Showing posts with label 2021. Show all posts
Showing posts with label 2021. Show all posts

Wednesday 17 August 2022

KUALITI HIDUP




Manusia sentiasa berkeinginan untuk meningkatkan kualiti hidup. Keinginan ini melibatkan pelbagai aspek kehidupan. Persepsi yang berbeza juga antara individu dan sentiasa berubah terhadap pengertian kualiti hidup. Hidup yg baik adalah bersamaan dengan hidup dalam kehidupan yang berkualiti tinggi.

Semua agama dan falsafah mempunyai pemahaman mengenai hidup yg baik. Pemahaman/pengertian mengenai hidup yg baik ini berkait rapat dengan budaya di mana kita merupakan sebahagian daripadanya. Budaya membuatkan kita cenderung utk melibatkan aspek kegembiraan, pemenuhankeperluan, kefungsian dalam konteks sosial dan sebagainya 

Definisi kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, pencapaian dan kebebasan untuk memperoleh pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat. (Unit Perancang Ekonomi: 2002).


ART THERAPY


Art Therapy (AT) merupakan satu seni persembahan untuk meluahkan perasaan dan jiwa untuk tujuan tertentu. Kadang-kadang verbal dan non verbal berbeza dengan apa yang diluahkan dalam diri. Contoh pertanyaan “apa kabar” dan client menjawab “khabar baik” tetapi terdapat perbezaan jawapan mulut dan pergerakan badan .

Apa itu Art Therapy (AT)?. AT merupakan salah satu kaedah kaunseling pada masa kini. Walau bagaimanapun, pengetahuan yang luas sangat diperlukan untuk membantu client mengenali dan menyelesaikan masalah. Ada beberapa jenis AT iaitu:

a)Lukisan (Drawing)
b)Permainan (Play Therapy)
c)Music Therapy
d)Pshchodrama
e)Photo Therapy
f)Dance/Movement Therapy
g)Bibliotherapy
h)Expresive Art Therapy

Penggunaan AT

a)Lukisan sebagai salah satu modality dalam treatmen (rawatan emosi) kepada klien
b)Natural Healing
c)AT sebagai satu permainan yang digunakan oleh terapis dan kaunselor secara professional
d)Satu perkhidmatan kesihatan
e)Kreativiti dalam lukisan sebagai satu modality menyokong matlamat klien
f)Sebagai pengesahan idea-idea dalam proses penyembuhan secara teraputik
g)Memahami pemikiran, perasaan, tingkahlaku, spiritual yang terdapat dalam proses kaunseling

AT mengandungi:
a)Menyelesaikan konflik emosi
b)Meningkatkan kesedaran kendiri dan self esteem
c)Membina kemahiran sosial
d)Perubahan tingkah laku
e)Meningkatkan daya tindak
f)Membangun strategi untuk menyelesaikan masalah
g)Berkongsi pengalaman masalah dan daya tindak

Terdapat dua jenis kaunseling

a)Kaunseling Kelompok

Trauma akibat mass traumatic yang besar seperti bencanan alam [tsunami, gempa bumi, banjir, tragedy 11 september, kemalnagan bas, kapal terbang], dimana ramai orang ramai terlibat

b)Kaunseling Individu

Trauma secara individu seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, kehilangan anggota badan, penyakit serius, kehilangan pasangan/anggota keluarga atau orang tersayang, rogol, sumbang mahram dan sebagainya.

Oleh itu, pelbagai teknik kaunseling digunakan untuk meneroka perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien yang mengalami trauma. Sama ada trauma semasa atau trauma beban atau post taumatic stress disorder. Rawatan perlu dilakukan satu persatu demensi trauma yang dialami. Setiap demensi akan saling berkait (melalui alat ujian).

Justeru itu, kaunselor harus mengetahui jenis-jenis lakaran (garis halus, tebal lorekan kasar, tidak sekata/sekata, zig zag, lurus, putus-putus, dot-dot dan sebagainya), binatang (binatang belaan, binatang ganas), pokok (pokok bunga, pokok menjalar, pokok liar/hutan, rumput), rumah, kenderaan, senjata, peralatan bertukang, barang-barang mainan dan objek persekitaran hidup signifikan dalam hidup client.

AT Malaysia masih lagi menggunakan perkataan dan tidak boleh masuk/menusuk ke dalam hati client. Apa-apa perkataan yang dikeluarkan menunjukkan tindakan yang berbeza. Tujuan terapi ini adalah baik untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.

Speaker mendapati orang Asia masih lagi sukar meluahkan perasaan untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, AT lebih berkesan kerana dapat mengeluarkan perasaan/emosi melalui lukisan atau jelaskan kenapa kerana ianya mempunyai elemen-elemen perasaan. Pandai atau tidak melukis itu bukan pokok tetapi adalah untuk mengenali dan menilai emosi client.

