Thursday 8 September 2016

DOA UNTUK PERCEPATKAN JODOH



Soal ajal, rezeki dan jodoh rahsia Allah SWT. Sebagai seorang insan yang masih belum bertemu jodoh tentu sekali rasa bimbang, risau dan sedih. Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan kita sewajarnya memohon pertolongan dengan Allah SWT sungguh-sungguh dan yakin. Jangan bandingkan diri anda dengan teman yang cepat bertemu jodoh. Sesungguhnya lambat jodoh merupakan ujian Allah SWT kepada kita. Setiap manusia akan diuji. Dengan Firman Allah SWT:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Surah Al-Ankabut ayat 2)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut ayat 3)

Apabila membaca ayat di atas, kita seharusnya menerima ujianNya, bersyukur, sabar dan jangan sesekali menyangka Allah SWT tidak melihat kita. Kesimpulannya, terus berusaha + berdoa, doa+doa, dan tawakal+doa.

Seperi dibawah terdapat doa-doa yang perlu diamalkan
Zikir:

Ya Latif – 133x. Sapu dimuka dan berdoa
Ya Alim Ya Azim 11x

Ayat Kursi
Istigfar sebanyak yang boleh
Ayat AlQuran:
Dimulakan Surah AlFatihah
Ayat Kursi
Selawat Shifa'
Surat Yā-Sīn (32) 
Surat Ar-Rūm (21)
Surat Al-Qaşaş (23)
Surat Yūnus (81)


Surat Yūsuf (4)
Surat An-Naml (24)
Surat Al-'Anbyā' (89)
Solat:
Awal Waktu
Berjemaah
Solat malam (Taubat, Tahajud, Istiharah, Hajat,..)
*SEMUA AMALAN KITA MESTI IKHLAS KERANA ALLAH SWT DAN ISTIQAMAH.






BERUSAHA UNTUK TIDAK DIKENALI


"Cantiknya tempat ini, boleh amik gambar ni". Luah saya. Lalu diberi kamera kepada rakan saya, Nurul. "Nak amik gaya macam ni ke?." Tanya Nurul. "Yup..". Saya mengiakan. "Gambar ni cantik tak". Tanya saya. "Cantik". Jawab Nurul tersengih. "Kenapa tersegih lak?."Tanya saya. "Tak ada apa, cuma gadis zaman moden sekarang sukar nak jadi muslimah sejati". Terang Nurul. "mmm, nape Nurul cakap macam tu". Tanya saya. "Yelah...kita dengan mudah tayang gambar diseluruh dunia, padahal untuk menjadi muslimah sejati wanita itu kurang dilihat dan melihat". Terang Nurul. Tersentak butir bicara Nurul sebentar tadi. Saya akui, suka menayangkan gambar diruang laman-laman web, friendster, blog, facebook (fb) dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bertanya pada puteri kesayangannya, Fatimah tentang ciri-ciri perempuan yang baik. Jawab Saidatina Fatimah "Perempuan yang baik adalah kurang melihat dan dilihat". Maksudnya perempuan itu kurang dilihat oleh lelaki dan lelaki pula kurang melihatnya.

Daripada Abdullah bin Amr sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda dunia ini penuh dengan kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan terbaik di dunia ini adalah wanita solehah. Hadis riwayat Muslim.

Sungguh mencabar rasanya untuk menjadi wanita solehah. Banyaknya laman-laman web, blog, fb dan sebagainya mendesak  wanita untuk tidak menjadi wanita muslimah solehah. Idaman kalbu semua lelaki soleh kepada wanita solehah. Realitinya, laman-laman web, blog, fb dan sebagainya boleh menjadi medium untuk berdakwah, menyampaikan ilmu, kata-kata motivasi dan sebagainya. Namun, sebaliknya terjadi kerana wanita menyalahgunakan medium tersebut untuk berseronok-seronok tanpa batas syariat.

