Saturday, 4 September 2021

LAYANAN TETAMU




Antara adab makan apabila kawan dihormati dengan membasuhkan tangan anda hendaklah diterima dengan baik penghormatan itu. Sesungguhnya penghormatan itu tidak boleh dibuat-buat bahkan ia datang daripada Allah SWT yang menggerakkan hati kawannya untuk berbuat demikian. Suatu hari seorang Khalifah Islam yang terkenal bernama Harun Ar Rasyid telah menjemput seorang alim bernama Abu Muawiyyah Adh Dharuri (yang buta).
Dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Harun Ar Rasyid telah tolong basuh kan tangan orang alim yang tidak dapat melihat itu. Setelah itu Harun Ar Rasyid bertanya kepada tok alim yang di undangnya itu: “Wahai Abu Muawiyah, siapakah yang basuh tangan kamu tadi?” Lantaran beliau tidak dapat melihat maka jawabnya ialah: “Saya tidak tahu”. Lalu Khalifah Harun Ar Rasyid menjelaskan: “Yang menjirus dan membasuhkan tadi ialah Amir Al-Mukminin”. Berkata pula Abu Muawiyah: “Bahawa sesungguhnya yang Amirul Mukminin basuh itu bukan tangan Abu Muawiyah tetapi tangan seorang yang dihormati kerana ilmunya.”
Jawapan itu mengingatkan Harun Ar-Rasyid bahawa beliau basuh tangan seseorang bukan menghormati tubuh badannya tetapi hormat kerana keilmuan nya yang dimiliki. Jawapan tersebut tidak pula  menunjukkan kebesaran dirinya sebagai seorang alim lalu Abu Muawiyah yang buta itu mendoakan Harun Ar-Rasyid: “Saya berdoa semoga Allah SWT merahmati kamu sebagai Amirul Mukminin yang baik hati seperti mana tuan menghormati orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.”
Dengan demikian dalam majlis jamuan itu tuan rumah jirus membasuhkan tangan orang-orang yang diundang kan suatu penghormatan kepada undangan sebagai tetamunya. Demikian pula contoh yang ditunjukkan oleh Imam Malik r.a terhadap anak muridnya Imam Shafie iaitu apabila Imam Malik mengundang anak muridnya hadiri majlis jamuannya. Beliau telah membasuhkan tangan para tetamu termasuk muridnya yang di undangnya sebelum majlis jamuan bermula. Sepatutnya murid lah yang membasuhkan tangan tok guru kerana jasanya yang berlaku sebaliknya kerana tuan guru sebagai tuan rumah.
Berkata Imam Malik: “Wahai Shafie jangan kamu merasa gerun atas apa yang ku lakukan itu kerana khidmat dan layanan baik adalah fardu yang mesti dilakukan terhadap para tetamu”. Adab makan lain, janganlah memerhati rakan yang sedang makan. Bersembang dengan apa yang munasabah memang digalakkan. Namun tidak perlu perhati keadaan orang sedang menikmati sajian. Kerana pemerhatian itu boleh menyebabkan timbul rasa malu dan mengganggu keselesaan seseorang.
Sepatutnya pandangan hanya tertumpu pada sajian yang sedang dinikmati bersama setiap orang buat apa yang sepatutnya ialah awasi diri sendiri. Jangan berhenti makan sebelum orang lain sempurna hajatnya kerana perbuatan berhenti awal akan menimbulkan rasa segan dan malu kepada yang lain. Buatlah helah munasabah sekiranya telah puas makan namun dilarang berhenti dan keluar dari kumpulan tindakan itu menyusahkan hati rakan semajlis. Kecuali jika sebenarnya wujud alasan mustahak yang terpaksa beredar segera bolehlah minta izin kawan yang lain dan tuan rumah untuk meninggalkan majlis tersebut.
Dilarang lakukan apa jua yang menyebabkan orang lain terganggu dan tidak selesa. Misalnya mengetuk-getuk jari pada pinggan atau menghulur kepada ke ruang sajian ketiak menyuapkan makanan. Hulur kepala secara berlebihan pasti mengganggu pihak lain terutama yang berkongsi dulang. Sekiranya berhajat mengeluarkan sesuatu dari mulut seperti tulang ikan, dia berpaling wajahnya ke arah lain lalu ambil benda itu dengan tangan kiri agar tamu lain tidak melihat apa yang ada dalam mulutnya.
Contoh ketiga jangan cecah sesuatu seperti daging dan lelemak ke dalam air asam atau cuka bercili meskipun untuk mengurangkan  rasa muak makanan berlemak itu. Gunakan cara lain yang munasabah seperti angkat mangkuk air asam dan menuangkannya sedikit keadaan ketulan daging itu. Dikhuatiri ada di kalangan orang yang makan setalam terganggu dengan perbuatan mencecah mendatangkan rasa loya dan sebagainya.
Hingga menganggap tidak didik untuk sopan oleh orang tuanya. Membangkit ibu bapa adalah suatu yang menyentuh maruah keluarga. Apatah lagi jika daging itu telah dikerat dengan gigi lalu mencecahkannya semula ke dalam kuah air asam cecahan yang dikongsi bersama. Bercakap sambil makan itu usahlah dalam perkara isu yang dibenci orang mendengarnya iaitu mengenai perkara cemar meloyakan tekak. Sebaliknya bercakap dalam perkara yang menimbulkan selera makan merapatkan hubungan silaturahim semajlis.
Timbul pertanyaan mengenai penggunaan sudu untuk menyenduk kuah dan sebagainya menggunakan tangan kanan atau tangan kiri supaya sudu tidak diselaputi kuah yang melicinkan boleh ganggu penggunaannya. Inilah perkara yang mesti difahami bahawa sudu digunakan hanya untuk mengambil kuah atau sayur bukan untuk menyuap nasi secara peribadi tetapi secara jemaah.
Justeru dalam perkara tersebut sewajarnya berdasarkan semangat Islam yang disepakati umum iaitu perlu guna tangan kiri untuk kepentingan umum yang perlu dijaga.