Pengamal AT yang baru perlukan latihan, pengalaman, pendidikan AT, sukarelawan dan mempunyi penyelia untuk memantau agar AT berkesan dengan menggunakan teori dan teknikyang sesuai.

Trauma yang dialami yang tidak selesai sentiasa dikaitkan sekiranya berlaku kepada orang lain atau masyarakat.

Sebelum berakhir, speaker telah memberi nasihat kepada ibubapa yang sibuk bekerja, walaupun penat kita perlu berkomunikasi, mendampingi dan mengambil tahu tentang anak-anak agar mereka cukup kasih sayang. 

Sebagai contoh, Rumah Pengasih bagi penghuni penagih dadah telah diberi peluang untuk melukis apa-apa sahaja. Berdasarkan lukisan itu, penghuni Rumah Pengasih banyak meluahkan emosi dimana mereka sangat jauh dengan ibubapa dan keluarga. 


Sebuah lukisan bukan untuk dihakimi sebaliknya memahami luahan emosi client. Jika kawan meluahkan perasaan jangan menganggap remeh tetapi kita perlu exlpore.

DOSA DOSA CINTA


Cinta itu adalah suatu yang indah. Ia bukanlah suatu yang jijik, bahkan ia bukanlah bertentangan dengan naluri keinsanan atau bertentangan dengan agama. Seorang sahabat Nabi S.A.W pernah berkata dengan seorang sahabat yang lain: “Daku dapati bahawa anak kamu telah jatuh cinta kepada seorang wanita.” Lantas sahabat tadi menjawab, “Aku bersyukur kepada Allah kerana anakku berada dalam fitrah yang betul.” Ini kerana, sememangnya lelaki itu mencintai wanita.

Percintaan di alam persekolahan sememangnya perlu diberi penekanan tegas, kerana di sana tidak nampak akan jalan pernikahan. Namun berbeza dengan pelajar di IPT, adalah diberi kelonggaran kerana jalan untuk bernikah itu ada. Kelonggaran yang dimaksudkan di sini ialah, pelajar-pelajar tersebut diberikan pendekatan untuk bagaimana mereka menguruskan cinta kerana tiada halangan bagi mereka untuk bernikah di pusat pengajian tinggi.

Apabila datangnya perasaan cinta ke atas diri kita, itu adalah perkara yang normal bagi seorang insan. Janganlah kita berasa malu apabila rasa suka dan cinta kepada seseorang tiba-tiba timbul di dalam hati. Tetapi bagi seorang yang bergelar muslim dan muslimah, kita diberikan cara untuk bagaimana menguruskan cinta itu agar berada di jalan yang betul, serta menjadi asas yang kukuh untuk kita martabatkan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi.

Firman Allah S.W.T yang berbunyi:
A049

”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah". (Surah Az-Zaariyat: 49)

Telah dinyatakan di dalam Tafsir Al-Qurtubi:

“Kami ciptakan berpasangan - iaitu Allah jadikan lawan bagi iman adalah kufur, derita lawannya gembira, kesihatan lawannya kesakitan, petunjuk lawannya kesesatan, malam lawannya siang, langit lawannya bumi, manusia lawannya jin, semuanya Allah jadikan secara berpasangan, demikian jugalah Allah menjadikan lelaki untuk perempuan, untuk bersenang hati kepada pasangan”

Panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu

Saidina Ali r.a pernah mengingatkan : “Sesungguhnya yang aku khuatiri terhadap kamu semua adalah dua perkara ; iaitu panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Kerana sesungguhnya panjang angan-angan itu akan melupakan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu itu akan menghalang dari kebenaran.”

Panjang angan-angan akan menyebabkan manusia menjadi khayal dengan dunianya dan melupakan akhirat. Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya kita berangan-angan untuk mengimarahkan alam ini dengan perancangan yang tinggi dan betul, tetapi biarlah ia berdasarkan kemampuan diri kita. Sememangnya ada pendapat yang mengatakan bahawa khayalan itu akan menjadi kenyataan, tetapi biarlah bertepatan dengan kekuatan diri , sama ada kita mampu atau tidak untuk mencapainya.

Islam telah menggariskan panduan agar kita selalu bermesyuarat dengan orang yang arif dengan sesuatu bidang yang ingin kita lakukan. Tetapi syaitan sentiasa mencuba untuk menyamarkan umat Islam agar tidak tertarik lagi dengan keindahan Islam. Sebab itu, orang yang selalu berangan-angan tinggi akan melupakan akhirat. Dia akan terlupa bahawa segala amalan dan perbuatannya akan dihisab di akhirat kelak.

