sufi yan bersahabat sedangkan kawannya asyik menikmati makanan, ketika itu dia tidak menyusahkan kawannya supaya berpuasa sunat bersamanya.

Andai sahabatnya sentiasa berpuasa, dia tidak menganjurkan sahabatnya berbuka puasa. Demikian juga jika sahabatnya tidur sepanjang malam, dia tidak akan mengerakkan sahabatnya agar bersamanya bangun menghidupkan malam (ih ya-ul lail) .
Berkata sebahagian ulama: “Sesiapa yang tidak bersikap menyusahkan orang lain, nescaya akan berpanjanganlah sikap menjinakkan hati dalam bersahabat. Sesiapa yang ringan (sedikit) perbelanjaan dalam berkawan, akan panjanglah persahabatan dengannya”

Sebagaimana perpatah Arab: Anggaplah sahabat itu seperti adik beradik saudara sendiri, tetapi dalam masalah urusan harta kepunyaannya hendaklah seperti berurusan dengan orang asing. Berlaku jujur dan amanah ketika berurusan.

Jika seseorang dapat lakukan empat perkara tanpa sebarang halangan dari kawannya, maka sempurnalah persahabatannya:

Pertama, apabila kita masuk ke rumahnya boleh makan makanan yang terdapat dalam rumahnya.

Kedua, masuk ke bilik airnya bebas bermandi- manda.

Ketiga, mendirikan solat.

Keempat, tidur selesa.

Empat perkara itu lazimnya mendatangkan gangguan kepada keluarganya tetapi dia tidak merasa demikian miskipun kita makan minum dan mandi manda serta solat juga tidur dengan lena. Itu menandakan persahabatan berda di tahap yang bernilai murni antara dua pihak.

Jika kedua-dua pihak bersahabat rasa senang hati dan merasa gembira dengan empat perkara itu, sesetengah ulama menambah seperkara lagi; iaitu lakukan secara berkeluarga.

Apabila seseorang dapat ,melakukan lima perkara itu sempurnalah nilai persahabatannya nescaya akan lenyaplah sikap malu-malu terhadap kedua-dua pihak bersahabat. Akan terpancar keceriaan wajah (indishad) antara kedua-duanya ketika bertemu.

Ahlan; bererti salam kekeluargaan, dan wa sahlan; bermaksud bagi kami , wa marhaban; bermaksud rumah yang selesa untuknya.

Ucapan tersebut merupakan budaya orang Arab sebelum kedatangan Islam. Meskipun ia mempunyai pengertian yang baik tetapi kedatangan Islam telah menggantikannya dengan ucapan lebih baik iaitu ; “Assamu `alaikum,” bererti ; salam sejahtera ke atas kamu.






AKHLAK KETIKA PUJI KAWAN



Fitrah manusia mengetahui bahawa yang mungkar semua orang yang merasa jijik terhadap perbuatan mungkar itu. Pencuri juga merasa jijik terhadap mungkar itu. Pencuri juga merasa benci jika barang miliknya dicuri orang. 

Manusia tahu hakikat makruf kerana kebaikan fitrah manusia secara umumnya. Bagaimanapun yang menjadi sandaran baik buruknya sesuatu perkara ialah agama (Islam) sementara akal dan fikiran berperanan sebagai penyokong kuat yang mampu berhujah.

Seseorang kiranya berdepan dengan wajah manis dan puji diri anda secara berdepan, janganlah rasa senang hati dengan pujian itu. Tiada alasan yang mewajarkan seseorang puji secara berdepan, puji ketika di belakangnya adalah pujian yang ikhlas dan mempunyai asas. Apa yang dilarang ialah merasa selesa menerima pujian secara berdepan kerana tiada asas untuk rohani melainkan mempunyai tujuan di sebaliknya.
L

Nabi SAW bersabda:
“Janganlah kamu sembelih kawan mu sendiri (puji berdepan ibarat sembelih kawan)”.