Pelbagai kegunaan laman-laman web, facebook, blog dan sebagainya antaranya meng'upload'kan gambar. Orang kata, kecantikan yang dimiliki oleh seorang wanita bukan untuk dipamerkan. Wanita bukan barang perhiasan dan barang dagangan. Untuk apa di upload? Supaya dikenali oleh makluk dunia bahawa "inilah aku, Zu". Ada juga orang bagi alasan "Kalau tidak di upload gambar, nnati orang tak kenal". Mungkin juga orang bertanya "takkan gambar pun tak boleh nak upload?.".

Takzirah ustaz di masjid baru-baru ni, fitnah dari seorang wanita. "Syahwat lelaki tidak boleh kita duga, ada ketikanya boleh terangsang melihat tudung je, apatah lagi gambar wajah muka kita". Fuhhh!. Bisa gawat ini. Sila baca Mata Seorang Lelaki. Orang lelaki berupaya untuk x-ray seseorang wanita. Walaupun muka lelaki itu macam "buat bodoh" atau "buat tak tau" tapi dia sedang x-ray anda!.

......sambung












UTAMAKAN DETIK AFDAL BERDOA


Oleh kerana berdoa mohon sesuatu daripada Allah SWT itu adalah ibadat, maka ia mempunyai adab tertebtu bagi menunjukkan kesopanan akhlak yang mulia kepada Tuhan Yang Maha Mulia. Adab tatasusila berdoa itu ada 10 perkara. Pertama, meskinpun boleh berdoa setiap waktu sepanjang hari namun tidak abai mencari saat yang mulia menurut pandangan Islam. Sebagaimana kegiatan harian seperti makan minum, tidur baring ada waktunya yang baik dan sesuatu. Apatah lagi berdoa kepada Allah SWT ada beberapa ketika Tuhan anjurkan sebagai detik yang baik untu mendapat kemustajaban dan keberkatanNya.

Misaknya sekali setahun ialah 'Hari Arafah' pada sembilan Zulhijah pada hari para hujjaj berhimpun di padang Arafah melengkapkan haji. Sama ada pada hujjaj atau oang yang tidak terlibat dengan ibadah haji sekalipun digalakkan seboleh-bolehnya berdoa kepada Allah SWT pada hari kemuncak ibdah haji itu. 

Sebagai orang mukminun berwaspada menunggu detik yang mulia itu. Semoga Allah SWT akan dikurnikakan saat mustajab jika bersua dengan Hari Arafah yang mulia itu. Mudah-mudahan boleh beramal lebih baik pada Hari Arafah yang telah llu. Hidup sebagai orang Islam diajar supaya semakin meningkat usia kian bertambah amal ibadahnya. Saat yang paling baik pada Hari Arafah itu ialah ketika matahari tegak di atas kepada sebelum menjelang. Zuhur. Seolah-olah kepala kita setentang dengan pintu langit mengharapkan rahmat Allah SWT.

Apabila sebut langit tidak bererti Tuhan itu bertempat, sebaliknya langit itu adalah tempat yang tinggi sekadar menggambarkan kemuliaan Tuhan Yang Maha Tinggi.Untuk bulanan pula ialah sepanjang bulan Ramadan bulan diwajibkan ibdat puasa bagi mingguan pula ialah pada hari jumaat. Bagi harian pula ialah pada hujung malam ketika waktu sahur sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan diakhir-akhir malam mereka mohon ampun (kepada Allah)."(surah Az-Zariat ayat 18).

Pada penghujung malam mereka bangun berdoa sama ada berdoa dengan doa semata-mata atau mendirikan solat yang bererti doa juga. Satu antara makna solat ialah doa kerana dalam solat itu cukup lengkap. Ada takbir, tahlil, tahmid, taqdis, tasbih dan semua perkara yang tergolong ibadat terhimpun dalam solat. Bagi mereka yang bagun hendak sahur pada bulan Ramadan atau sahur puasa sunat, dia berwuduk dan mendirikan solat tahjud juga witir dan sebagainya.