Lantaran itu, ada ulama’ yang mengatakan, seeloknya tidur sahaja sekiranya tiada kerja yang perlu dilakukan selepas waktu Isyak, kemudian digalakkan untuk bangun pada tengah malam untuk beribadah dan mengulangkaji pelajaran.

Tetapi kedapatan ramai pelajar yang membuang masanya dengan bersembang bersama rakan-rakan di kedai-kedai makan sehingga larut malam, kemudian menyambung lagi perbualan setelah pulang ke asrama dan tidur setelah jam 2 atau 3 pagi. Akibatnya, ramai yang terlewat subuh, apalagi untuk ke kuliah. Kalau pun hadir ke kuliah, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pensyarah dan apa yang dipelajari lantaran perasaan mengantuk yang menguasai mereka. Disebabkan mereka lalai dari akhirat, maka mereka hidup dengan tiada perancangan dan mengakibatkan masa terbuang begitu sahaja. 

Lantaran itulah Islam mengingatkan kita dengan pelbagai peringatan melalui solat dan tazkirah-tazkirah agama agar kita mengambil pengajaran. Ini kerana orang yang sentiasa hidup dengan berangan-angan, dia tidak akan mendengar apa hikmah disebalik seruan azan, malah meneruskan kegiatan harian mereka tanpa menghiraukan penentu utama seluruh kehidupannya iaitu solat. Kerana, dengan solatlah seseorang itu dapatkan menterjemahkan baik buruk akhlaknya.

Orang yang mengikut hawa nafsunya tidak akan dapat melihat kebenaran tetapi sebaliknya hanya memandang kepada maksiat dan dosa-dosa. Apabila selalu bergelumang dengan maksiat, maka dia akan turut tersungkur bersama-sama maksiat yang dilakukannya. Sebab itu, jangan sekali-kali kita memberi ruang kepada nafsu. Kerana, hanya dengan sekali hambatan, ia akan meruntun untuk melakukannya buat kali kedua. 

Apabila sekali seseorang itu menonton VCD lucah, ia akan meruntun untuk menontonnya buat kali kedua. Bagitu juga jika sekali seseorang itu menyentuh tangan wanita, nafsu akan memperdaya hati untuk menyentuh anggota yang lainnya pula. Nabi saw menisbahkan apabila seorang lelaki menyentuh tangan wanita, lebih dasyat daripada menyentuh kulit babi.

Apabila seseorang itu selalu mengikutkan nafsunya, ia tidak akan menghiraukan kebenaran, malah akan menolaknya. Ketika itu, segala nasihat agama takan dihiraukan, malah nasihat ibu dan bapanya tidak akan dipedulikan.

Cinta: realiti atau khayalan?

Qais mengatakan, “Apabila aku memasuki Kota Baghdad, maka di setiap pintunya aku terpandang wajah-wajah Laila.” Pernah sekali Qais memasuki sebuah masjid yang di dalamnya terdapat seorang lelaki yang sedang bersolat. Qais yang sedang fana dengan cintanya terhadap Laila lantas melanggar lelaki tersebut. Lelaki itu cuba menepisnya tetapi tidak berjaya. Setelah selesai solatnya, dia memarahi Qais dengan berkata: “Kamu tak nampakkah aku sedang solat?” Qais menjawab : “Oh, aku tak menyangka bahawa cintaku kepada Laila lebih khusyuk daripada cintamu kepada TuhanMu!”

Al- Asmu’I bertanya kepada seorang A’rabi (arab biasa) mengenai cinta, katanya:
“Demi Allah cinta tu teramat agung dari dapat dilihat. Ia luput dari penglihatan. Cinta ada bersemayam di dalam dada, seperti api di dalam batu, jika di nodai ia akan membakar, tetapi jika dicuba untuk ditinggalkan, ia kan selalu membayangi”.

Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya:
“Nafsu bagi orang yang beriman, seperti api di dalam batu, bila digeser ,ia akan membakar. Kiranya disekilingnya ada kayu-kayu api yg membakar, ia akan memusnahkan apa yang di sekelilingnya termasuklah tuannya.”

Sesungguhnya nafsu itu apabila digeserkan ia akan mula menghambat diri malah akhirnya akan memusnahkan tuannya. Sebab itu, jangan digeserkan walau sedikit walaupun hanya bertanya kabar.

Situasi contoh: Seorang lelaki berselisih dengan seorang wanita.
Lelaki: “Hai, Assalamualaikum..”
Perempuan: “Waalaikumussalam..”
Lelaki: “Sorang je ke?”
Perempuan: “Ye sorang je.”

