Saturday, 11 September 2021

PEKERJA DAN BERAT BADAN



Masalah berat badan ni memang masalah dunia la..Sukar nak menurunkan berat badan kecuali ada direction, intensity dan persistence. Contohnya, seorang wanita beratnya 70kg dan ingin berkahwin dengan kekasihnya berat 60kg pada Disember tahun 2016. Jadi, wanita tersebut sudah mempunyai motivasi diri. Motivasi maksudnya kuasa dalaman. Sudah ada direction iaitu akan berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya berat 60kg, target turun berat 55kg. Intensity pula gerak kerja atau tindakan yang perlu dibuat iaitu menjaga kalori makan dan senaman. Persistence pula adalah istiqamah bukannya hangat tahi ayam. 

Menyentuh tentang berat badan ini, ada satu pekerjaan yang memerlukan pekerja mereka berat badan yang ideal dan cukup BMI. Pekerjaan itu adalah pramugari. Selalunya perkara ini telah dipersetujui di dalam collective agreement / Perjanjian kolektif merupakan sebuah perjanjian bertulis yang dicapai di antara majikan dan kesatuan sekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat pekerjaan yang telah dipersetujui. Contoh isi kandungan tersebut adalah seperti berikut:

3 Maternity Leave
(e) If her weight is more than 3 kg of her weight prior to her pregnancy she will be granted a further 30 days unpaid leave and shall thereafter report for work on the 91st day after her delivery.

(f) If her weight continues to be more than 3 kg of the weight prior to her pregnancy, the company will be consider her for alternative ground employment subject to her suitability anda availability of suitable vacancies.

Kalau baca mengenai perjanjian ini seolah diskriminasi gender tapi perkara ini telah dipersetujui bersama antara kesatuan pekerja dan majikan. Kalau nak bawa perkara ini ke mahkamah pun atas faktor diskriminasi memang tidak bolehlah sebab perjanjian ini adalah persetujuan bersama. Bawa ke mahkamah pun, memang kita kalah la. 

Bukan mudah seorang wanita ingin menurunkan berat badan selepas bersalin. Sengsara beb... Pramugari pula perlu kekalkan berat badan asal sebelum bersalin dan kalau naik pun tidak boleh lebih daripada 3kg..hhuuh...kalau tak, memang tak boleh terbang awam biru atau bertugas pentadbiran atau lebih kejam kena di berhentikan...

Kesimpulannya, kesatuan pekerja perlu peka dan berhati-hati menulis collective aggrement. Biarlah adil bersama.


3kg
of her weight prior to her pregnancy she will
be granted a further 30 days unpaid leave and shall thereafter report for
work on the 91st day after her delivery

KENAPA SABAR KEMUDIAN SOLAT?




A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)

Allah berfirman apabila kita diuji, بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ. Bermakna SABAR dan SOLAT. Bermakna, kena lakukan kedua-duanya. Bukan pilihan. Dan lakukan mengikut urutan. SABAR kemudian diikuti dengan SOLAT. Kenapa kena sabar dahulu baru solat?. Kalau kita mentafsirkan sendiri dengan MAZHAB PERASAAN mesti ada antara kita yang membuat andaian begini, "Agaknya sebab solat tu berat. Susah. Sebab tu lah Allah suruh sabar dulu baru solat."

Rasulullah SAW menjelaskan berkenaan SABAR dan SOLAT menerusi hadithnya.
الصبر ضياء
(as-Sobru Dhiya') Sabar itu laksana cahaya, sinar yang dipancarkan oleh matahari.
الصلاة نور
(as-Solatu Nur) Solat itu laksana cahaya, sinar daripada rembulan.

Kenapa Solat dikatakan Nur (نور) yakni ibarat cahaya atau sinar daripada bulan?. Kita berbalik melihat 'al-Qur'an senyap' iaitu alam semesta dan fenomena alam disekeliling kita yang telah Allah sediakan, terbentang luas di hadapan kita. Bagaimana perasaan kita ketika melihat cahaya bulan?. Menenangkan, nyaman, selesa, Indah. Rasa bahagia di hati. bukan?. Berbanding dengan cahaya daripada matahari. Panas dan terasa teriknya, Menyakitkan. Berbeza dengan sinar daripada bulan yang begitu mendamaikan, mengasyikkan dan tidak menyakitkan.

Jadi, kenapa Allah minta kita supaya SABAR dahulu kemudian SOLAT ketika diuji?. Kita lihat lagi alam semesta. Bagaimana bulan mendapatkan cahayanya?. Adakah bulan mengeluarkan cahayanya sendiri?. BULAN mendapat memancarkan cahaya adalah pantulan daripada cahaya matahari! Sebab itu Allah minta kita supaya SABAR dahulu kemudian SOLAT ketika diuji kerana kedua-duanya saling berkait.
Solat merupakan daripada perkataan صل yang bererti jalan perhubungan. Maka, الصلاة bermaksud jalan perhubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Solat itu Nur (نور) ibarat sinar daripada rembulan yang menyenangkan, mendamaikan. Tapi adakah kita rasa menyenangkan, mendamaikan ketika kita berhubung dengan Allah ketika kita solat?. Seandainya kita terasa berat, sakit ketika solat bermakna kita sudah HILANG rasa keselesaan, ketenangan ketika berhadapan dengan Tuhan kita. Maka, cubalah kita untuk perbaharui dan perbaiki solat kita sehingga kita rasa selesa ketika kita melalukan solat seperti kita melihat bulan purnama. Kenikmatan dan Keselesaan ketika solat itulah HAKIKAT SOLAT.

Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat." Sewajarnya, selepas solat akan buat kita rasa 'FRESH' rasa segar kembali kerana ketika kita diberikan tekanan, musibah, kemudian kita kembalikan kepada ALLAH ketika solat. ALLAH akan menghilangkan tekanan itu. Maka kita akan merasakan KETENANGAN ketika solat dan selepas solat. Meski masalah itu belum pun selesai, tapi nikmat ketenangan itu yang kita perlukan untuk terus optimis dan tidak berputus asa.



Friday, 10 September 2021

IBU BAPA DAN PENGURUSAN EMOSI ANAK-ANAK




Rasulullah SAW bersabda: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibubapa yang mencorakkan anak. Pendidikan yang pertama diterima anak-anak. Daripada Ali bin Abi Talib RA, Rasulullah SAW bersabda: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran, sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di bawah naungan Arasy ALLAH pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama para Nabi-Nya dan hamba-hamba-Nya yang terpilih.” (Riwayat At-Thabrani)



A016
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. (Al-Hadiid 57:16)

Contoh 2 tokoh ibu Imam Sufyan ats-Tsaury dan Imam asy-Syafi’i

a) Ibu Imam Sufyan ats-Tsaury sentiasa memberi semangat, menasihati, dan mewasiatinya agar semangat menuntut ilmu. Di antara ucapan ibunya adalah “Anakku, jika engkau mendapat 10 ayat, Apakah kau jumpai dalam dirimu bertambah rasa takutmu (kepada Allah), Apakah dapat lemah lembut dan ketenanganmu?, Sejauhmana engkau merasa manisnya imanmu?

b) Ibu Imam asy-Syafi’i apabila ingin menyusukan anaknya, akan mengambil wuduk kerana menyusukan itu ibadah.

Ibubapa banyak membentuk karakter dan personaliti anak-anak. Kepekaan ibu bapa mendidik anak dengan mengimbangkan 4 elemen iaitu emosi, fizikal, spritual dan mental.


Fokus mendidik anak-anak kali Ini adalah dengan membentuk emosi keluarga.

a) Ibubapa boleh bergurau senda jenaka dengan anak. Tidak terlalu serius dan mudah bermain-main dengan anak-anak. Ibubapa tidak terlepas ada emosi marah dengan nada tinggi. Sifat marah-marah itu dengan mendoakan anak. Contoh doa anak ketika marah "Semoga Allah baiki akhlakmu anakku".

Emosi keluarga dengan kegembiraan. Melihat situasi anak-anak.

Selain itu, ibu bapa perlu sangat-sangat banyak berdoa dengan air mata menunjukkan kesungguhan kepada Allah SWT.
A060
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghaafir 40:60)


A186

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

b) Hikmah Meluahkan Emosi. Melatih anak-anak untuk meluahkan emosi. Jangan melarang anak-anak untuk meluahkan emosinya. Ibubapa perlu mendidik anak-anak untuk menguruskan emosi. Biarkan anak meluahkan emosi.


A084
Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati. (Yusuf 12:84) 

Berdasarkan statistik Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2015. Statistik juga mencatatkan peningkatan sebanyak 29.2 peratus atau 4.2 juta rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental berbanding 2006 yang hanya mencatatkan 11.2 peratus. Penyakit mental yang paling banyak diperkatakan ialah kemurungan atau dalam terma perubatan dikenali sebagai "Major Depressive Disorder (MDD)". Kemurungan yang didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Ia merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan fungsi harian seseorang individu. Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini. Ia diramalkan ia akan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan di negara-negara membangun menjelang tahun 2020 selepas penyakit jantung. Penyakit kemurungan adalah berbeza dari kesedihan biasa. Adalah normal jika kita berasa sedih apabila berhadapan dengan insiden yang negatif atau menyedihkan. Walau bagaimanapun, jika didapati bahawa perasaan sedih itu berterusan dan mula menjejaskan fungsi harian, maka ia perlu diberi perhatian.

C) Sebaik-baik pemberian pendidik kepada anak-anak adalah akhlak dan adab.

1) Wajah Manis

2) Makanan Halal dan cara makan seperti mana Nabi SAW ajar umatnya
3) Kesederhanaan hidup. Tidak mewahkan anak dan mendidik anak merasai cukup.

Besar tanggungjawab dihadapan Allah SWT. Besar manfaat kepada masyarakat. Maka, betulkan diri kita (Islah). InshaAllah akan membantu untuk membaiki diri anak-anak.. Ibu bapa guru dan model terbaik anak. Ladang akhlak untuk jariah hingga akhirat.