Yang kedua termasuk dalam adab berdoa ialah rebut peluang pada ketika yang mulia seperti ketika pasukan tentera Islam bergerak menuju medan perang menentang musuh. Sebelum berlaku peperangan mereka telah berusaha sedaya upaya agar peperangan dapat dielakkan. Apabila terpaksa hadapi peperangan tentera Islam tidak hanya bergantung dengan kecanggihan senjata kerana senjata bagi Islam ada dua jenis satu senjata lahir yang dimilikinya dan kedua ialah senjata doa. Bagi tentera Islam apabila berada di medan perang tidak seorang pun yang lupa pada Allah SWT ketika mereka ingat pada Tuhan maka ketika itu masa yang paling baik dan afdal.

Untuk mereka mendapat perhatian daripada Allah SWT rebutlah peluang untuk berdoa bagi mendapat bantuan atau keredaanNya. Peperangan pada zaman mutakhir ini ada perang menggunakan senjata tetapi ada pula peperangan bentuk politik. Kedua-dua jenis peperangan itu mempunyai tujuan yang sama dari segi mencapai kemenangan. Saat manusia berduyun ke medan pertempuran berdasarkan keunggulan akidah ke medan perang untuk membaa kembali semula suasana dan kerajaan Islam ke dalam negara. Ketika berada di medan hendaklah tidak lupa menggunakan senjata doa kepada Alllah SWT supaya kemenangan dan keselamatan akan dianugerahi Tuhan.

Ketika berada di medan hendaklah tidak lupa menggunakan senjata doa kepada Allah SWT supaya kemenangan dan keselamatan akan dianugerahi Tuhan. Seterusnya dikira saat yang baik juga ialah ketika hujan turun, menurut Islam ketika itu rahmat Allah SWT turun bersama turunya hujan dari langit. Nabi SAW ketika melihat mendung segeraberdoa di antara doanya ialah doa yang bermaksud: "Wahai Tuhan, aku mohn kebaikan yang ada di dalam awam mendung itu, aku mengkehendaki hanya yang baik terkandung di dalamnya. Bukan perkara buruk di sebaliknya seperti ribu tofan puting beliung yang memusnahkan." " Aku mohon air untuk menyuburkan bumi supaya tumbuhan jadi subur mendatangkan rezeki, bukannya air membawa banjir yang menjadi bencana kepada harta benda dan jiwa."

Bukan sekadar doa yang bersangkut dengan hujan sajaha tetapi termasuk doa selainnya seperti mohon diampun dosa dan pahala bertambah, kesihaatan diri dan keluarga. Juga mohon dikurnikakan anak yang salih serta apa yang saja yang baik. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar dimustajabkan oleh Allah SWT. Termasuk juga masuk yang baik untuk seseorang berdoa ialah ketika muazzin melaungkan iqamah, ia boleh menambahkan khusyuk dalam solat. Sejak iqamah lagi ingatannya sudah tertumpu kepada Allah SWT, ingatan itu akan terbawa ke dalam solat yang boleh menghindar daripada kelalaian.

Jika semasa muazzin iqamah dia masih lalai tidak berdoa, bererti apabila mendirikan solat dia tidak mempunyai persiapan untuk khusyuk. Apatah lagi jika dia baru tiba dari tempat umum seperti pasar dan sebagainya segala kekalutan dan hiruk pikuk tempat awam itu masih terbaw dalam fikirannya.

Wednesday 24 August 2016

ERASE

 

When I text you
it means I miss you

I feel like 
I'm waiting for something
................................
That isn't going to happen


I erased his number
to forget the pain yesterday
but now................

I'm waiting for a text from
an unregistered number


PEMBELAJARAN NON FORMAL


Apa dia pembelajaran non formal di tempat kerja?. Pembelajaran non formal di tempat kerja termasuk semua jenis pembelajaran selain daripada latihan, seminar, forum, bengkel dan lain-lain yang berbentuk kumpulan, dirancang, didokumenkan dan sebagainya. Sebagai contoh pembelajaran melalui pengalaman sendiri, melalui mentoring, melalui self directed learning, melalui pembelajaran tidak sengaja dan lain-lain.