Apabila digeserkan, maka akan terdetik di hati lelaki tadi, “Melayan jugak la perempuan tadi..” Dan begitu juga si perempuan, “Siapa lelaki tu ye, berani-berani tegur aku..” Selepas itu akan bermulalah babak yang seterusnya. Sebab itu jangan sekali-kali kita cuba menggeserkan keadaan walaupun dengan mengucapkan salam. Kerana, ucapan salam pada situasi begini hanya akan mengundang fitnah.

Al- Asmu’i bertanya lagi kepada A’rabi itu mengenai keterpikatan. Beliau berkata:
“Jalannya sangat rumit untuk difahami, tempatnya tersembunyi dari penglihatan, serta proses kejadiannya begitu membingungkan otak manusia, awal mula tergeraknya berasal dari hati kemudian ke seluruh badan ,sehingga muncullah getar dalam pelbagai indera, pucat wajahnya, berubah dalam pandangannya, serta gugup dalam berbicara , lemah longlai dan diliputi rasa kehancuran, sehingga orang yang mengalaminya dapat dikategorikan dengan kegilaan.”


PERANAN WANITA : MENDIDIK GENERASI




Wanita mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam keluarga. Islam menuntut agar wanita melaksanakan kewajipannya terhadap suami dan keluarga mengikut kemampuannya. Penghayatan agama dan kefahaman berkaitan dengan hak dan tanggungjawab suami dan isteri dalam keluarga merupakan perkara penting yang mesti dilaksanakan sebaik-baiknya. Kegagalan dalam memahami tanggungjawab yang telah digariskan oleh Islam menyebabkan antara faktor keruntuhan institusi keluarga. Hargai fitrah kejadian lelaki dan wanita untuk menjalinkan hubungan yang baik.

Perkahwinan merupakan ikatan persetujuan yang menyebabkan adanya hak dan kewajipan. Antara tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh isteri mentaati suami, memelihara kemuliaan dan kehormatan, harta suami, tidak menggunakan harta suami tanpa izin, menggembirakan suami, menunjukkan wajah yang manis, berhias untuk suami, tidak melakukan perkara yang dibenci oleh suami, memelihara dan menguruskan rumah tangga dan tidak membenarkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suami.

Kelahiran anak dalam keluarga tidak harus dipersia-siakan. Pendidikan anak-anak termasuk pendidikan dari aspek jasmani, rohani, agama, akhlak, masyarakat dan akal. Lantaran itu, Islam mewajibkan ibu bapa memberi nafkah dan mendidik anak-anak supaya taat kepada perintah Allah SWT dan berakhlak mulia, menegaskan bahawa pekerjaan yang lebih utama bagi wanita adalah mendidik generasi. Wanita bertanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak. Wanita bertanggungjawab mendidik anak bermula dari alam rahim sehinggalah mereka dilahirkan ke dunia. Isteri perlu mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang mantap dengan melaksanakan segala kewajipan yang telah diwajibkan kepada umat Islam.

Justeru, Allah SWT telah memperlengkapkan wanita dengan persiapan fizikal dan juga spiritual bagi menggalas tugas tersebut. Tidak wajar bagi wanita menyibukkan diri dengan urusan kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka yang paling utama.

Rasulullah SAW menetapkan tanggungjawab wanita untuk menjaga anak-anak seperti mana sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar:Maksudnya :

“Daripada Abdullah bin Umar r.anhuma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “....Dan wanita adalah pemimpin terhadap rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka....”

Walaupun tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak diletakkan sepenuhnya kepada wanita atau ibu namun Rasulullah SAW menggalakkan tugasan ini dilaksanakan secara bersama. Rasulullah SAW menetapkan tanggungjawab bapa untuk menyempurnakan tugas menjaga dan mendidik anak-anak di samping peranan seorang ibu. Tanggungjawab mendidik anak-anak bukanlah merupakan tanggungjawab yang mudah untuk dilakukan seorang diri. Terutamanya dalam zaman yang serba moden dan mempunyai masyarakat remaja yang semakin rosak jiwanya. Sejarah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW kasih kepada anak-anak baginda dan turut sama mendidik mereka dengan akhlak yang mulia. Rasulullah SAW bersabda daripada Umar bin Abi Salamah:Maksudnya:

“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang dekat darimu.”

Justeru, ibu bapa perlu menggalas tugas berat ini secara bersama. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak dengan berkesan bagi mengembangkan potensi diri mereka. Kehadiran suami membantu mengembangkan psikologi anak terutamanya anak-anak lelaki. Ketegasan bapa juga dapat mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak remaja melalui pemerhatian dan pemantauan yang berterusan. Anak-anak juga dapat menghilangkan persepsi buruk terhadap bapa yang sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan hak keluarga dan pendidikan mereka. Lantaran itu, suami yang baik hendaklah meluangkan masa yang khusus untuk bersama keluarga dan memantau perkembangan anak-anak serta memberi ruang anak-anak mencurahkan kasih-sayang mereka.