REZEKI HALAL DAN RUMAH SEDERHANA



Mencari yang halal adalah kefarduan. Sedikit lebih baik dari yang banyak sekiranya yang banyak itu haram atau syubhat. Kita seharusnya bersyukur terhadap rezeki yang sedikit kerana kemurkaan Allah SWT tehadap hambaNya yang terlibat kegiatan mencari secara haram sedangkan Allah telah menyediakan begitu banyak sumber rezeki yang halal.

Firman Allah SWT: “Makanlah yang halal lagi baik dan rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurlah nikmat Allah sesungguhnya hanya kepadaNya kamu menyembah”. Surah an-Nahl ayat 114.

Tiada larangan untuk mencari harta walau sebanyak mana harta kekayaan itu adalah di antara nikmat Allah SWT. Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah SWT suka melihat kesan keagungan sifat ketuhananNya kelihatan pada hambaNya, Allah maha kaya, Dia suka jika nikmat kaya ada pada hambaNya. Tetapi kekayaan jangan sampai menjadi matlamat hidup manusia kerana diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri dan berbakti kepadaNya, maka harta bahkan dunia ini seluruhnya hanya alat untu berbakti kepadaya.

Kesederhanaan merupakan prinsip hidup Islam, sederhana dari segi mengusaha tempat tinggal akan menghindarkan seseorang dari berlebih-lebihan. Sederhana dalam erti kata memadai dengan tempat kediaman yang sekadar dapat menampung keperluan keluarga, jumlah bilik yang mencukupi untuk anak-anak. Tempat tinggal sekasar dapat berteduh dari panas dan hujan. Yang pentingnya ialah melindungi martabat kemanusiaan kerana akan hina manusia sekiranya hidup merempat tanpa tempat tinggal, apatah lagi jika dia mempunyai keluarga dan anak-anak.

Tempat tinggal sederhana bukan bererti mesti tinggal dalam pondok kecil, kerana ukuran kecil atau besar adalah bergantung kepada keperluan keluarga. Rumah besar adalah dianggap sederhana, jika ia untuk menampung keperluan jumlah keluarga yang besar.

Manusia suka memuja kemewahan dengan menghiasi peralatan & perabot rumah sehingga terperangkap kepada hutang dan riba. Keterlibatan didalam hutang yang banyak meski pun kepada orang yang berpendapatan lumayan, namun ia adalah beban yang sering menyakitkan hidup manusia didunia. Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud “Jauhilah hutang, kerana ia menyebabkan kamu malu disiang hari dan menderita di malam hari”.

Sebaiknya contohi kesederhanaan Nabi SAW dalam urusan pembinaan rumah. Demikian juga pada Khulafa ar-Rasyidin meskipun mereka merupakan ketua keluarga, namun mereka mengharapkan kemewahan yang abadi di akhirat kelak.




PERJALANAN MUSAFIR BERBEZA FUQAHA' DAN WARA'

Adab musafir seterusnya ialah sekiranya menggunakan kenderaan tradisional seperti kuda dan sebagainya hendaklah bertimbang rasa terhadap haiwan tersebut. Tidak menyakiti nya dengan beban berlebihan. Janganlah beranggapan bahawa haiwan makhluk yang boleh diperlakukan sekehendak hati hingga haiwan itu berjalan dan bergerak penuh kesengsaraan menanggung beban berat berlebihan.