Sunday 21 August 2016

POWER SHIFT

\

Politik dan kuasa. Lihat kepada perkembangan politik semasa negara, bagaimana Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa lebih kurang 59 tahun untuk mempertahankan kuasa memerintah. Pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa seperti memberi Brim, dasar bumiputra dan sebagainya. Malangnya, dasar-dasar yang dilaksanakan tidak dapat membaiki taraf hidup rakyat miskin dan sederhana rakyat ketika ini yang terpaksa berdepan dengan kos hidup yang tinggi. Saya tidak mahu mengulasnya sekadar mukadimah sahaja.

Saya ingin berkongsi sebuah buku bertajuk Power Shift yang ditulis oleh Alvin Toffler bagaimana ingin mengekalkan kuasa dan politik. Dalam buku ini menyatakan untuk mengekalkan kuasa adalah dengan menguasai 3 perkara iaitu knowledge, wealth dan violence. Mari kita lihat satu persatu mengenai perkara tersebut:

Apa yang dimaksudkan dengan politik? Maknanya politik itu ada kuasa. Sebab itu memilih pemimpin adalah fardu ain dan mempunyai dosa dan pahala yang ditanya oleh Allah SWT di akhirat nanti. Sekiranya, kita dipilih untuk menunaikan haji pada tahun ini dan kebetulan kematian ahli parlimen dikawasan kita dan SPR telah menetapkan tarikh yang kebetulan kita perlu berangkat untuk menunaikan haji, mana satu yang kita pilih. Kedua-duanya hukum wajib. Hukum wajib boleh dibahagikan kepada 2 iaitu wajib sempit dan wajib luas. Ketika ini, wajib sempit adalah memilih pemimpin dan wajib luas adalah menunaikan haji. Maka, wajib sempit iaitu memilih pemimpin adalah keutamaan. Lihat, Islam memandang penting kepada kuasa dan politik yang mempunyai kebertangunggjawaban dosa dan pahala. Kalau terpisah, manusia suka hati bertindak dengan kuasa yang ada seperti zalim, khianat dan sebagainya.

Maksud politik adalah kuasa yang mempunyai hubungan kepada siapa (memerlukan) yang telah dilantik atau yang mempunyai autokriti dimana boleh mempengaruhi orang lain/tindakan orang lain.

Dalam buku ini telah menulis, untuk mengekalkan kuasa, seseorang itu perlu menguasai 

a) Wealth
Ekonomi hari melihat negara dunia berebut-rebut untuk mendapatkan telaga minyak dimana negara US menyerang Iraq. Nilai matawang negara dunia seperti Brunei dan Singapore yang lebih baik daripada negara kita.. Hari ini kita melihat kebangkitan negara China. Negara-negara besar sibuk mencari kekayaan negara lain dengan menyediakan pelbagai strategi politik seperti memujudkan militan IS, kacau bilau politik negara orang dan sebagainya.

b) Knowledge
Untuk berjaya dunia akhirat perlu ilmu. Untuk menjadi bos yang terus relevan adalah melalui ilmu.  Hari ini kita melihat teknologi yang canggih datangnya daripada US. Dimana teknologi IT masih dikuasai orang barat seperti google, apple, yahoo, sistem pengangkutan, kapa terbang Boeing, perubatan dan sebagainya. Ketika ini berdasarkan kepada indeks penerbitan jurnal, negara China telah mendahului negara US. Maknanya, negara China sedang melalui ledakan ilmu di Universiti mereka. Selain itu, aply knowledge digunakan untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan.

c) Violence
Sanggup melakukan kekerasan dan perlu berani bertindakan tanpa rasa belas kasihan. Tanpa keberania, kita tidak boleh terus kekal berkuasa. Pernah suatu hari, TV CNN telah menemubual Margaret Thatcher (pandangan collateral damage) mengenai serangan US keatas Iraq yang mana kebanyakkan mati adalah kanak-kanak. Jawab Thatcher, kita ingin berkuasa perlu mengetepikan belas kasihan tetapi bertindak apa sahaja untuk kekal berkuasa di dunia. contoh movie Godfather.