Menyedari hakikat ini, cara asuhan ibu bapa amat mempengaruhi perkembangan intelektual anak-anak. Menyedari kepentingan ini, kebanyakan ibu bapa memilih pendekatan mendidik anak-anak dengan unsur-unsur keagamaan sebagai salah satu langkah untuk membentuk peribadi yang mulia. Tujuan pendidikan yang lain ialah mengingatkan anak-anak tentang hakikat penciptaan mereka dan hubungannya dengan Allah SWT, memperelokkan akhlak, mengukuhkan akidah, memberi gambaran risalah Islam dan meningkatkan iman dan takwa. mengetengahkan metodologi pendidikan anak-anak yang berkesan melibatkan pendidikan melalui tauladan, pendidikan melalui adat kebiasaan, pendidikan melalui nasihat, pendidikan melalui pemerhatian dan pendidikan dengan cara balasan dan denda.

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN




Pengenalan:
Membuat keputusan adalah sebahagian aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah aktiviti mental yang melibatkan pemikiran kritikal dan kreatif, membuat proses penaakulan, menyelesaikan konflik dalaman semasa memilih jalan penyelesaian yang terbaik antara pilihan-pilihan yang ada serta meramal situasi yang bakal terjadi kelak.

Kemahiran Membuat Keputusan:
Helpern menyatakan membuat keputusan merupakan membuat pilihan antara dua atau lebih alternatif yang saling bertentangan yang menyukarkan. Kita mesti boleh memilih  keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

Tokoh Yang Mendefinisi Membuat Keputusan:

Presseisen - dalam sesuatu situasi bermasalah, tanggungjawab seseorang itu adalah untuk menyelesaikan kesulitan atau kekangan yang dihadapi. Hasil daripada aktiviti tersebut adalah sesuatu penyelesaian.

Beyer -  membuat keputusan melibatkan membuat pilihan daripada berbilang alternatif yang sedia ada. Penyelesaian masalah berfokus kepada sesuatu jalan penyelesaian. Jika jalan tersebut tidak sesuai, maka sesuatu jalan penyelesaian baru perlu dirancangkan.

Sdorow- membuat keputusan adalah satu usaha kita untuk mencuba membuat pemilihan terbaik daripada alternatif yang ada dalam tindakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan

Dalam membuat keputusan kita menimbangkan 2 faktor iaitu:
a) kegunaan (utility): nilai yang ditetapkan kepada hasil diperolehi
b)kemungkinan (probabality): anggaran yang dijangkakan dimana alternatif yang ada memberi panduan ke arah hasil khusus.

Marzano -melibatkan sesuatu situasi di mana seseorang itu memilih antara dua / lebih alternatif yang ada untuk membuat pemilihan.
Langkah dalam pemilihan:
a) Kenalpasti apa yang dikehendaki dari situasi
b) Kenalpasti kepentingan dari setiap kemungkinan
c) Kenalpasti alternatif yang perlu dipertimbangkan

Solso - menyatakan bahawa membuat keputusan adalah proses ‘inductive reasoning’ dimana sesuatu kesimpulan biasanya dinyatakan dalam bentuk kebarangkalian implisit / eksplisit.

Muhamed Awang - menyatakan membuat keputusan adalah proses menentukan kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, membuat ramalan tentang masa depan/ buat pilihan daripada dua atau lebih alternatif .

Som dan Dahalan - membuat keputusan adalah keupayaan minda untuk memilih satu pilihan terbaik daripada beberapa alternatif untuk mencapai tujuan / objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.

Poh Swee Hiang - menyatakan ia adalah proses yang memerlukan berfikir secara kreatif / kritis untuk membuat pemilihan terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dengan teliti.

Kementerian Pendidikan - mendefinisikan ianya adalah proses mental yang perlu berfikir secara kreatif / kritis seperti membanding, beza, membuat ramalan, sahkan sumber maklumat dan menjana idea. Ia memerlukan pemikiran yang rasional, terbuka, tidak sempit dan tidak terburu-buru agar bertindak berdasarkan pilihan terbaik untuk mengecapi sesuatu yang terbaik. Serta memilih satu pilihan daripada beberapa pilihan berdasarkan kriteria tertentu.

Kesimpulan. Membuat keputusan melibatkan proses mental seperti pemikiran kreatif dan kritis dan penaakulan, mengurus konflik dalaman bagi membuat pilihan terhadap alternatif yang ada, melibatkan proses membuat ramalan situasi masa hadapan.