Selain itu janganlah merayu masalah diri kepada manusia lain kerana apabila mengadu dan merayu masalah kepada manusia, maka Allah SWT berlepas tangan serahkan masalah kamu kepada manusia untuk diatasi. Apa jua masalah yang menimpa diri mengadulah terus kepada Allah SWT. Hanya Dia yang menyelesaikan semua persoalan. Jika mengadu hal kepada manusia mereka hanya mampu mendengar tetapi tidak upaya mengatasi kerana di luar kuasanya.

Janganlah merasa tamak agar manusia sentiasa bersamamu sama ada di belakangmu atau semasa berdepan. Sikap tamak itu hingga lupa meletakkan harapan kepada Allah SWT bererti salah tempat dan tidak pandai mengguna perasaan tamak. Minta pertolongan manusia sekadar ikhtiar yang di benar oleh Allah SWT iaitu “tolong menolong atas kebaikan dan takwa bukannya atas jalan kejahatan dan permusuhan”. Bukan untuk selesaikan masalah kerana bidang tersebut hak mutlak Allah SWT.

Seterusnya janganlah tamak terhadap harta benda dalam tangan (milik) orang kerana perbuatan itu sebagai menempah kehinaan secara segera. Sebagai hamba Allah SWT jangan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara yang menghina diri, sikap tersebut boleh jerumuskan manusia kepada yang ditegah oleh syarak.

Apabila meminta sesuatu hajat daripada seseorang lalu diperkenankan hajatnya orang itu dikira saudara yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain. Khususnya ilmu pengetahuan serta nasihat tunjuk ajar. Sebaliknya, jika dia tidak ditunaikan hajat anda, janganlah dicerca atau dihebahkan kepada orang lain. Kelak akan bertukar daripada kawan menjadi lawan yang berpanjangan pikul bebanan perbalahan.

Orang Islam memang berkewajipan memberi nasihat, berpesan di atas kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Janganlah kecewa dan berkecil hati jika mereka tidak menunjukkan kesediaan menerima nasihat itu. Kaji dahulu kemungkinan menasihat dalam situasi tidak berhikmah dan kurang bijaksana.

Bagaimanapun, jangan membazir masa jika kamu pasti dia tidak boleh terima nasihat, akibatnya mereka tidak dengar nasihat segala nasihat itu. Kemungkinan akan timbul perbalahan antara kamu dan dia akibat percanggahan itu. Apabila memberi nasihat hendaklah secara mendatar (umum) serta mengalir lancar tanpa tersekat-sekat, mudah difahami dan tidak dituju khusus kepada seseorang. Jauh sekali daripada menyebut dan menyinggung peribadi seseorang supaya tidak menyusah serta memalukan pihak tertentu.

Ketika sampai ke pengetahuanmu adanya cemuhan atau umpatan orang yang tidak setuju terhadap dakwahmu, atau tingkahlaku orang dalam majlis tidak menyukai mu hendaklah kamu serahkan urusan mereka itu kepada Allah SWT hendaklah kamu berlindung dengan Allah SWT daripada kejahatan mereka. Jangan habiskan masa dan usia untuk memikirkan imbuhan (mukafaah) hasil daripada kerja dakwah yang kamu lakukan. Kewajipan sebagai da’ei hanya memikirkan apakah ilmu terbaik yang hendak kamu sampaikan dalam majlis pengajian. Apabila manusia menggemari majlis ilmu yang kamu anjurkan bererti itulah peluang pahala paling besar yang akan kamu peroelhi daripada Allah SWT.

Membuang masa memikirkan masalah mufakah (imbuhan) akan merugikan kerana mungkin akan kehilangan pahala yang sepatutnya kita perolehi di akhirat kelak. Penganjur majlis tentunya memahami, masa dan titik peluh yang kamu curahkan untuk berdakwah. Apa dan sebanyak mana yang diberi penganjur, ucap syukur kepada Allah SWT. Tidaklah sampai buang masa untuk memikirkan perkara tersebut.