Wednesday 17 August 2016

BAHAYA JARI DAN LIDAH




Seseorang yang suka memindahkan cakap orang ramai dan berhajat untuk merosakKan masyarakat hingga membawa fitnah dan huru hara. Walaupun, kita sebar berita itu betul tetapi merosakkan masyarakat dan menggangu pemikiran masyarat juga membawa dosa.

Zaman sekarang sudah maju dan ramai orang menggunakan media baharu memang mudah untuk menyebarkan maklumat jahat dan salah. Bukannya menyebarkan berita niat untuk membawa islah tetapi menyusahkan orang.

Sesiapa menyebarkan berita tidak betul dan sebar kepada seluruh dunia maknanya 2 kali dosa. Hanya niat sebar berita untuk cela, memalukan orang, merendahkan orang untuk tujuan merosakkan hanya menyedapkan cakap je.

Mudah membuat jahat dengan mengunakan lidah dan jari kerana kita tidak akan dapat masuk syurga kerana telah menyebarkan maklumat salah sehinggala kita bertaubat dan memohon maaf kepada orang tersebut.

MUDAHNYA MEDIA BAHARU...


...................................

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Jerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

............................. lirik lagu Aiman Tino


Sedih lagu ni. Sedih lagi apabila kematian orang tersayang. Hakikatnya semua yang hidup akan merasai mati. Cuma masa, tempat dan gaya mati seseorang je kita tidak tahu.
Apabila mati anak adam, setiap orang akan menemui fitnah kubur… Fitnah itu maksudnya ujian dalam kubur. Ikut logik, apabila seseorang itu mati kira mati terus dan senyap je dalam tanah. Kalau macam tu, mudahlah hidup.

Kita bertuah sebab Nabi SAW memberitahu bahawa apabila seorang itu mati mereka akan melalui fitnah kubur. Tiada sesiapa pun boleh membantu hanya bergantung kepada amalan dan pertolongan Allah SWT. Dalam kubur, Allah SWT stopkan daripada menerima setitis air minuman, hentikan gerakan anggota badan, hentikan nikmat apa-apa yang kita dapat didunia dan ketika itu…barulah kita menyesal…tak cukup amalan..huhu...hai dah tau tak berusaha....sebok sebok sebok!!!

Firman Allah SWT dalam surah At-Takathur ayat 1 – 2

 Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1)

Sehingga kamu masuk kubur (2)

Hadis Imam Bukhari (Hadis panjang, tak dapat nak salin). Secara ringkas apa yang saya faham:

Nabi SAW telah bermimpi (1 juzuk daripada 70 wahi). Nabi SAW telah dibawa oleh Malaikat di alam barzakh mengenai seksaan dan kenikmatan di dalam alam barzakh:

  • Seorang lelaki duduk dan ada seorang lelaki membawa batu besar lalu baling batu kepada lelaki hingga pecah kepala. (Seksaan tidak menunaikan solat)
  • Orang yang dibaling batu. (mereka yang menghafal, membaca dan faham AlQuran tetapi tidak melaksanakan apa AlQuran suruh buat)
  • Seseorang telah dicangkuk mata, pipi, telinga hingga tembus ke belakang kepala. (Seksaan membuat fitnah siang dan malam menggunakan intenet)
  • Lelaki dan perempuan  bertelanjang datang api dari bawah membakar dan mereka melaung laung kesakitan. (Seksaan orang berzina)
  • Di dalam sungai, seorang lelaki telah mengumpulkan batu itu lalu di beri kepada lelaki makan batu hingga telan. (Seksaan makan riba)
  • Tidak basuh kencing dengan bersih dan betul
  • Kematiaan dan ahli keluarga menangis melolong akan diseksa
  • Orang yang mengumpat dan mendambu domba
Seksaan ini diberi kepada mereka yang ada baki dosa. Sebab itu, kita dihendaki sentiasa memoho keampunan dengan Allah SWT. Selain itu, ,melakukan amalam kebaikan dan kebajikan juga Allah SWT mengampun dosa.