Tujuan Kemahiran membuat keputusan dengan bijak perlu dikuasai untuk Beri peluang individu membuat pilihan yang terbaik, Mengelakkan individu daripada bertindak secara terburu-buru yang boleh merugikan, Menjadikan individu lebih rasional dan bersabar dan Memanfaatkan kesemua informasi yang diperolehi.

Soalan pengurusan lisan di atas membantu kita mengisi borang pengurusan grafik yang disediakan.
Mengapakah perlu membuat keputusan?
Apakah pilihan – pilihan saya?
Apakah akibat yang mungkin untuk setiap pilihan?
Sejauh manakah pentingnya akibat itu?
Pilihan manakah yang paling baik setelah membanding, membezakan akibat setiap pilihan berkenaan?

Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran Membuat Keputusan
Kenalpasti fakta tentang isu atau objektif tentang membuat keputusan
Fikirkan apa yang perlu dilakukan
Fikirkan pilihan-pilihan
Bahaskan sama ada hendak menerima atau menolak pilihan
Menilai pilihan
Keputusan 

Prasyarat Menentukan Mutu Keputusan Yang Dibuat
a) Fokus kepada definisi persoalan yang dihadapi.(Tumpukan kepada masalah sebenar)
b) Dapatkan seberapa banyak mungkin pilihan-pilihan jawapan.
c) Faktor menyokong dan faktor menentang
d) Buat pertimbangan pilihan berdasarkan faktor yang terlibat.

Kesalahan Dalam Membuat Keputusan
Tiada kepastian tentang apa yang akan berlaku selepas keputusan dibuat. Keputusan dibuat tanpa pemahaman yang jelas dan menyeluruh terhadap persoalan masalah itu. Tidak mempunyai pengalaman untuk membuat keputusan dalam konteks masalah yang dihadapi.

Kaedah Heuristik (Lazim) Dalam Membuat Keputusan

1.    Kaedah heuristik memberi jawapan. Membuat pilihan jawapan dahulu dan kemudian mencari cara untuk mendapat jawapan yang telah dipilih. Mengambil keputusan dari awal lagi kemungkinan akan berlaku kesilapan. contoh: memilih calon isteri

2.    Kaedah heuristik mudah diingat. Terdapat situasi / peristiwa yang mudah diingat atau baru berlaku. Perkara yang mudah diingat akan mempengaruhi membuat keputusan. contoh: membeli rumah

3.    Kaedah heuristik analogi. Dua situasi / peristiwa yang mempunyai persamaan. Merujuk cara yang pernah kita gunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. contoh: memandu kereta

4.    Kaedah heuristik perwakilan. Menggunakan perwakilan untuk maksud rumusan. Membuat keputusan cara ini dianggap sebagai stereotaip dan mungkin berlaku kesilapan. contoh: membeli buah langsat

Model- Ada 4 operasi dengan 12 langkah
Setiap operasi terdiri daripada analisis, sintesis dan penilaian. Sesuai digunakan apabila keputusan yang hendak dibuat melibatkan banyak pilihan. Model oleh Ehrenbergs dan Duffy (1979). Menjelas dan mengesahkan keperluan sesuatu situasi. Kenalpasti, jelaskan dan sahkan ciri setiap alternative. Sahkan pilihan -sebagai pilihan yang boleh memenuhi keperluan situasi. Sesuaikan untuk menentukan yang mana satu daripada beberapa alternatif yang paling baik dalam memenuhi keperluan situasi.

Aplikasi Kemahiran Pengurusan Lisan
Mengapakah saya perlu membuat keputusan?
Apakah pilihan-pilihan saya ada?
Apakah maklumat yang ada tentang akibat pilihan yang telah dibuat?
Sejauhmanakah akibat pilihan yang telah dibuat?
Manakah pilihan yang terbaik jika dilihat dari segi akibat?

PESANAN UNTUK LELAKI




LELAKI yang bakal menjadi pemimpin isteri dalam keluarga, sebaiknya permudahkanlah dan rendahkanlah sedikit penilaian terhadap calon isteri kita, dengan perkiraan setelah dia menjadi isteri kita nanti, insya-Allah kita akan terus mendidiknya lagi. Sayangnya, kebanyakkan kita berbuat sebaliknya… Diukur dirinya dengan piawaian soleh yang rendah, tetapi mengukur calon pasangannya dengan piawaian solehah yang tinggi. Ia satu kesilapan.