Islam agama rahmat mengajar manusia agar bertimbang rasa dan kasihan belas terhadap apa jua makhluk, manusia berakal sewajarnya berlemah lembut terhadap makhluk, manusia terhadap makhluk yang tidak berakal fikiran. Apa lagi jika untuk perjalanan jauh pula, bebanan berat boleh mendatangkan kecederaan kepada fizikal haiwan tersebut.
Begitu pun terhadap kenderaan zaman terkini seperti kereta dan sebagainya beban muatan dihadapkan atas kapasiti dan kemampuan tenaga enjinnya. Walaupun ia hanya besi wang tidak bernyawa, namun kerosakan yang mungkin berlaku kepada kenderaan lantaran lebih muatan. Akhirnya perlukan banyak wang untuk membaikinya yang ditanggung tuannya adalah suatu pembaziran yang boleh dihindari.

Bagi sesuatu tujuan jangan sekali-kali memukul haiwan pada mukanya kerana perbuatan tu ditegah oleh Allah SWT. Demikianlah Islam mengajar manusia agar bertimbang rasa terhadap makhluk tuhan sekalipun ia hanya haiwan. Selain itu juga di galak agar sekali skala turun dari belakang haiwan kenderaan untuk memberi kerehatan kepada haiwan berkenaan. Di samping untuk menyenangkan hati tuan punya haiwan kenderaan tersebut kerana tidak menyusahkan haiwan kenderaan miliknya.
Juga dengan tujuan agar tubuh haiwan berkenaan mendapat riadah. Dibimbing dengan tiada kerehatan akan mendatangkan rasa lesu kepada haiwan berkenaan akhirnya menjejaskan musafir. Jangan letak bebanan lebih daripada yang disyaratkan walaupun sedikit kerana beban sedikit apabila di himpun boleh jadi banyak. Tindakan itu bererti melanggar apa yang telah dijanjikan mengenai muatan, berjanji adalah wajib di kota dan dihormati.
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mubarak telah menyewa kuda kenderaan untuk suatu perjalanan musafir. Ketika Abdullah berada di atas kuda sewaan nya datang seorang minta khidmatnya agar membawakan sepucuk surat kepada seseorang kebetulan berada di destinasi yang sama. Abdullah tidak membawa surat tersebut kecuali setelah belia minta izin daripada tuan kuda untuk membawa sesuatu di luar perjanjian. Begitulah Abdullah bin Mubarak ulama silam yang amat cermat mengenai janji. Meskipun pada pandangan fuqaha’ perkara itu suatu yang dimaafkan. Bagaimanapun sepucuk surat itu dianggap berat akibatnya dari segi janji oleh Abdullah bin Mubarak yang mesti dipatuhi kerana lebihan muatan tidak termasuk dalam perjanjian dengan pemilik hairan kenderaan itu walau sepucuk surat. Beliau bimbang jika perkara itu menjadi halangan  di akhirat kelak kerana beliau memilih untuk mengikuti jalan wara’.
Adab musafir seterusnya ialah buat persiapan apa jua bekalan yang melebihi daripada keperluan  terutama untuk menghadapi sesuatu kejadian tidak dijangka. Apabila musafir secara berkumpulan di tengah-tengah berjalan jangan cuba mengasing diri untuk berjalan sendirian. Perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri. Bersendirian akan memudahkan ditimpa suatu tragedi malang seperti dirompak dan diculik akhirnya ia menyusahkan seakan lain juga. Apabila tidur ketika musafir terutama jika berkhemah hendaklah sentiasa waspada, diadakan giliran berjaga-jaga untuk elak sesuatu peristiwa buruk berlaku.
Disunatkan ketika bawa bersama cermin, gunting kecil, siwak (berus gigi) dan sikat. Orang Islam dikehendaki sentiasa dalam situasi kemas dan tampan, peralatan tersebut adalah untuk mengemaskan wajah dan tubuh badan supaya sentiasa berkeadaan rapi.
Ketika musafir jangan terlalu bercermat dalam perkara air untuk wuduk dan sebagainya hingga sulit dan menyusahkan diri sendiri. Padahal Islam memberikan kemudahan air bolehlah diganti dengan tayamum. Manusia dahulu kala daripada kalangan para sahabat dan tabiin tidak menyusahkan diri mencari air untuk taharah. Yang penting bagi mereka ialah diri sentiasa dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan hadas besar sedangkan ia boleh dicapai dengan bertayamum.
Terdapat orang Islam yang sedang menjalani rawatan di rumah sakit telah dinasihati oleh doktor bahawa penyakitnya tidak boleh terkena basah air. Boleh mengakibatkan sukar untuk sembuh atau penyakitnya mudah merebak. Ada antara pesakit tidak memilih rukhsah bertayamum bagi membolehkan untuk sekali solat fardu mereka tidak melakukan tayamum meskipun telah diberi kemudahan oleh syara’. Orang ini tidak mungkin berwuduk dari air yang terdapat pada lopak bekas kubang haiwan. Pada hal air dari sumber mana pun selagi tidak jelas najisnya bererti ia suci boleh digunakan untuk wuduk dan sebagainya.