Semoga kita semua selamat dengan fitnah kubur. Marilah kita amalkan doa ini:


Friday 5 August 2016

BAHAYA SYIRIK NI...


Alhamdulillah..
Penulisan saya hari ini berkaitan dengan bahayanya syirik. Sepertimana yang kita sedia maklum, manusia akan dimati oleh Allah SWT dan dihidupkan oleh Allah SWT. Kalau ikutkan logik memang kita ini tidak mempunyai sebarang kekuatan hanya bergantung kepada pemberian Allah SWT. Kalau mati itu adat, mungkin kita boleh mengusulkan mati itu dibatal atau dipinda, jika hukuman dari manusia mungkin kita boleh pinda undang-undang untuk tidak mahu merasai mati. Hakikatnya, hidup dan mati manusia adalah kehendak Allah SWT....Allahuakbar!

Kalaulah begini, maka kita kena patuh dan taat setia kepada Allah SWT. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Saya cuba, aku cuba..tetapi cabarannya untuk melaksanakan perintah Allah SWT sangat mencabar bukan sahaja jiwa dalaman tetapi luaran dan halangan besar pula ancaman manusia di dunia. Sesiapa yang berjaya melaksanakan perintah Allah SWT akan diberi pembalasan terus masuk syurga. Marilah kita semua buat apa-apa yang boleh untuk membantu agama Allah SWT ini.

Hari ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan bahaya syirik. Syirik boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu syirik jali dan syirik khafi.

Syirik jali adalah syirik dimana manusia menyembah selain daripada Allah SWT. Syirik khafi pula adalah syirik yang membatalkan pahala dan ibadat amalan yang dilakukan. Tujuan ibadat adalah untuk selain daripada Allah SWT. Maka dalam AlQuran Allah SWT telah mengajar manusia supaya semua perbuatan adalah ikhlas  (ilmu tasawuf) kerana Allah SWT bukan selain daripadaNYA kerana hati manusia akan dibuka diakhirat nanti. Syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang tetapi boleh masuk dalam neraka. Dalam Hadis Nabi SAW terdapat 3 (tiga) jenis manusia kerana dalam dirinya terdapat syirik khafi iaitu Ulama, Orang Kaya dan jihad kerana perbuatan dibuat untuk dipuji, mendapat pangkat, kekayaan dan sebagainya bukan kerana Allah SWT.

Kesimpulannya, marilah meningkatkan ilmu tasawuf dan akhlak supaya perbuatan kita kerana Allah SWT. Jauhilah amalan seperti ujub, takabur, riak dan sebagainya. Sesungguhnya hidup dalam dunia untuk mendapat pahala sebanyak-banyaknya.



Monday 20 June 2016

KOS HIDUP TINGGI PENDUDUK PUTRAJAYA

                                          

Pasaraya, Putrajaya

Bandar Putrajaya. Indah dan merdunya sebutan dibibir rakyat jelata. Sebuah bandar baharu dan ibu pejabat Kerajaan yang moden dan mempunyai kelas tersendiri telah menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat awam dan peniaga itu tersendiri.


Rata-rata penduduk Putrajaya terdiri daripada penjawat awam yang tinggal dikuarters dan pemilikan rumah sendiri. Majoriti penduduk Putrajaya adalah orang-orang melayu di mana hampir keseluruhannya makan gaji di pejabat Kerajaan dan sebahagiannya syarikat atau perniagaan sendiri.

Bandar Putrajaya dijaga dengan baik sekali seiring penguatkuasaan undang-undang Perbadanan Putrajaya sehingga tiada peniaga boleh berniaga sesuka hati. Bandarnya bersih dan mengamalkan pengasingan sampah di seluruh kawasan Putrajaya. Bagaimana pula dengan penduduknya?. Adakah sama pesat dan majunya bandar Putrajaya?.