Jadi tunggu apa lagi, marilah kita tamatkan penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh pada diri sendiri. Ubahlah diri, nescaya orang lain akan berubah hasil perubahan kita. Saya teringat unkapan motivasi yang sungguh menyentuh. Ungkapan berbunyi “Jadilah kawan… bukan carilah kawan”. Ertinya, kita mesti jadikan diri sendiri sebagai kawan terlebih dahulu, yakni dengan membina sifat kesetiaan, jujur, amanah, sabar dan lain-lain maka itu secara automatic akan menarik perhatian orang lain untuk berkawan dengan kita.

Dengan itu kita tidak perlu lagi mencari kawan kerana dengan sifat terpuji itu kawan-kawan akan datang dengan sendirinya. Maka keadaan yang sama boleh berlaku…jika menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Jadilah soleh, bukan carilah solehah. 

Yakinlah firman Allah:

A026

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)

ADAB BERJIMAK

Image result for nur fazura


Rasulullah SAW telah bersabda bermaksudnya “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan kepadanya dan kemudian dia menceritakan rahsia itu”.

a) Sembahyang Sunat dan Surah

Islam telah mengariskan amalan dan adab tertentu ketika pasangan suami isteri melakukan jimak. Pasangan pengantin baharu contohnya digalakkan melakukan sembahyang sunat dua rakaat dan kemudian si suami dianjurkan pula membaca surah al-Fatihah (3 kali), Surah al-Ikhlas (3 kali) dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (3 kali). Selepas itu, si suami hendaklah berdoa kepada Allah agar hubungan mereka suami isteri diberkati dan diberikan kebahagiaan yang berkekalan.

b) Membersihkan kemaluan dan Ambil Wuduk

Selepas melakukan hubungan jimak, kedua-duanya hendak membasuhkan kemaluan dan jika hendak mengulanginya, dianjurkan agar mereka mengambil wuduk terlebih dahulu bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang.

c) Pasangkan Niat

Hubungan seksual memberi erti kata yang lebih bermakna daripada memuaskan nafsu ke dua belah pihak semata-mata. Sebaiknya sebelum melakukan hubungan seksual dengan pasangan, pasangkan niat dihati bahawa tujuan dengan seksual tersebut adalah untuk memenuhi kewajipan kepada Allah SWT. Pasangan yang melakukan hubungan seksual mengikut adab yang ditentukan akan mendapatkan pahala dari Allah.

d) Bercumbu Dengan Sopan

Ketika melakukan hubungan seksual, keduanya digalakkan untuk bercumbu dan melakukan dengan baik dan sopan. Ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan pergauli isteri-isterimu dengan cara yang baik.”

e) Mencapai kepuasan Bersama

Apabila menyentuh tentang soal kepuasan dalam hubungan seksual suami isteri, si suami haruslah memahami kehendak seksual isterinya. Si suami hendaklah memberi peluang kepada isterinya untuk mencapai kepuasan standing dengan kepuasan yang dirasainya.

f) Jangan Berbogel

Ketika bersama, keduanya dilarang melucutkan semua baju dari tubuh. Ini ditekankan lagi dengan habis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah yang bermaksud “Apabila salah seorang darimu menyetubuhi isterinya, maka janganlah mereka telanjang seperti bogelnya sepasang keldai”.

g) Berhias dan Memakai Wangi-Wangian

Sebelum melakukan hubungan seksual, baik suami atau isteri digalakkan untuk membersihkan diri atau memakai wangi-wangian. Isteri yang bijak seharusnya bersolek dan memakai pakaian yang indah-indah untuk menarik hati suaminya.


h) Sunat Dua Kali Seminggu


Disunatkan agar si suami melakukan hubungan seksual dengan isterinya dua kali seminggu. Bagaimanapun pasangan boleh menambah atau mengurangkannya sesuai dengan keadaan, kemampuan dan keinginan pasangan. Kerap melakukan hubungan seksual boleh menyebabkan rasa jemu. Terlalu jarang melakukannya pula boleh membuatkan si isteri merasa dipinggir.

EMOSI KEWANITAANKU




A034

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa' 4:34)

Catatanku dimulakan surah An-Nisaa' ayat 34. Lelaki Allah SWT lebihkan menjadi pemimpin kepada wanita. Aku juga sedang memilih lelaki untuk menjadi pemimpin dalam hidupku. Catatan takdirku, aku menemui dirimu. Aku melihat engkau seorang lelaki yang ku rasa baik ilmu dunia akhirat. Aku merasa tenang, senang, tenteram dan bahagia. Kehadiranmu,telah mencuri hatiku dan telah mengganggu emosi kewanitaanku. 

Namun, engkau sering kali tidak peduli akan perasaanku. Suatu hari, engkau akan terbang jauh meninggalkanku. Terasa diri ini ingin mencari dirimu tetapi tidak tahu dimana. Semakin mengejar dirimu, semakin pantas engkau berlari dari diriku. Aku tidak terdaya untuk mengejar dirimu lagi. Aku menangis hiba.

Mengapa aku memilih engkau?. Kerana aku suka komitmen agamamu dan pelajaranmu. Aku malu meluahkan perasaanku padamu yang aku amat mencintai dirimu. Aku ada Allah SWT dan doaku.

Sabda Nabi SAW: "Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi". (Hadis Riwayat Hakim). Semoga doaku bersungguh-sungguh ini, Allah SWT menolak balik hatimu kepada diriku. 

A026
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26

Semoga dirimu dan diriku bersama. Bertaut hatiku dan hatimu. Aku tahu, perempuan diluar sana ramai yang lagi hebat dan baik. Tapi ku mengharap, patahlah hati mu ke sini. Kita bersama-sama melaksana perintah Allah SWT seperti dalam surah Al-Ahzaab  ayat 35. Persamaan kita sama, untuk mencapai bahagia dunia akhirat.


A035

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab 33:35)

InshaAllah

Hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Aku Allah, menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Jika dia menyangka baik kepada Aku, maka baginya kebaikan sangka baiknya kepada Aku dan jika dia menyangka dengan sangkaan buruk kepada-Ku, maka baginya sangkaan buruknya kepada-Ku.” (HR Ibnu Hibban)



MATA LELAKI



Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya (takwa).

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, rasanya semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

PAY ATTENTION… GIRL….. DAH START DAHH NII

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan muhrim kita.Kalau rasa perlu berjumpa kawan2 yang bukan muhrim, bawa sekali bersama kita muhrim kita, adik kita ke, mak ayah sekali ke..InsyaAllah..

Saya hanya dapat membantu sahabat kalian melalui penulisan yang tak seberapa ni sebagai peringatan sesama kita.Yang selebihnya terpulang kepada Allah untuk menentukannya . Wallahualam..

Credit: Hamba Allah


TAKWA - PERKAHWINAN



Wanita di luar biar memilih jangan tersalah pilih. Agama dan akhlak perlu seiring. Agama bagus tidak semestinya akhlak bagus. Boleh jadi depan anda dia punya ayat manis tetapi pelayan di restoran dilayannya bagai sampah kerana baginya pelayan itu tiada nilai.

Apa jaminan dia tidak akan melayan anda begitu apabila anda juga sudah tiada nilai di sisinya? Akhlak bagus tidak semestinya agamanya bagus. Dia mungkin sopan dan suka menolong tetapi perintah Allah dia tidak jaga maka di manakah pula jaminan dia akan jaga perintah Allah untuk melindungi dan memimpin anda ke Jannah?

Lelaki pula tidak perlu nak belajar pickup line sangat dan ingin isteri seperti Khadijah tetapi belajarlah bagaimana untuk menjadi seperti akhlak Muhammad SAW sebagai suami. Pergilah pickup ilmu agama dan perbaikilah akhlak kerana andai tidak menjumpai Khadijah anda, ianya tidak mengubah anda sebagai seorang suami mengikuti akhlak Muhammad SAW.

Isteri yang solehah "sweet yang sebenar itu bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana sini" akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu, masjid untuk solat jemaah, bersama masyarakat dan sebagainya. Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri yang solehah. Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya. Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau masyarakat akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah berkhidmat kepada suaminya. Itulah khidmat yang paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.


Sunday 26 December 2021

RESEPI KELUARGA BAHAGIA




Suami isteri yang menjayakan solat malam akan mendapat rahmat Allah SWT dan boleh terhindar dari penceraian. Itulah keluarga bahagia.

10 Ciri Isteri Pembawa Rezeki Kepada Suami

a) Isteri yang pandai bersyukur
A007
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Ibrahim 14:7

b) Isteri yang bertawakal kepada Allah SWT

c) Isteri yang baik agamanya

d) Isteri yang banyak beristighfar
A010
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.(Nuh 71:10)

A011
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;(Nuh 71:11)

e) Isteri yang gemar bersilarurrahim

f) Isteri yang suka bersedekah
A261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(Al-Baqarah 2:261)

g) Isteri yang bertakwa
A002
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),(At-Talaaq 65:2)

A003
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(At-Talaaq 65:3)

h) Isteri yang selalu mendoakan suami
A060
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.(Ghaafir 40:60

i) Isteri yang rajin menunaikan solat dhuha

j) Isteri yang taat kepada suami
Ketika seorang isteri taat kepada suami, hati suaminya menjadi tenang dan damai. Ketika hati ini damai, dia mampu berfikir dan berkreativiti dengan lebih baik. Justeru, semangatnya akan muncul dan kerjayanya akan menggebu. Selain itu, ibadah si suami menjadi lebih senang, rezeki juga mengalir dengan lancar.